Dalam episod terakhir Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam dan Ili Sulaiman sekali lagi berkunjung ke Thailand untuk belajar cara-cara menyediakan Thai Green Curry yang sedap. Malah mereka juga kongsikan resipi Kari Ayam terbaik yang pastinya membuka selera semua. Agaknya macam mana cara penyediaan kedua-dua hidangan ini ya? Nak cuba? Jom lihat resipi-resipi yang dikongsikan di bawah ini.

Resipi Kari Ayam & Green Curry Paling Sedap & Mudah Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Ep 13

1. KARI AYAM

Resipi Kari Ayam & Green Curry Paling Sedap & Mudah Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Ep 13

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam
  • 500ml air
  • 200ml santan
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 3 sudu rempah kari
  • Kentang
  • Asam keping
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Daun kari
  • Bawang merah
  • Halia
  • Bawang putih

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan pecah minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak.

 

2. THAI GREEN CURRY

Resipi Kari Ayam & Green Curry Paling Sedap & Mudah Dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Ep 13

IKLAN

BAHAN TUMBUK:

  • ½ sudu biji ketumbar
  • ½ jintan manis
  • 2 batang serai
  • 2cm lengkuas
  • 6 batang cili hijau yang segar
  • 6 batang cili padi
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang kecil
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 sudu garam

BAHAN LAIN:

  • 250gm dada ayam
  • 3 biji terung bulat
  • ¼ terung pipit
  • Thai basil
  • 1 cili besar
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu sos ikan
  • Gula

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari hijau sehingga naik bau. Kemudian masukkan santan kelapa & kacau rata
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun limau purut. Tutup kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
  3. Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan sayur-sayuran dan perasakan dengan gula dan garam.
  4. Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan bersama nasi

 

Cuba Juga:

  • Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
  • Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
  • Resipi Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
  • Resipi Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
  • Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara  Episod 5
  • Resipi Sate Ayam &  Sate Padang dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6
  • Resipi Char Kuetiaw &  Pad Thai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 7
  • Resipi Daging Asam &  Bo Tai Chanh dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 8
  • Resipi Ikan Percik &  Sinugno dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 9
  • Resipi Popia &  Lumpia dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 10
  • Resipi Mi Kari &  Khao Sai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 11
  • Resipi Apam Balik Martabak dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 12

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI