Sedapnya melihat aneka kek ikan / fishcake homemade perkongsian dari saudari Norlaila Dlaila ni. Harus cuba resipi ni. Mudah je cara pembuatannya malah kosnya juga tidak mahal. Anggaran RM20 sahaja dan boleh hasilkan pelbagai jenis kek ikan sedap untuk sajian keluarga. Wow… Bolehlah buat stok banyak-banyak. Dari segi kebersihan pula, tentunya lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!
CARA BUAT FISH CAKE HOMEMADE PALING SEDAP, MUDAH & TANPA PENGAWET
BAHAN-BAHAN:
10 ekor isi udang (RM6) 10 ekor sotong kecil (RM5) 1 keping ikan dory (RM6) 2 ulas bawang putih – beli online disini 1/4 cawan tepung gandum – beli online disini 1/4 cawan tepung ubi kentang – beli online disini 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 sudu teh lada sulah – beli online disini 2 biji putih telur 3 sudu makan minyak masak Parutan lobak merah secukupnya Kucai Cili api (kalau suka pedas)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan makanan laut dan bawang putih ke dalam pengisar makanan (food prosessor) Kisar sekejap.
Ads
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain kecuali sayuran. Kisar sekejap dan adun sebati. 3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan sayuran seperti lobak merah, kucai dan cili padi jika suka. Sebatikan.
4. Bila sudah jadi adunan, anda boleh bentukkan mengikut cita rasa masing-masing. Boleh dibuat bulat, panjang dan sebagainya.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng adunan kek ikan yang telah dibentuk tadi guna api perlahan hingga terapung dan kekuningan.
6. Jika untuk kek ikan yang lapis guna rumpai laut (seaweed), boleh buat sebegini. Letak fucuk, diikuti kepingan rumpai laut.
7. Kemudian letak adunan kek ikan tadi.
8. Gulung dengan kemas. Kemudian goreng hingga masak.
9. Boleh pelbagaikan bentuk dan rupa kek ikan mengikut cita rasa dan selera masing-masing. 10. Boleh juga sumbat adunan kek ikan dalam sayur-sayuran seperti cili, peria, dan sebagainya.
11. Aneka kek ikan homemade yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Ads
Kredit resipi & foto: Norlaila Dlaila via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Melayan kerenah anak-anak bercuti sekolah, hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera. Jom tengok step by step sambal tumbuk yang dibuat. Simple, tapi nampak sedap!
SAMBAL TUMBUK
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
Cara membuat
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
OK, dah siap goreng semua bahan. Nampak sedap kan? Belum siap lagi ni. Sila ke step seterusnya.
Guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Jom masak Nasi Goreng Kampung yang sangat sedap ni untuk keluarga. Mudah, enak dan tidak menggunakan banyak bahan. Bau harum masa masak tu sangat membuka selera. Berbaloi masak sendiri. Rasa sedap sama macam menu yang dinikmati di restoran masakan panas. Gaul-gaul, dapat satu kuali, cukup untuk hidangan satu keluarga. Terima kasih saudari Umi Watie kongsikan resipi ‘best’ ni. Ayuh lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI GORENG KAMPUNG PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi sejuk
Ikan bilis secukupnya – beli online disini
1 biji bawang merah – cincang – beli online disini
3 ulas bawang putih – cincang – beli online disini
5 biji cili api – cincang
Belacan – saiz ½ biji bola pingpong – beli online disini
½ cawan isi ayam
2 biji telur
Garam secukup rasa
Kangkung secukupnya
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula gorengkan ikan bilis. Kalau boleh pilih yang kecil-kecil. Baru la tak menyucuk gusi masa makan nanti.
2. Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga wangi kemudian letak belacan.
3. Masukkan isi ayam. Kalau nak letak udang ke, sotong ke boleh je.
4. Bila semua bahan dan sebati elok, masukkan telur. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam dengan sedapnya.
6. Masukkan nasi sejuk. Pastikan nasi telah diperoikan terlebih dahulu.
7. Akhir sekali masukkan hirisan kangkong. Gaul sebati hingga sekata. Angkat, tabur bilis goreng dan sedia untuk dinikmati.
Steak, kalau dahulu orang kita tak berapa suka makan dan agak mahal, kita semua itu bukan alasan lagi. Kita boleh buat sendiri di rumah dan lebih jimat untuk dinikmati bersama keluarga. Kalau teringin nak rasa steak daging yang sesedap macam makan di restoran tu, apa kata cuba resipi ini.
Untuk Perapan & Hidangan Daging
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging batang pinang
6 Ulas bawang putih (dikisar sehingga lumat)
2 inci halia (dikisar sehingga lumat)
Lada hitam (dikisar kasar)
Sos lada hitam (jika mahu)
Sos Perasa
Beberapa sudu madu asli
½ Mentega / minyak zaitun
Mix herbs
Rosemary
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di atas kedalam satu bekas dan gaulkan pada daging sehingga rata.
Perapkan ia selama tiga jam. (sementara itu siapkan hidangan sampingannya)
Panaskan butter atau minyak zaitun di atas pemanggang lalu bakarkan daging sehingga ia menjadi lembut dan cukup masak.
KUAH
BAHAN-BAHAN
1 Biji bawang besar (dihiris)
3 Ulas bawang putih (di tumbuk atau dicincang)
1 Tin cendawan butang
Mentega untuk menumis
3 Sudu tepung jagung (telah di bancuh)
2 kuib ayam
3 ½ cawan air
Lada hitam
Lada sulah
Garam
Gula
Rosemarry
Mixed herb
CARA MEMASAK :
Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga menjadi keperangan. Masukkan air
Masukan kiub ayam, cendawan, lada hitam dan lada sulah.
Kacau sehingga mendidih.
Campurkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
Masukkan sedikit sos lada hitam dan gaul sehingga ia menjadi rata.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga ia menjadi pekat.
Akhir sekali masukan rosemarry dan mixed herb kedalam kuah dan gaul ia sehingga sebati.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan hidangan yang lebih menarik, anda boleh tambahkan lagi hidangan sampingan seperti kentang putar, kentang rebus atau sayur-sayuran.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.