Rasa: Jelajah Rasa Nusantara episod 11 sekali lagi membawa anda ke Thailand bersama Adam Didam dan Ili Sulaiman untuk belajar cara-cara menghasilkan hidangan Khao Soi yang sangat sedap dan enak. Khao Soi adalah hidangan yang dipengaruhi masakan Burma disajikan secara meluas di utara Laos dan utara Thailand. Rupanya seakan Mi Kari. Adakah sama hidangan ini dengan sajian Mee Kari di Malaysia? Kalau nak tahu, jom lihat resipi dan cara-cara penghasilan kedua-dua hidangan ini

Cara Masak Mi Kari & Khao Soi Sedap Dalam Rasa Jelajah Nusantara Episod 11.

1. MI KARI

BAHAN PES:

  • 8 biji bawang kecil
  • 16 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 cawan ikan bilis
  • 2 batang serai
  • 6 sudu rempah kari

BAHAN KUAH:

IKLAN
  • 1 liter air
  • 200ml santan
  • Gula dan garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN:

  • 1 paket mi kuning
  • 1 paket bihun
  • 2 cawan taugeh
  • 2 cawan bebola tofu
  • 2 paket kek ikan
  • 2 paket bebola ikan
  • Daun bawang secukupnya – hiris
  • 2 paket fucuk

BAHAN SOS CILI:

  • 14 tangkai cili kering
  • 4 sudu makan cuka
  • 2 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air panas untuk mengisar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan minyak ke dalam periuk. Kemudian tumis bawang kecil, bawang putih, halia, dan ikan bilis sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai, serbuk kari diikuti dengan sedikit air. Tumis sekurang-kurangnya 5 minit.
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Reneh untuk 30 minit.
  4. Masukkan santan, kek ikan dan bebola ikan.
  5. Celur mi, kemudian hidangkan bersama kek ikan, bebola ikan, taugeh, fucuk dan daun bawang.
  6. Hidangkan bersama sos cili yang dibuat sebentar tadi.

2. KHAO SOI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ketul dada ayam – hiris
  • 7 biji bawang kecil – kisar
  • 7 tangkai cili kering – kisar
  • 3 batang serai – kisar
  • 2 helai daun limau purut – kisar
  • Gula, garam secukup rasa
  • 1 sudu makan rempah kari
  • ½ sudu makan serbuk kunyit
  • 200ml santan
  • 1 cawan air
  • 1 bungkus mi

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan separuh santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan kisar.
  2. Bila mendidih, masukkan isi ayam, gula, garam, serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan lebihan santan dan air. Masak hingga mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan bersama mi yang telah dicelur.

Cuba Juga:

  • Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
  • Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
  • Resipi Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
  • Resipi Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
  • Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara  Episod 5
  • Resipi Sate Ayam &  Sate Padang dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6
  • Resipi Char Kuetiaw &  Pad Thai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 7
  • Resipi Daging Asam &  Bo Tai Chanh dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 8
  • Resipi Ikan Percik &  Sinugno dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 9
  • Resipi Popia &  Lumpia dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 10

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI