Wow…Nampak sedaplah Brownies Kedut ni. Menurut saudari Mariana Zainal, resipi yang dikongsi ini adalah untuk loyang bersaiz 10 inci. Sangat sesuai dicuba bagi anda yang tercari-cari resipi brownies yang lengkap. Jika nak buat dalam saiz yang kecil, bahagikan sahaja sukatan adunan. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA MASAK BROWNIES KEDUT UNTUK LOYANG SAIZ 10 INCI
150gm mentega (Double boiler dua bahan di atas sampai cair)
BAHAN B:
4 biji telur gred A @ B
80gm gula kastor
80gm gula perang
(Satukan bahan B. ‘Whisk’ guna tangan hingga gula larut dalam telur. Hanya perlu kacau sahaja. Tak perlu pukul. Pastikan gula untuk dapatkan ‘effect’ kedut.)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan B. Kacau hingga sebati guna pemukul tanga (whisk). Masukkan bahan C. Kacau sebati. 2. Ambil sedikit mentega dan oles nipis pada permukaan loyang. Lapik loyang menggunakan baking paper. 3. Tuang adunan brownies tadi. Tekstur adunan memang kental. 4. Ratakan adunan brownies supaya sama tebal. Tabur kepingan badam (jika ada). 5. Panaskan ketuhar pada suhu 150-160C. Bakar selama 35 minit ( jika guna loyang saiz 10 inci) @ 30 minit (jika guna loyang saiz 8 inci). Andai guna loyang saiz 8 inci, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Bila brownies telah masak, sejukkan dan bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing.
Roti sandwic ni memang antara yang selalu kita beli. Macam-macam boleh dihasilkan menggunakan roti ni. Kalau dapat makan roti yang baru lepas dibakar, memang nikmat tak terkata. Nak cuba hasilkan sendiri roti sandwic homemade ni? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipinya. Resipi ini beliau uli dan bakar sepenuhnya menggunakan ‘bread maker’. Memang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI ROTI SANDWIC HOMEMADE ( WHITE LOAF).
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung roti
250ml susu segar
2 sudu makan gula pasir (empunya resipi guna brown sugar)
2 sudu makan mentega
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Tekan butang fungsi ‘Basic’ (atau apa sahaja yang ada di bread maker anda) untuk membuat loaf. 2. Pilih setting ‘Light’ untuk crust dan 1.5lb untuk saiz roti. 3. Biarkan ‘bread maker’ menjalankan proses menguli dan bakar dalam tempoh masa 2 jam 53 minit. 4. Bila roti telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan. Kemudian bolehlah dinikmati mengikut cita rasa.
Tip:
1. Pada minit awal doh diuli, anda kena sentiasa lihat keadaannya. Kalau doh kelihatan terlalu lembik, tambahkan sedikit lagi tepung roti. 2. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit lagi susu segar. 3. Doh cantik jika ia bulat elok dan tidak melekat. 4. Untuk memotong roti yang dah masak pula, gunakan pisau roti. 5. Roti kena betul-betul sejuk baru cantik potongannya. Selamat mencuba!
Bosan makan nasi tapi ingin hidangan yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
• 3 keping roti pita
• 200gm isi ayam | dipotong dadu
• 1 ulas bawang putih | dicincang halus
• ½ biji bawang besar | dimayang halus
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos lada hitam
• 1 sudu besar mayones
• 8 helai daun salad | dibersihkan
• 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
Sedapnya makan Bahulu homemadeni mudah ni panas-panas. Bahulu ni adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuanni. Pasti puas hati tengok hasilnya.
1. Untuk membuat bahulu homemade ini, masukkan gula dan telur ke dalam bekas yang bersesuaian kemudian pukul sampai betul-betul kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan esen vanila, kacau rata hingga semua bahan sebati. 3. Ambil acuan bahulu dan oleskan dengan sedikit minyak. 4. Tuang adunan bahulu dan masukkan ke dalam ketuhar.
5. Bakar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 200c selama 12 minit atau sampai Bahulu masak sepenuhnya. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...