Menurut empunya resipi, saudari Shahmila Radha, resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat ni memang sangat sedap. Sesuai dijadikan menu bagi anda yang tercari-cari menu diet yang ringkas dan mudah disediakan. Menu ini menggunakan bahan segar yang mudah didapati dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom cuba!
CARA MEMBUAT EGG SALAD BELL PEPPER @ CUCUMBER BOAT
BAHAN-BAHAN: Timun Lada Benggala @ bell pepper hijau Daun salad 4 biji telur Garam secukup rasa 2 sudu makan yogurt Mix herbs secukupnya – beli online disini Cayenne pepper secukupnya – beli online disini Parsley secukupnya 1 sudu makan jus perahan lemon (limau nipis pun boleh) Emping cili @ serbuk lada hitam secukupnya – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sekali, belah tengah timun dan lada benggala.Keluarkan biji dan bersihkan.
Ads
2. Rebus telur hingga masak kemudian kupas kulitnya. 3. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam, yogurt, mix herbs, cayenne pepper, parsley, jus perahan air lemon (limau nipis pun boleh)dan jika suka, boleh tambahkan emping cilia tau serbuk lada hitam dengan secukupnya.
4. Hancurkan telur dan gaul semua bahan hingga sebati. 5. Ubah suai rasa mengikut selera masing-masing. 6. Letak salad atas lada benggala dan isi dengan inti telur tadi. Lakukan yang sama untuk timun juga. 7. Tabur parsley dan chili flakes jika mahu rasa lebih pedas. 8. Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat siap disediakan dan sesuai dijadikan menu saraoan, makan tengahari, makan malam dan juga snek.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Begedilayamatau daging semestinya antara sajian yang menjadi kegemaran ramai. Selain dijadikan pelengkap dalam sajian Soto, Lontong dan sebagainya, Begedil Ayam ini juga sedap dimakan begitu sahaja. Anak-anak pun suka. Jadi bagi anda yang suka hidangan ini, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Noor Ashikin Saerah ni. Mudah, sedap dan jimat. Boleh juga di sejukbekukan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Kupas ubi kentang dan cuci bersih. Kukus sehingga kentang lembut. Sejukkan. 2. Lecek kentang sehingga lumat. 3. Campurkan ayam kisar yang telah dicuci, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang, lada putih & garam bersama dengan kentang lenyek. Gaul sampai sekata. 4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. (Empunya resipi timbang setiap doh dengan berat 25gm setiap satu). Bulatkan & bentukkan agar lebih cantik dan kemas.
5. Panaskan minyak, salutkan doh begedil dengan putih telur dan goreng sehingga berwarna keemasan.
6. Setelah masak, toskan minyak berlebihan. Sedia untuk dihidangkan & diratah begitu sahaja.
Nota: – Kentang boleh juga digoreng dahulu sebelum dilecek hingga lumat. – Jangan balik-balikkan begedil dengan kerap ketika menggoreng supaya begedil tidak pecah.
Bila makan di restoren perasan tak telur dadar yang dibuat gebu dan tebal. Tapi bila kita msak di rumah jadi leper saja.
Untuk pengetahuan untuk buat telur dadar yang tebal ini ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Cara buat telur dadar gebu dan tebal
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Cara membuat:
Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!