Masakkan paling mudah dan menyihatkan untuk semua lapisan umur. Bubur nasi yang sihat ni sesuai untuk apa saja keadaan, panaskan badan waktu hujan, menambah selera makan ketika deman, makanan sarapan pagi atau malam dan sesuai untuk hidangan berbuka dan bersahur. Apa kata kamu cuba resipi yang dikongsikan oleh Kak Wan ni nampak menarik tentu sedap.

 

BUBUR NASI MANADO

Resipi Bubur Nasi Manado, Badan Kurang Sihat Confirm Berselera.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 1 1/2 liter air
  • 1 tongkol jagung, hiris ambil isinya
  • 1 hiris labu kuning
  • 1 ikat kangkung, potong
  • 1 ikat daun kemangi
  • 1 ikat daun bawang, potong
  • 1 batang serai di ketuk
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 100 gm isi udang segar

 

IKLAN

Resipi Bubur Nasi Manado, Badan Kurang Sihat Confirm Berselera.

Bahan Perasa:

  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Sampingan
  • Sambal ikan bilis
  • Bawang goreng
  • Ikan masin goreng
  • Udang Goreng

Cara-cara:

IKLAN
  1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi letrik. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan serai, bawang putih, jagung, labu, daun kangkung, daun kemangi dan isi udang.
  3. Masak hingga beras hancur menjadi setengah bubur.
  4. Perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  5. Biarkan di dalam periuk nasi sehingga beras hancur sepenuhnya.
  6. Untuk menghidang, masukkan ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan bahan-bahan sampingan.

Kongsi resipi:Kak Wan

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

IKLAN

Nak Lauk Ringkas dan Mudah. Resipi Ikan Bilis Masak Kicap Cili Padi Makan Dengan Bubur Nasi Siap!

Bubur Nasi Berlauk. Idea Sajian Sarapan & Makan Malam Yang Sempoi Tapi Enak.

Sedapnya! 5 Koleksi Resipi Bubur Nasi Yang Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga.

http://www.rasa.my/terasa-nak-makan-bubur-nasi-yang-sedap-lain-dari-biasa-cuba-bubur-nasi-vietnam-ni/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI