Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
BISKUT SEMPERIT SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega @ buttercup
- 1 cawan susu pekat manis
- 400gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Ogura Roselle Tanpa Pewarna Tiruan, Merah Asli Dari Roselle
Kek ogura roselle ini teksturnya memang sangat lembut seperti chiffon cake. Menurut Sue M. Arukin selain roselle kebiasaannya beberapa perisa lain juga boleh digunakan seperti pandan, oren, lemon dan lain-lain.
Tapi istimewa kali ini Sue menggunakan roselle yang kaya dengan vitamin C dan bersifat anti oksidan. Roselle ni adalah tumbuhan renek dari spesis bunga raya. Selain menjadi ramuan kek ia juga lazat dijadikan minuman, jus, jam, acar dan halwa.
.
Resipi kek ogura roselle ini memang sedap dengan ramuan pes roselle. Berbaloi untuk dicuba.
ROSELLE OGURA CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
- 80gram tepung kek @ tepung naik sendiri
- 20gram tepung jagung
- 70gram susu segar
- 60gram minyak sayur
- 20gram gula castor (halus)
- 5 biji kuning telur gred A
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu makan pes roselle*
- Secubit garam
Bahan-bahan B:
- 60gram gula castor (halus)
- 5 biji putih telur gred A
- 1/4 sudu teh cream of tartar
CARA MEMASAK :
1. Pukul putih telur (dari bahan B hingga agak ringan. Masukkan gula sedikit demi sedikit bersama cream of tartar lalu pukul lagi hingga menjadi meringue yang ringan (soft peak, tidak terlalu kental). Ketepikan.
2. Dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul kuning telur & telur bersama minyak sayur dan gula hingga kembang dan agak ringan.
3. Tuang susu dan pes roselle lalu pukul lagi.
4. Masukkan tepung kek dan tepung jagung yang telah diayak bersama garam ke dalam adunan lalu kacau rata (jangan pukul, kacau guna senduk Kayu je).
5. Tuang separuh meringue ke dalam adunan kek dan kaup-balikkan dengan senduk kayu (jangan pukul, cuma kaup-balikkan perlahan dengan tangan). Tuang separuh lagi meringue dan kaup-balikkan lagi hingga semua bahan rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan kek yang telah disapu sedikit minyak dan di alas dengan kertas parchment. Hentakkan adunan beberapa kali supaya tiada angin yang terperangkap.
.
7. Letak acuan kek tadi ke dalam satu lagi dulang yang berisi air (separuh ketinggian dulang).
8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga kek masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong.
NOTA DARI SUE :
*cara buat pes roselle; boleh didapati dari resepi kek roselle cranberry yang Sue pernah share sebelum ini. Boleh diganti dengan perasa lain jika suka.
*kaedah membakar kek dalam dulang berisi air dipanggil ‘steam bath’ atau bakar kukus. Ini untuk mendapatkan tekstur kek yang lembut dan ringan dan supaya keliling kek tidak hangus.
*meringue (bancuhan putih telur) haruslah mencapai tahap ‘soft peak’ iaitu akan jadi seperti tanduk jika diangkat (jangan pukul putih telur berlebihan atau terlalu kental).
*susu segar boleh diganti dengan susu cair jika suka.
Kredit foto & resipi : Sue M. Arukin
ANDA MENCARI MIXER TERBAIK UNTUK MENGADUN KEK, DI SINI ADA PELBAGAI PILIHAN MENARIK.
ANDA BOLEH JUGA MELIHAT DI LAMAN WEB DI SINI UNTUK PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG HEBAT.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Biskut Emping Jagung Rangup Yang Sedap & Mudah Dibuat
Biskut Emping Jagung Rangup ni memang antara biskut yang famous ketika Hari Raya. Kalau masih tercari-cari biskut apa yang buat untuk raya nanti, boleh buat biskut ini. Seronok makan biskut ni kerana ia rangup di dalam dan juga di luar.
Pastikan anda masak menggunakan Mentega Anchor Unsalted. Maklumlah, mentega Anchor ni kan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Bau biskut ni pula memang harum. Anda wajib cuba!
BISKUT EMPING JAGUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- 225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 2 cawan cornflakes – ramas kasar
- 1 ¾ cawan tepung gandum
- ¾ cawan gula kastor
- ¼ cawan tepung jagung
- ½ sudu teh baking powder
- 1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted bersama gula kastor dan telur lalu gaul sebati (guna spatula kayu).
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan cornflakes. Kaup-balikkan sebati.
- Sediakan dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Letak sesudu adunan cornflakes dan ulangi proses hingga adunan habis.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.
Nak biskut tambah rangup, tambah aje kekacang dan bijian. Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Hiasan kekacang dan biji-bijian bukan sahaja menambah tarikan tetapi juga rasa lemak yang sungguh sedap.
Jom kita semak 5 lagi resipi biskut raya yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini. Tak payah tunggu raya buat kudapan masa tengok rancangan tv pun syok juga nih…
1.CHERRY SUN FLOWER SEEDS
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 350 gm gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung kentang | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
- 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
- Ceri hijau dan merah
- Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
4. Adun hingga menjadi doh
5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
2. APRICOT SHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 50 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum | diayak
- 100gm apricot kering | dipotong kecil
- 100 gm serbuk badam
- Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
- Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
2 .Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
3. Adunkan supaya menjadi doh.
4. Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
6. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
3.PEANUT BUTTER TART ALMOND
BAHAN – BAHAN:
- 250 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 350gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 100 gm mentega kacang
- 50 gm badam hiris
- 50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
- Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
5. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
4.SUGEE ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 120 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum
- 1 sudu teh perisa pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
- 50 gm hirisan badam
- 100 biji labu hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan Anggaran kos : RM 45
INFO : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
5. GREEN MINT COOKIES WITH PUMPKIN SEEDS
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 1 biji telur
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 10 ml perisa pudina
- 10 ml pewarna hijau
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
- Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
- 120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
Terima kasih :
Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail