Sedapnya Kek Keju 4 bahan ni. Teksturnya yang sangat gebu, ringan dan seakan kapas ni menjadikan ia menjadi kegemaran ramai. Malah resipi perkongsian saudari Nurul Athira ni dikatakan tidak berbau hanyir telur. Wow…Jom cuba.
CARA MASAK KEK KEJU 4 BAHAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
250gm krim keju
250gm susu pekat manis
5 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Asingkan putih dan kuning telur. Pastikan tidak bercampur. 2. Pukul putih telur hingga kental dan bertanduk. (soft peak. Cara nak tahu, bila terbalikkan bekas, meringue tidak jatuh.) 3. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama susu pekat manis sampai kembang. 4. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sampai sebati. 5. Akhir sekali, masukkan tepung. Kaup balikkan sampai sebati. 6. Tuang bancuhan krim keju ke dalam bekas putih telur. Kaup balik guna spatula hingga sebati. 7. Ambik acuan, lapik baking paper dan tuang adunan. 8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut oven masing-masing. 9. Bila masak, keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan. Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
Sedapnya Kubis Gulung ni. Sesuai bagi anda yang mementingkan sajian yang kurang minyak, kurang perasa serta rendah kalori. Yang mana tengah diet, sesuai sangatlah cuba menu perkongsian Az Hanie Ismail ni.
RESIPI KUBIS GULUNG UNTUK DIET
.
BAHAN-BAHAN ( Jumlah bahan bergantung pada jumlah kubis yang digunakan):
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam sedikit kering. 3. Tambahkan lobak merah dan kubis ungu. Goreng sekejap. 4. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam. Sesuaikan rasa. Angkat dan ketepikan inti. 5. Ambil kubis hijau dan bersihkan. Leraikan daun kubis ikut jumlah yang dikehendaki. 6. Panaskan air di dalam periuk dan celur daun kubis seketika. Ia bertujuan untuk melembutkan daun supaya senang digulung. Toskan. 7. Ambil sekeping daun kubis, isi inti secukupnya dan gulung kemas. Ikat dengan daun kucai.
8. Susun kubis gulung ke dalam bekas bersesuaian dan kukus lagi selama 3 minit supaya kubis lebih lembut.
9. Sedia untuk dinikmati. Enak dicicah dengan Sos Cili Thai.
Resipi Sup Ayam Siam, apa kelainannya dengan sup biasa? Sedap sangat rupanya sup ayam siam ni. Lengkap rasa masam, manis dan pedasnya.
Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, menggunakan sup bunjut Siam. Rasanya memang berbeza dari kebiasaan yang kita selalu masak sup.
Elok sangat hirup masa badan tak berapa sedap. Keharuman yang tiada tandingan. Boleh padankan makan sup dengan budu, ulam dan ikan selayang rebus goreng.
SUP AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
Ayam (dikelar-kelar) 2 biji bawang merah – beli online di sini 2 ulas bawang putih – beli online di sini ½ biji bawang Holland – beli online di sini 1 tangkai cili padi merah & hijau Sehiris halia – beli online di sini Sehiris lengkuas – beli online di sini 2 tangkai daun ketumbar Setangkai daun sup Rempah sup Siam Goji beri ½ sudu kecil rempah sup Baba’s 1 kiub ayam Maggi 2-3 renjis serbuk lada putih Siam (lagi sedap kalau yang botol kuning) 2-3 renjis serbuk lada hitam aji-shio 2 renjis minyak bijan (untuk aroma sup)
1. Mula-mula, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing. Lepas siap, angkat separuh. 2. Kemudian tumis bersama bawang Holland, cili padi merah dan hijau, halia, lengkuas, daun ketumbar dan daun sup. Kacau-kacau rata.
4. Masukkan ayam yang dikelar. Tutup seketika biar air ayam turun.
5. Kemudian barulah tambah air. Cikgu tak ada sukatan. Bubuh je ikut banyak mana nak. Seeloknya lebihkan sebab cikgu siap makan dengan bihun dan maggi celup lagi.
6. Perasakan dengan kiub ayam Maggi. Masukkan garam agak-agak sup ada rasa masinnya.
7. Masukkan juga 2-3 renjis serbuk lada putih Siam (lagi syok aura botol kuning ni), 2-3 renjis serbuk lada hitam aji-shio dan 2 renjis minyak bijan untuk aroma sup lebih menyengat.
8. Biarkan sup mendidih sehingga ayam empuk. Siap! Keharuman herba rempah sup Siam dan kesedapannya usah dipertikaikan lagi. Meletup! 9. Untuk hidangan, taburkan hirisan daun ketumbar, daun sup, bawang goreng homemade tadi, potongan cili padi, tomato dan perahan asam limau.