Wow…Nampak sedapCoklat CheeseBrowniesBakar perkongsian saudari Azza Ahsani ni. Menurut beliau resipi yang dikongsi ini adalah Brownies versi bakar namun memounyai rasa yang sangat sedap, gebu dan juga tidak kering. Sangat sesuai dicuba bagi anda yang tercari-cari resipi brownies yang sangat enak dimakan bersama keluarga. Jom cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
1.Masak semua bahan A dengan api perlahan. Mentega perlu dicairkan terlebih dahulu barulah diletakkan bahan-bahan lain.
Ads
2. Bila sudah agak sebati dan menggelagak, boleh tutup api dan sejukkan. Pada masa yang sama, sudah boleh panaskan ketuhar pada suhu 170°c mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
3. Sementara menunggu bahan A sejuk, pukul telur dan esen vanilla hingga kembang.
4. Begini rupa telur yang sudah kembang.
5. Masukkan telur yang dipukul kembang tadi ke dalam bahan A. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit sambil dikaup balik sampai sebati.
7. Rupa adunan yang siap diadun.
8. Sediakan loyang yang bersesuaian. Sapu sedikit mentega dan alas dengan wax paper. (empunya resipi guna loyang saiz 7″x7″. Masak 2 kali sebab boleh dapat banyak keping bila dipotong.)
9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°c selama 45 minit atau hingga brownies masak. Nak tahu masak atau belum, cucuk dengan lidi. Kalau lidi kering masa ditarik keluar, itu menandakan brownies telah masak sempurna.
10. Untuk topping brownies, pukul krim keju, gula dan telur hingga sebati.
11. Letak bahan C atas brownies yang sudah masak tadi. Ratakan dan bakar balik selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
Tip: Brownies tadi empunya resipi bakar dalam ½ jam sahaja. Masa ni kek lembap sikit. Bila letak cream cheese dan bakar balik, tekstur kek tak akan jadi kering.
12. Chocolate Cheese Brownies yang sedap dan gebu sedia untuk dinikmati.
Ads
NOTA: Semasa menyukat bahan, sila guna 1 cawan yang sama sahaja supaya sekata timbangannya.
Kek Batik adalah antara manisan yang paling mudah nak dihasilkan. Menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah ia juga tidak memerlukan ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang. Nak cuba buat Kek Batik yang sedap untuk keluarga? Aneka resipi dibawah ini boleh anda cuba. Pasti puas hati.
1. KEK BATIK BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
200gm serbuk milo
250gm mentega
3 sudu makan serbuk koko
1 tin susu pekat manis
Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat
CARA MEMASAK:
Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak.
Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
Setelah sebati masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati.
Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan.
Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.
2. KEK BATIK MARIE TOPPING CHOC GANACHE
BAHAN A:
2 bungkus biskut Marie (300g)
250gm buttercup
1 tin susu pekat manis
1 cawan air masak
6 sudu makan serbuk koko
14 sudu makan milo
2 biji telur
BAHAN TOPPING:
1 cawan Whipping cream Anchor UHT
100gm Choc compound
100gm dark chocolate
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Cairkan buttercup hingga separa cair. Tutup api.
Masukkan milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau sampai sebati.
Buka kembali api dan masukkan susu pekat dna air secara berselang seli. Maska hingga dunan likat. Padamkan api.
Masukkan biskut marie dan kaup balikkan hingga rata.
Tuang biskut marie dalam loyang saiz 10 inci. Pastikan loyang dilapik dengan plastik dan lebihkan kiri dan kanan supaya senang ditarik keluar.
Tekan adunan biskut marie hingga rata. Sejukkan,
Untuk membuat topping, panaskan whipping cream menggunakan kaedah double-boiler. Kacau hingga suam.
Kemudian masukkan coklat. Kacau hingga sekata dan coklat cair.
Seterusnya masukkan mentega dan kacau lagi. Padam api dan angkat. Sejukkan selama 30 minit.
Tuang adunan coklat ke atas kek batik tadi. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dipotong.
1. Panaskan kuali,dengan api sederhana. Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat. 2. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati. 3. Masukkan biskut marie dan kacau sebati anggaran dalam 5-7minit. 4. Lapik plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan nanti. 5. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan padatkan. 6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat coklat. Kacau sebati.
Masukkan biskut. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Padamkan api.
Masukkan biskut ke dalam bekas dan tekan hingga padat. Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya mengeras. Jika suka kek abtik lembut, tak perlu simpan dalam peti sejuk.
Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencentuskan rasa enak yang hebat.
Ramai peminat fruit cheese tart. Nak membeli, boleh tahan harganya. Apa kata kita try buat sendiri? Kalau tengok langkah membuat, tak adalah susah sangat. Bolehlah cuba buat, insya-Allah jadi.
FRUIT CHEESE TART
BAHAN SHELL TART
125 gram marjerin
50 g gula aising
1/2 biji kuning telur ayam | gred A
1 sudu kecil esen vanila
5 gram susu penuh krim
1/2 sudu besar air sejuk | dari peti ais
250 gram tepung gandum
CARA MEMBUAT
1. Pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, susu penuh krim, air sejuk dan tepung gandum.
3. Uli sebati adunan sehingga jadi doh.
4. Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm.
5. Buang lebihan doh di tepi acuan.
6. Cucuk bahagian tengah dengan garpu.
7. Buat sehingga habis adunan.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 minit.