
Isi Kandungan
ToggleSambal bilis ada banyak versi, ada yang kering, sambal banyak, sambal garing, sambal hijau dan sebagainya. Tapi yang pasti semuanya sedap belaka.
Satu lagi resipi sambal bilis yang ringkas dan boleh kita buat adalah sambal bilis hancur perkongsian Ziela Mazlan. Memang mantap bila dipadukan dengan telur mata dan nasi panas.
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi merah dan hijau
Bawang putih
Bawang merah
Cara-cara
- Tumbuk kesemua bahan di atas. Atau boleh juga guna chopper, lebih mudah.
2. Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Tumis menggunakan api sederhana, sampai kering airnya. Kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (jika suka).
4. Kacau lagi sampai sambal kering.
Siap! Sedap di makan bersama dengan telur dadar
Nota: Kalau ada tomato, hancurkan sekali. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.
Kredit: Ziela Mazlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Sembilang Buat Masak Cuka Pun Sedap, Ini Cara Membuatnya

Isi Kandungan
ToggleBila teringin buat ikan masak cuka selalunya ikan tenggiri atau tilapi akan jadi pilihan. Tapi sebenarnya ikan sembilang juga sedap dimasak buat masak cuka. Nak tahu keenakannya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Azizah Salleh.
Bahan-bahan
5 kg ikan sembilang – saiz besar 2-3 ekor
20 batang serai – hiris nipis
250 gm bawang merah kecik (belah 2 atau4)
150 gm bawang putih (kupas jangan hiris atau potong)
4 cm halia – mayang
2 paket halba campur
Cili api – tak perlu belah
1 1/2 cawan cuka makan
1 cawan air
Cara membuat
1. Basuh bersih ikan, potong dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng garing, ketepikan.
2. Guna minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama halba campur dan juga serai.
3. Selepas naik bau masukkan cuka makan dan juga air. Kacau sebati dan biar mendidih. Masukkan cili api.
4. Sebaik kuah mendidih saja, kecilkan api, masukkan ikan. Kemudian gaul seketika dan tutup api, jangan lama-lama.
Resipi: Azizah Salleh
Artikel berkait: Ikan Masak Cuka Utara, Sedap Tak Terkata
Sedap & Tak Hanyir. Ini Cara Buat Ikan Sardin Homemade Guna 3 Bahan .

Bagi anda yang suka makan ikan sardin, menu Ikan Sardin homemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.
IKAN SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan selayang/sardin – nak guna mackerel pun boleh
- Sos tomato – boleh guna sos tomato readymade atau boleh juga buat sos tomato homemade
- Sos Cili – untuk beri rasa pedas.
- Air secukupnya
( jumlah sos bergantung pada jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.
2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukan air pada paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pada jumlah yang sepatutnya sahaja.)
5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.
6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) hingga ke 59. ( untuk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yang sama untuk 30-35 minit lagi.
7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lepaskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pada sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun boleh.
8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, boleh padamkan api dan masukkan sardin dalam bekas bersesuaian.
9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
10. Bila nak makan, hanya perlu panaskan sahaja.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Alia Farhan Said
Link asal resipi: http://www.aliafarhan.com
Dekat rumah belum ada PRESSURE COOKER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. Nanti boleh try masak SARDIN HOMEMADE ni.
Nak lebih banyak resipi best guna PRESSURE COOKER? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Aneka Resipi Boleh Dihasilkan Hanya Guna Satu Pes Sambal. Sedap & Mudah!

Isi Kandungan
ToggleMudah, jimat masa dan sedap aneka resipi boleh dihasilkan hanya berasaskan satu pes sahaja sebagai panduan memasak. Penggunaan pes yang disiapkan pada hujung minggu sangat membantu. Pes yang sama itu boleh digunakan untuk memasak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Selamat mencuba!
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
- 3 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2.5cm belacan | pilihan
- ½ cawan kecil air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Info chef: Boleh juga dibekukan untuk kegunaan jangka masa yang lama.
MASAK LEMAK MERAH AYAM
XZ
BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul ayam sederhana besar
- 2 sudu makan pes sambal
- 2.5cm kunyit hidup
- 3 biji cili padi
- 1 batang serai | ketuk
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 keping asam gelugur
- 1 biji buah tomato | potong empat
- 1 helai daun kunyit | racik halus
- 2 helai daun limau purut
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Renehkan di dalam periuk bersama sedikit air, dua sudu makan pes sambal, daun limau purut dan serai. Kacau perlahan.
- Setelah sedikit mendidih, campurkan sedikit air lagi dan masukkan ketulan ayam. Masukkan juga asam gelugur.
- Setelah ayam sudah empuk dan masak, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau perlahan. Masukkan hirisan buah tomato.
- Setelah kuah sudah pekat sedikit, masukkan racikan daun kunyit. Biar daun kunyit lembut sedikit barulah tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor sotong | potong gelang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 biji bawang merah | racik
- 1 batang serai | ketuk
- 3 sudu makan pes sambal
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
- Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Info chef: Juga enak jika dimasukkan sedikit petai.
IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
- 3 sudu makan pes sambal
- 1 biji limau kasturi
- 2 batang bendi | hiris serong
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 biji cili merah | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
- Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
- 3 sudu makan pes sambal
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika inginkan rasa pedas menyengat.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
- 4 ketul ayam | sederhana besar
- 3 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- Sedikit daun ketumbar
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN
- 8 tangkai kacang panjang |basuh dan potong serong
- 2 ketul tauhu | potong dadu besar
- 1 keping tempe | potong
- 2 ulas bawang merah | hiris nipis
- 1 ulas bawang putih | hiris nipis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tempe hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
- Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau. Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe. Kacau hingga rata, dan masukkan perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
- Kemudian angkat dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Tauhu juga boleh digoreng berasingan jika suka.
SAMBAL BENDI
BAHAN-BAHAN
- 9 batang kacang bendi | basuh dan potong serong
- 2 sudu makan pes sambal
- 2 biji bawang merah | racik
- 1 ulas bawang putih | racik
- Sedikit ikan bilis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan ikan bilis, goreng sehingga garing. Masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan sayur bendi dan kacau hingga rata. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.
- Kemudian angkat, taburkan sedikit bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Boleh campurkan sayur lain juga seperti kacang jika mahu.
DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN
- 100gm hirisan daging nipis
- Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 3 biji bawang merah | kisar
- 2 biji bawang putih | kisar
- 2.5cm halia | kisar
- Sedikit jintan manis tumbuk
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan pes sambal
- 1 biji bawang merah | potong bulat
- 1 biji cili hijau | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
- Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
- Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
NASI GORENG ACACIA TREE KOFFIE
BAHAN-BAHAN
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu makan pes sambal
- 2 biji bawang putih
- 1 biji telur
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | potong dadu kecil
- Sedikit isi ayam
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan hirisan isi ayam, cili benggala merah dan hijau. Goreng hingga masak.
- Selepas itu masukkan pes sambal, pecahkan telur dan kacau hingga sambal pecah minyak.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.
- Masukkan telur dan goreng nasi hingga garing.
- Hiaskan dengan sedikit udang yang digoreng berasingan bersama hirisan timun dan tomato segar.
Info chef: Enak dimakan bersama keropok.
CENCARU BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
- 2 sudu makan pes sambal
- 1 batang cili merah | hiris memanjang
- 1 batang cili hijau | hiris memanjang
- 3 biji cili padi | hiris kasar
- Sedikit buah nanas | potong kiub
- Sedikit daun limau purut | hiris
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan dan lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
- Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
- Balikkan ikan agar dibakar sekata. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
- Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
Kongsi Resipi: Terima kasih Chef Mohd Faez b Mohd Khalid dan Chef Mohd Noorshafiq b Hairul Nizam, Acacia Tree Koffie, Century Square, Cyberjaya (terima kasih puan Rozel).