Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk-sejuk. Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
Ads
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.
Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…
1. BETIS KAMBING BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
4 sudu makan rempah bukhary
3 sudu makan puri tomato
1.5 liter air stok rebusan daging
2 biji bawang besar /dikisar
10 ulas bawang putih/ diketuk
5 sm halia
2 batang kayu manis
50 gm daun ketumbar /dihiris halus
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang
5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
2 biji tomato dipotong empat
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging sehingga 30 minit 2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan. 3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit. 4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi. 5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan. 6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak. 7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato 8. Masukkan air rebusan kambing 9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium 10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1 jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU
BAHAN -BAHAN :
1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu
Bahan dikisar :
200 gm cili hijau /dikisar
50 gm cili padi /dikisar
2 sm kunyit hidup /dikisar
100 gm lengkuas /dikisar
3 biji bawang besar /dikisar
5 ulas bawang putih/dikisar
2 batang serai /dikisar
5 helai daun limau purut/dihiris halus
100 gm daun ketumbar/dihiris halus
3 batang kulit kayu manis
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar. 2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau. 3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati. 4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar. 5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping 6. Masak lagi selama 5 minit. 7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing
INFO CHEF:Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis.
3. SUP KAMBING MALABARI
BAHAN-BAHAN :
800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
50 ml minyak sapi
Bahan sup A:
6 ulas bawang putih /dicincang
2 sm gm halia /dihiris nipis
5 gm kulit kayu manis
5 gm biji pelaga
5 gm daun kari
2 gm ketumbar biji
2 gm habatus sauda
2 gm biji poppy
1 biji limau/dipotong baji
5 gm serbuk lada hitam
4 cawan air
Garam secukup rasa
25 gm daun ketumbar/dihiris
120 gm bawang goreng
35 gm tomato / dipotong baji
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau.. 2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih. 3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato.. 4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak :30-40 minit Cara memasak :Didih dan reneh Jenis masakan : Sup India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti
INFO CHEF: Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.
4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya. 2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging 4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan 5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit 6. Biarkan daging empuk 7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
5. MOUSAKKA KAMBING
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato. 2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi. 3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk. 4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu. 5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap) 6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang 7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu 8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi 9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF :Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukupterkenal di negara Arab dan Mediterranean.
Tidak dinafikan Rendang Kerang memang sedap, cuma nak mengopeknya ambil masa, tapi bila sudah masak berbaloi dengan rasanya yang sedap. Resipi lebih kurang masak rendang yang lain, cuma anda tidak perlu tunggu lama di dapur kerana tidak perlu masak lama. Anda yang ingin mencuba, berikut resipi disertakan di sini.
RENDANG KERANG BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
5 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkus
3cm kunyit
CARA MEMBUAT:
Rebus kerang seketika. Kemudian keluarkan isi dan ketepikan.
Masukkan santan ke dalam kuali bersama bahan kisar.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Seterusnya, masukkan kerang, daun kunyit, serai titik, asam gelugur, kerisik, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
Sambal bilis ada banyak versi, ada yang kering, sambal banyak, sambal garing, sambal hijau dan sebagainya. Tapi yang pasti semuanya sedap belaka.
Satu lagi resipi sambal bilis yang ringkas dan boleh kita buat adalah sambal bilis hancur perkongsian Ziela Mazlan. Memang mantap bila dipadukan dengan telur mata dan nasi panas.
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi merah dan hijau
Bawang putih
Bawang merah
Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan di atas. Atau boleh juga guna chopper, lebih mudah.
2. Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Tumis menggunakan api sederhana, sampai kering airnya. Kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (jika suka).
4. Kacau lagi sampai sambal kering.
Siap! Sedap di makan bersama dengan telur dadar
Nota: Kalau ada tomato, hancurkan sekali. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...