Bubur Chacha atau Bubur Gandumini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai. Cara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang atau dinikmati pada bila-bila masa. Saudari Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow…Pasti enak. Jom cuba!
CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA TERENGGANU @ BUBUR GANDUM
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat doh, campur semua bahan dan adun sebati. Adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput dan pastikan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agak sahaja. 2. Panaskan air di dalam periuk yang bersesuaian. 3. Ambil doh tepung dan tekan ke dalam tapis seperti dalam gambar di bawah.
Ads
4. Bubur yang sudah ditekan akan masuk ke dalam air panas yang mendidih. Bubur ini akan timbul bila sudah masak.
5. Bila sudah timbul, toskan doh tadi.
6. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula melaka atau nise. Tambahkan daun pandan untuk bau wangi dan juga air jika perlu. 7. Sebatikan dan bila mendidih, masukkan doh tepung yang disejatkan tadi. 8. Gaul rata dan biarkan mendididh seketika. 9. Bubur Chacha @ Bubur Gandum sedia untuk dinikmati.
Kurang rasa selera makan, resipi kerabu santan pelam yang sangat ringkas boleh menaikkan selera anda. Rasa lemak, masam dan manis bersatu untuk rasa yang lazat. Boleh tambahkan dengan kacang tanah tumbuk untuk rasa crunchy.
KERABU SANTAN PELAM
BAHAN-BAHAN
Buah pelam (dihiris halus)
Bawang merah (dihiris halus)
BAHAN TUMBUK:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Santan segar
CARA MEMASAK:
Tumbuk semua bahan tumbuk diatas sampai halus.
Masukkan buah pelam yang sudah siap dipotong halus.
Kemudian masukkan santan segar gula, garam dan perasa. Gaul semua hingga sebati dan sedia untuk dihidang.
Tak perlu guna mixer, tak perlu susah-susah. Tapi brownies cheese ini memang sangat sedap. Beza brownies ini adalah toppingnya. Jadi, kalau korang suka brownies dan cheese, resipi ini memang sangat sesuai untuk anda.
CARA MEMBUAT
1. Cairkan coklat masakan dan mentega secara double boil.
2. Selepas siap, ketepikan dan biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur ayam dan gula guna whisk.
4. Selepas adunan sebati, masukkan esen vanila dan garam.
5. Masukkan coklat yang sudah dicairkan tadi.
6. Masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
7. Kaupbalikkan adunan hingga sebati.
8. Lapikkan loyang dengan baking paper dan tuangkan adunan.
9. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius dan bakar selama 30 minit.
CARA MEMBUAT TOPING CHEESE
1. Satukan semua bahan dan adun sehingga sebati.
2. Tuangkan atas brownies yang sudah siap dimasak.
3. Bakar semula dalam oven selama 10 minit.
Penggemar menu nusantara, ini ada tujuh menu yang popular di Indonesia, Singapura dan Brunei. Resipi disediakan oleh Puan Azian Hasan seorang chef dan penulis buku masakan popular. Disebabkan hari ini adalah Isnin, apa kata tujuh menu ini cukup seminggu kalau korang gilirkan menunya satu hari satu. Taklah pening kepala fikir nak masak apa, maklum jelah anak-anak cuti sekolah sekarang.
BAMIA
BAHAN-BAHAN:
800gm tulang daging
200gm daging | potong dadu
250 gram kacang bendi | buang hujung dan pangkal
3 biji tomato | belah empat
2 biji ubi kentang | belah empat
1 biji karot | potong bulat
100 gram kobis | potong memanjang
1 tin puri tomato | saiz besar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
4 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
250gm santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar |hiris halus
1.5cm halia | hiris halus
2 ulas bawang putih | hiris halus
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
1.5cm halia
1 sudu teh jintan manis
10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan kemudian masukkan minyak sapi.
Tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi
Masukkan serbuk kari dan masak sehingga kari pecah minyak
Masukkan bahan-bahan kisar, daging, tulang daging,ubi kentang dan sedikit air.
Masak sehingga daging betul-betul empuk dan ubi kentang lembut.
Masukkan puri tomato, kacang bendi, santan,gula dan garam
Masukkan kubis dan tomato. Biarkan seketika sehinggga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan bersama roti dan salad.
SEMUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
800gm daging batang pinang | hiris nipis
6 ulas bawang merah | hiris
1/2 cawan kicap manis
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Perap bahan kisar dengan daging selama sejam.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dan goreng daging sehingga airnya betul-betul keluar.
Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
Masukkan kicap manis, kicap pekat, gula dan garam. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan bawang goreng dan sedikit air.
Kuantiti air bergantung kepada kelikatan kuah yang anda suka.
PECAL LELE BAKAR
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | bersihkan dan kelar-kelar
500ml liter santan pekat
2 keping asam gelugor
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji cili padi
2 biji bawang merah
4biji isi cekur
CARA MEMASAK:
Lumurkan ikan keli bersama garam dan kunyit dan bakar. Ketepikan.
Sementara itu, campurkan bahan-bahan kisar bersama santan dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup masak, tuangkan kuah ke atas ikan bakar tadi.
Pecal Lele sedia dihidangkan.
PEPES UDANG BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu putih
100gm udang | potong kecil
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
Daun pisang secukupnya
BAHANKISAR:
2 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji belimbing buluh
4 biji bawang merah kecil
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Hancurkan tauhu putih.
Masukkan udang , bahan-bahan tumbuk bersama telur, garam, kunyit dan gula.
Gaul sebati.
Seterusnya masukkan 3 sudu makan ke dalam daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.
Kukus selama 10-15 minit.
Pepes sedia dihidangkan.
IKAN BAWAL MASAK KUAL PECAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | bersihkan
4 helai daun limau purut | hiris
4 daun salam | hiris
1 biji buah tomato | potong 6
Minyak untuk menggoreng
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu air asam jawa
Garam dan gula sedukup rasa
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
2 batang serai
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan tadi.
Tumis bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun selasih.
Masak sehingga garing dan kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
Tambah sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.
Tuangkan kuah pecak ke atas ikan tadi.
Ikan sedia dihidangkan.
RENDANG JINTAN HATI
BAHAN-BAHAN:
500 gram hati lembu | cuci bersih dan hiris nipis
40 liter santan pekat
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh biji sawi
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan kerisik
5 tangkai kacang panjang | potong serong
2 biji cili merah | hiris halus
2 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
Gaul sebati hati bersama bahan-bahan kisar dan rempah. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak dan masukkan jintan putih dan biji sawi.
Masukkan kesemua bahan-bahan yang diperap bersama santan dan masak sehingga hati empuk.
Masukkan kacang panjang. Gaul sebati, masukkan kerisik, cili merah
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong kecil
250gm santan pekat
5 helai daun limau purut |hiris halus
3 helai daun bay
1 keping asam gelugor
5 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 sudu makan minyak masak
2 biji tomato | belah empat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm halia
3 biji bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.
Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam gelugor, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.
Masukkan daun limau purut, tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!