Semua orang suka makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni mudah aje. Adunan kaya ball ni boleh juga dibuat pancake.Sangat lembut dan menjadi.
Kata Nurhaziqah resipi kaya ball ni kacau pakai whisk aje, tak perlu mixer atau mesin pengadun pu. Yang penting ada acuan.Dia menggunakan acuan takoyaki, kalau tak ada boleh aje guna acuan kuah cara.
KAYA BALL
BAHAN-BAHAN :
• 1 cawan tepung gandum • 2 sudu kecilbaking powder • secubit garam * • 2 sudu besar gula halus * • 3/4 cawan susu segar + 2 sudu besar susu segar* ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu) • 1 biji telur * • 2 sudu besar mentega |cairkan * • 1 sudu kecil esen vanilla * • Kaya secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan bertanda *
2. Kacau bahan bertanda * sehingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder
4. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul
5. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan 6. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
7. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
8. Kemudian picitkan kaya
9. Picitkan adunan sehingga full
10.Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit
11.Kemudian balikkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak
Kadangkala bahan yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Sebagai contoh, masakan menggunakan telur ni. Bukan setakat goreng cicah kicap je tau. Macam-macam boleh buat. Selamat mencuba!
1. RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai | hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
3. TELUR MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan digoreng
5 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
Sedikit kicap manis + kicap masin
2 helai dau bay
Sedikit cuka
Sedikit hirisan cili benggala hijau
Sedikit hirisan cili benggala merah
Minyak untuk menumis
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit bau. Masukkan daun bay dan masak sehingga bahan garing dan pecah minyak.
Masukkan sedikit air, cuka, dan kicap manis serta kicap masin. Biarkan mendidih. Bila kuah agak pekat, masukkan telur dan hirisan cili benggala. Kacau sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
4. MASAK KURMAK TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit – boleh juga guna telur itik
400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
12 biji cili besar hijau | dikisar halus
300ml air
8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris halus
2 labu bawang putih | dihiris
4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
Rempah 3 beradik secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun pandan | disimpul
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
Sotong di kedai mamak memang selalu membuka selera. Kalau makan tu boleh teringat-ingat. Nak cuba macam mana masak kari sotong style mamak? Jom RASA kongsikan resipinya.
SOTONG MASAK KARI MAMAK
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!