Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni. Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum. Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya. Cubalah. Anda pasti suka akan rasanya.
CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KESUM
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
15 ekor ikan cencaru – dibersihkan
BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
1/2 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1.5 inci belacan
1 sudu makan asam jawa
3 sudu teh garam
2 inci manisan/gula melaka
Air secukupnya
8 tangkai cili kering -rendam air panas terlebih dulu
BAHAN POTONG DADU:
7 biji bawang merah
1/2 biji bawang Holland
3 biji tomato
Daun kesum /pucuk midi – leraikan daun & tak perlu hiris
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan, buang perut dan belah dua bahagian atas. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar ikut tekstur yang disukai. Jika bahan kisaran terlalu cair, masukkan ke dalam kuali dan didihkan sehingga air berkurangan. Lebih sedap jika bahan-bahan tersebut ditumbuk. 3. Satukan bahan kisar bersama bahan potong dadu. Rasa masin dan manisnya supaya cukup rasa.
4. Ambil ikan dan sumbat sambal di bahagian perut terlebih dahulu. Kemudian isikan di bahagian tulang belakang. Perap ikan seketika.
5. Panaskan minyak masak dan goreng ikan hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
TIP MASAK
1. Jika mahukan rasa sambal yang lebih sedap, tumbuk bahan kisar. 2. Daun kesum / pucuk midi boleh diabaikan. Tapi cubalah letak, rasanya memang sedap. 3. Jika kisar, jangan kisar semua tomato dan bawang. Separuh boleh dipotong dadu supaya bila makan, dapat rasa tekstur bawang dan tomato. 4. Ikan Cencaru Sumbat ini boleh digoreng dan juga dibakar. 5. Boleh ubah suai resipi ikut citarasa dan selera masing-masing.
Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yang luas dan peribadinya yang sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yang mengenalinya.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pada Datin sudikah untuk berkongsi resipi dari air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.
Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dari air tangan beliau jauh dari apa yang diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua makan.
Turut meriah pada hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yang merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam gini, sambil makan sambil bertukar cerita,” akui beliau.
Masakan yang digemari keluarga
Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan makan makanan berkoleksterol tinggi memandangkan dalam keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan, anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yang berebus.
“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.
Akui beliau banyak mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dengan asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.
“ Tak ada rahsia dalam masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dalam keluarga yang pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.
Dalam mencari bahan basah untuk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yang menawarkan barang yang segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.
Menurut beliau, tiga masakan utama pada hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka makanan laut. Boleh dikatakan setiap minggu makan ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop makan atau masak makanan laut,” ceritanya.
Sempat juga berkongsi tip masakan, bagi masakan bercili, cili perlulah digoreng hingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak makan. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.
KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Bahan B
15 biji cili api-kisar
2 biji cili merah- kisar
2 inci kunyit hidup-kisar
1 cawan air
Cara memasak:
Masukkan bahan yang dikisar. Ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
Perasakan garam dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
SOTONG MASAK KICAP
BAHAN A
3 ekor sotong (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong empat)
1 pokok daun bawang (dipotong kecil)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
BAHAN B
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.
Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.
Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN A
500 gram udang
30 biji petai
1/2 cawan air asam jawa
3 tangkai serai (diketuk)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam & gula secukup rasa
1 labu bawang besar
BAHAN B (DIKISAR)
20 tangkai cili kerlng
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.
Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan
Aneka resipi masakan kenduri kahwin yang popular. Lauk di majlis perkahwinan ni boleh je dijadikan menu majlis-majlis yang lain ataupun sebagai menu makan tengah hari. Masak sendiri pun boleh, senang je.
Jom kita cuba!
NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi
1-2 sudu besar minyak masak
1-2 sudu besar mentega
1-2 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun pandan
2 cawan susu cair
2 ½ cawan air
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
1-2 sudu kecil gula
Pewarna kuning
Pewarna merah
Pewarna hijau
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
500g daging
2 batang serai | diketuk
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato | dihiris nipis
Kicap manis secukupnya
BAHAN-BAHAN PERAPAN:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat Mencuba!
PAJERI NANAS
BAHAN-BAHAN KISAR:
3 biji bawang merah
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
Sedikit air
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun pandan
3 sekawan
Daun kari
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
Air secukupnya
1 ketul kecil gula melaka
1 tin kiub nanas
2 sudu makan kerisik
Garam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
RENDANG DAGING REMPAH
BAHAN-BAHAN:
600gm daging – potong kecil
1 cawan santan
1 peket BESTARI Pracampur Serbuk Kari Segera Daging
2 sudu teh BESTARI Stok Ayam
Minyak masak secukupnya
1 helai daun kunyit – siat-siat
2-3 helai daun limau purut – siat-siat
Air secukupnya
Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
Serbuk kunyit
Garam
1 tangkai daun kari
½ mangkuk air asam jawa
3-4 sudu besar sos cili
Sos cili
1 biji bawang besar
1 keping gula melaka
2 sudu besar sos tiram
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
2 inci halia
6-8 biji bawang putih
2 batang serai – dihiris nipis
15-20 biji cili kering
Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!
DALCA DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Minyak
2 sudu makan cili boh
3 sudu makan serbuk kari daging
150gm daging cincang
Air
100gm kacang dhal (rendam semalaman)
100ml santan
Kentang
Lobak merah
Terung bulat
Kacang panjang
Garam
Air asam jawa
2 biji cili hijau
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Ikan Patin Masak Tempoyak memang menjadi kegilaan ramai, lebih-lebih lagi buat warga Pahang. Keenakannya memang tak dapat disangkal lagi. Kalau kuah pekat likat dan pedas, lagi mantul rasanya.
Kini, warga bukan Pahang pun dah semakin ramai menggemari masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Ini termasuklah pada ALeya Seolihah yang telah berkongsikan resipi membuat Ikan Patin Masak Tempoyak.
Meskipun dia dan suami bukan warga asal Pahang, namun keduanya amat menggemari masakan ini. Jom ikuti resipi perkongsiannya.
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin dipotong (ikan ini anggaran 1.5kg)
Cili padi (dikisar) – Boleh beli online di sini **Jumlah cili terpulang pada tahap kepedasan masing-masing. Kalau tak tahan pedas, letak sikit pun cukup.)
Kunyit hidup (dikisar) **Jumlah kunyit terpulang pada citarasa masing-masing. Nak letak sikit boleh, nak letak banyak pun boleh.
King & Queen Bawa Pulang Wang Tunai RM300 Serta Barangan Eksklusif redONE MobileEmpat hari berkampung di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival...