Petang begini teringin pula nak makan kek. Tapi bukanlah kek ising, nak kek yang biasa. Nak cuba buat kek pandan santan ni ikut resipi ni. Boleh juga jamu untuk minum petang nanti, selebihnya boleh beri pada jiran.Rasa pandan pada kek ni tak akan buat rasa muak bila menikmatinya.
KEK PANDAN SANTAN Bahan-bahan: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu besar baking powder 1 cawan gula (saya guna gula kastor, tak nak manis boleh kurangkan) 1/2 cawan santan kotak (saya guna kara) 5 biji telur 5 sudu besar minyak masak 1 sudu besar pandan emulco 1 sudu besar ovallet 1 penutup perisa hijau 1 penutup esen vanila sedikit garam
Cara memasak: 1.Campurkan semua bahan, mixer sampai kembang dalam 15-20 minit. 2.Alaskan loyang dengan baking paper/sapukan minyak pada loyang. 3.Bakar pada suhu 160-170° selama 50-60 minit (saya bakar lebih sejam sebab kek belum betul-betul masak) boleh adjust suhu ikut oven masing-masing) saya guna ELBA
Stok kunyit resipi mudah untuk menggoreng segala jenis masakan seperti ayam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi. Untuk kamu yang suka memasak, penyediaan stok seperti ini akan memudahkan sekaligus menjimatkan masa di dapur. Cubalah!
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3inci halia
Serbuk kunyit | agak2 nak bagi tak nak berair
Air | agak2
Sebenarnya ungkep ni antara lauk paling femes dalam masyarakat Jawa. Selain untuk berbuka puasa, ungkep juga dimasak untuk dimakan pada hari raya. Kalau time raya atau ada majlis keramaian, hidangan ungkep selalu dihidangkan. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuey Teow Thng antara menu yang sesuai dinikmati untuk minum petang. Tidak terlalu ‘berat’ dan tidak pula ‘terlalu ringan’ pendek kata hidangan yang sedang-sedang sahaja. Enak dinikmati ketika panas, bila kuahnya sedap, habis kuah dalam mangkuk dihirup. Jom kita cuba buat Kuey Teow Thng mengikut resipi yang dikongsikan oleh Fatyn Zamry
RESEPI KUEY TEOW THNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam Fishball & fishcake Serbuk lada putih – BELI ONLINE Lada putih biji ditumbuk 1 biji sengkuang (saiz sederhana je agak besar bulatan burger) Gula batu atau gula biasa – BELI ONLINE 2 batang serai diketuk Batang saderi (optional) 2 kiub pati ayam Garam & serbuk hilal Taugeh, daun bawang Cabai kicap Mi/Koey Teow/Maggie/Bihun
CARA MEMBUAT:
1. Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.
2. Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.
3. Bila sudah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap kuah!
4. Fishball dan fishcake boleh dicelur atau goreng. Jika goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.
5. Minyak bawang putih: Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak itu ya. Biar sahaja, hendak makan ceduk sesudu.
6. Cili kicap: Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang dan bawang putih 5 ulas. Tengok saiz, kalau kecil-kecil tambah sikit lagi. Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Boleh guna campuran kicap Mudim dan kicap Kipas Udang Habhal warna merah. Siap!
7. Sudah boleh dihidang dengan pilihan mi, taugeh celur serta taburan daun bawang.