Masukkan tepung dan baking powder tapi jangan gaul guna mixer,cukup sekadar kaup dan balik guna senduk atau spatula.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan bakar dalam ketuhar ikut kepanasan yang sesuai.
Ads
Ikut jenis ketuhar masing-masing. Dah masak angkat dan keluarkan dari loyang guna scraper.
Letak di atas kertas A4. Sapu jem kegemaran anda dan gulung ketika masih panas.
Ads
Jem nenas saya hanya guna jem nenas untuk tart tapi saya tambah 500ml air dan 1kg jem tart. Masak atas api sederhana hingga gula dan jem sebati dan mendidih.Tutup api dan biarkan sejuk baru guna.
Biskut macam ni bukan hanya dimakan masa raya je. Boleh je kalau nak buat untuk dinikmati bersama seisi keluarga pada bila-bila masa. Hanya guna tiga bahan, korang dah boleh buat biskut yang sedap.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Masukkan nutella dan telur ayam.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.
4. Ambil adunan dan bulatkan. Letak di atas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 10 minit.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Raya tinggal beberapa hari je lagi. Bagi yang belum cukup bekalan biskut raya, boleh cuba resipi Chocolate Chip Cookies ni. Rangup dan sangat sedap! Nak buat pun mudah. Jom cuba!
CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati sahaja.
2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul lagi hingga rata.
Penggemar Kek Pisang Moistharus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK PISANG MOIST SEDAP
BAHAN-BAHAN (loyang 8×8 inci):
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu) 1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi 4 biji telur gred A 1 cawan minyak jagung – beli online disini 3/4 cawan gula kastor – beli online disini Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini Secubit garam 1½ cawan tepung gandum – beli online disini 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah. 2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan. 3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan. 4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan. 5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit. 6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala. 7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit. 8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata. 9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis. 10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.
Nota: 1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek. 2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.