Kari Ikan tentunya menjadi kegemaran ramai. Melayu, India, Cina dan juga kaum lain turut menggemarinya. Menerusi perkongsian saudari Hasifah Che Mat, beliau ‘memanjangkan’ resipi Kari Ikan yang dicuba dari perkongsian saudari LiLy Wahab yang asalnya diperolehi dari Youtuber terkenal, Sugu Pavitra. Bila dicuba, ternyata rasanya tidak mengecewakan. Sangat sedap dan mendapat pujian suami serta anak-anak. Wow…Tak sabar nak rasa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Kari Ikan yang sedap ni.
CARA MASAK KARI IKAN SEDAP VERSI SUGU PAVITRA
BAHAN-BAHAN:
Ikan jenahak/tenggiri/ikan merah/kembung pun boleh 1 biji bawang besar – hiris nipis – beli online disini 1 labu bawang putih – hiris nipis – beli online disini 2 inci halia – tumbuk lumat 2 biji cili hijau – dikerat 2 1 sudu makan biji sawi / halba campur (biji sawi+halba+jintan manis) – untuk rasa lebih sedap – beli online disini 5-6 tangkai daun kari 3 biji tomato – potong 4 Bendi secukupnya – boleh juga letak terung bulat 2 paket kecil serbuk kari babas – beli online disini 2-3 sudu makan serbuk cili – kalau rajin boleh kisar cili kering campur belacan – beli online disini 1/2 cawan air asam jawa – beli online disini 1 sudu teh santan – beli online disini Air masak secukupnya Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan biji sawi. Tumis seminit.
Ads
2. Masukkan cili hijau. Tumis lagi sebentar.
3. Kemudian masukkan halia. Tumis seketika. 4. Seterusnya masukkan daun kari yang telah dicuci bersih. Tumiskan hingga naik bau.
5. Masukkan hirisan tomato. Tumis seminit. 6. Kemudian masukkan terung. Tumis sampai masak. (jika anda menggunakan terung. Kalau tidak, boleh langkau langkah ini) 7. Masukkan serbuk kari dengan serbuk cili. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan air, tunggu sampai mendidih barulah masukkan air asam jawa.
9. Bila kuah kari telah mendidih, masukkan santan. Kacau sebati dan biarkan seminit.
Ads
10. Masukkan ikan dan bendi. Kacau-kacau dan kecilkan api. Tutup periuk dan biarkan mereneh dalam 3-4 minit.
11. Masukkan gula, garam dan perasa dengan secukupnya. Sebatikan. 12. Kari Ikan siap untuk dihidangkan.
Bila jamah apapun makanan asyik tak kena dengan tekak dan tak tau nak makan apa. Korang jangan risau ini ada empat menu yang boleh jemput semula selera korang . Kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi penggemar hidangan daging goreng, masakan perkongsian saudari Nadia Mohamad ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang memberikan rasa yang sangat enak. Memang sedap walaupun hanya dinikmati bersama nasi putih. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Terasa nak makan Rice Paper Prawn Cheong Fun tapi tak jumpa resipi mudah? Saudari Fadz Samsudin ada kongsikan cara-caranya. Menurut beliau, resipi asal tidak menggunakan rice paper. Tapi bila dicuba, ternyata rasanya enak. Untuk resipi ini, sukatanya agak-agak sahaja. Anda boleh ubah suai ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT RICE PAPER PRAWN CHEONG FUN / SHRIMP ROLL
1.Kupas kulit udang. Kemudian gaul udang dengan kicap cair dan lada putih.
2. Perap semalaman atau minimum 2-3 jam.
3. Basahkan rice paper, balut udang macam dalam gambar. Kukus selama 8 minit.
1.Satukan bahan-bahan dan masak atas api seketika. Bila mendidih angkat dan ketepikan.
BAHAN MINYAK CILI:
Minyak masak
Chili flakes kasar (*)
Chili flakes halus (*)
Serbuk cili (*)
Minyak Bawang putih
Gula (*)
Perasa (*)
Udang kering (*)
Daun ketumbar
Halia
Daun bawang
Shichuan peppercorn – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumiskan daun ketumbar, halia, daun bawang, shichuan peppercorn sampai naik bau.
2. Bila sudah naik bau, boleh tapis dan angkat. Kita nak aroma dari minyak ni sahaja.
3. Satukan bahan bertanda (*), gaul sebati.
4. Bila minyak dah panas, tuangkan minyak dalam campuran cili tadi.
5. Tuang minyak sedikit demi sedikit ke dalam campuran cili. Jangan tuang sekaligus. Bila dah siap, buat pula minyak bawang putih, campur dalam campuran cili tadi.
6. Untuk menikmati Prawn Cheong Fun ni, tuang je soy sauce atas udang dan chili oil boleh tambah ikut tahap kepedasan masing-masing. Selamat mencuba!
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!