Jom cuba buat Kek Marble Kampung berperisa kopi ni. Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sedikit lain dari Kek Marble biasa kerana resipi ini menggunakan serbuk kopi sebagai penambah rasa.
Kek Marble Kampung begini sememangnya digemari ramai. Tak kira tua atau muda, semuanya menikmati dengan gembira. Tak muak langsung!
Bagi anda yang nak buat Kek Marble Kampung berperisa kopi ni untuk hidangan keluarga, cubalah resipi perkongsian saudari Norainon Misnor ni. Boleh abaikan penggunaan serbuk kopi jika nak buat Kek Marble tanpa perisa. Jom cuba!
CARA MEMASAK:
1.Putar mentega, gula dan ovellete hingga kembang @ putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Seterusnya masukkan esen vanilla dan susu pekat manis. Putar lagi hingga sebati.
Tutup mixer.
4. Masukk tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biasa dan satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan bancuhan kopi. Jika warna kurang menyerlah, tambah emulco coklat.
6. Masukkan adunan dalam loyang bulat saiz 7 secara berselang seli. Pastikan loyang dialas dengan baking paper dan disapu mentega.
7. Bakar kek pada suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada oven masing-masing.
Kek Keju Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan cheese. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh Pandan ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN A:
3 biji telur
1 sudu makan ovalette
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
Pewarna hijau epal secukupnya
BAHAN B:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream tartar
1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.
Tak perlu tunggu hari raya baru nak membuat biskut. Biskut paling mudah dibuat, tekap tekap dah siap. Biskut kacang peas ni antara yang disukai ramai. Bolehlah buat banyak untuk kudapan bila berkumpul dengan keluarga nanti.
BISKUT KACANG PEAS Bahan-bahan: 2 cawan kacang peas yang dah diproses 1 cawan gula halus 1 cawan minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh garam halus 1 kuning telur + pewarna kuning untuk sapuan
Cara membuat: 1.Campur semua bahan kering – sebatikan 2.Letak minyak,gaul hingga rata.
3.Ambil secubit dan bulatkan.Sapu dengan kuning telur. 4.Bakar pada suhu 170 selama 15 – 20 minit Kredit: Amin Salmah Haji Abdullah
Jumaat nanti seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 61. Bermacam-macam sambutan dirangka bagi memeriahkan lagi hari bersejarah ini dan salah satu yang menarik perhatian RASA adalah Mixed Fruity Pastry Cake perkongsian PuanLina Thomas ini. Walaupun tinggal di luar negara namun sambutan Hari Kemerdekaan tetap dirai oleh Puan Lina sekeluarga. Unik dan cantik kan? Susunan buah-buahan yang disusun menyamai Jalur Gemilang ni memang kreatif. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega – suhu bilik
150gm gula
2 sudu makan sour cream / yogurt
3 biji telur gred A – dipukul perlahan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan jus lemon
Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.Cuma kali ini resipi yang dikongsi...