
Resipi biskut Jerman atau German cookies ini antara yang biskut yang senang untuk dibuat dan digemari anak-anak.
Ini kerana rasanya yang sedap manis serta rapuh dan bila dimakan ianya cair di mulut. Kalau dah cuba satu memang takkan berhenti makan.
Resipi biskut Jerman, guna 5 bahan

Bahan-bahan
250g mentega
80g gula aising
250g tepung ubi kentang -diayak
160g tepung gandum -diayak
Pewarna -ikut citarasa (resipi asal tanpa pewarna)
Cara membuat
1. Mentega yang sudah dibiarkan pada suhu bilik digaul bersama gula aising. Gaul guna senduk atau spatula saja. Tak perlu gaul hingga kembang, cukup adunan sebati saja.
2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi kentang dan tepung gandum. Gaul dan sebatikan.
3. Bahagikan warna ikut citarasa kemudian simpan doh dalam peti ais selama 10 minit agar mudah dibentuk.

4. Keluarkan doh dari peti ais lalu bentukkan menjadi bulat bulat dan tekan leper menggunakan garfu.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu kemudia boleh bakar adunan yang siap dibentuk pada suhu 160-170 darjah Selsius selama 15 minit bergantung kepada oven masing masing.
6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan.
INFO
-Sukatan ini akan menghasilkan 60 biji biskut, boleh gandakan untuk tambah kuantiti.
-Jangan gantikan tepung ubi kentang dengan tepung ubi kayu dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Nur Aisha
Baca Lagi: Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Raya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nampak Sama Tapi Berbeza, Ketahui Cara & Fungsi Setiap Hiasan Kek Ini

Tahukah anda, sebenarnya setiap hiasan yang diletakkan di atas permukaan kek ialah berbeza? Malah namapun lain-lain walaupun rupanya seakan sama.
Fondant/sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing mempunyai fungsi dan kaedah penyimpanan yang berbeza.
Jom kita semak ye.
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Fondant ini digunakan untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air
BAHAN B
1 kg gula icing | diayak – beli online di sini
1 biji putih telur
50 gm glucose (liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
3.Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
4.Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ia keras.
*Jangan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan untuk jangka masa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh menjadi keras sedikit, uli semula untuk melembutkan doh tersebut.
*Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut, letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan.
*Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini, kita kena gunakan royal icing supaya kepingan-kepingan tersebut boleh melekat. Fondant yang dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak, boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam, dia akan jadi keras. Oleh itu ia tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini ketika hendak menggunakannya sahaja.

BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
280-300gm gula icing | diayak
BAHAN B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
CARA-CARA:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.
3. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
4. Jika hendak pekat, lebihkan gula icing. Doh tersebut sedia untuk digunakan. Terpulanglah untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki
CARA MEWARNAKAN:
Tambah setitik dua warna dikehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
BUTTER CREAM

(1) BAHAN-BAHAN:
200gm mentega – beli online di sini
150gm gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
2. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
BUTTER CREAM
(2) BAHAN-BAHAN:
600gm mentega
400gm krimwell
500 gm syrup
CARA MEMBUAT SYRUP:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon (tidak perlu diperah)
*Campurkan gula, air dan lemon dan masakkan hingga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
CARA MEMBUAT BUTTER CREAM:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang. Masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.
*Krimwell dan shortening nampak serupa, tapi berbeza dalam kegunaannya. Krimwell juga dikenali sebagai cream mixture, rasanya seakan-akan marjerin (masin) tetapi berwarna putih krim berbanding marjerin yang berwarna kuning.
CREAM CHEESE ICING

BAHAN-BAHAN:
200gm cheese cream
100gm mentega
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon
CARA-CARA:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.
CHOCOLATE PIPING
Kalau hendak gunakan coklat untuk menghias kek dengan cara piping, bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

BAHAN-BAHAN:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil
CARA-CARA:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair, campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Topping Penuh Bahagian Atas, Lengkap Rasa Masam Manis Fruit Pastry Cake
Kurma Banyak Lagi Di Rumah? Boleh Buat Kek Kurma, Barulah Tak Membazir
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ini Dia 3 Jenis Kek Orang Lama Yang Tetap Digemari

Kali ini RASA ingin kongsikan 3 jenis kek lama yang masih tetap digemari sampai sekarang. Walaupun pada hari ini macam-macam kek moden dihasilkan, tapi kek orang dulu-dulu tetap jadi perhatian. Kek orang lama menggunakan bahan yang lebih ringkas. Senang kata, bahannya asas sahaja. Tapi rasanya lemak manis dan menawan hati.
KEK PANDAN

.
BAHAN KISAR
• 4 biji telur
• 1/2 cawan gula
• 1/2 cawan susu pekat (BELI DI SINI)
• 1 sudu kecil ovalette
• Secubit garam
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2-3 titik esen pandan
• 1 sudu kecil pewarna hijau
BAHAN LAIN
• 2 cawan tepung naik sendiri (BELI DI SINI)
• 1/2 cawan serbuk santan
• 1/2 cawan minyak jagung (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisarkan Bahan Kisar sehingga kembang dan tuang dalam bekas.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan santan serbuk. Kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Kacau sekejap.
4. Bakar pada suhu 160°C api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Resipi oleh Ismariyam Ali dari Telegram KakiMakan
KEK MINYAK PELANGI

.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri) (BELI DI SINI)
1 sudu teh baking powder
5 biji telur ayam grade A
3/4 cawan gula kastor (BELI DI SINI)
1 sudu teh garam
1 sudu besar ovalette
3/4 cawan susu pekat atau krimer manis
1 sudu besar esen vanila
1 cawan minyak jagung (BELI DI SINI)
Pewarna (oil base untuk warna yang cantik)
CARA MEMBUAT
1. Lenser loyang berukuran 8 inci dengan marjerin atau mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur ayam bersama gula kastor dan garam. Pukul sehingga betul-betul kembang dan gebu. Pukul selama lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi (kalau tak kembang kek tak akan naik dan gebu).
4. Masukkan ovalette, susu pekat dan esen vanila. Mix lagi dalam 10 minit.
5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
6. Masukkan tepung dengan teknik kaup balikkan sahaja.
7. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan ikut warna yangg digemari. Setiap satu bahagian beratnya 200 gram.
8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2 1/2 sudu besar sahaja.
7. Kalau nak buat motif batik di atas permukaan kek, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
10. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 1 jam dengan api atas dan bawah.
Resipi oleh Alin Danial dari Telegram KakiMakanChannel
KEK COKLAT SUNQUICK

.
BAHAN-BAHAN
• 1 cawan air suam.
• 1 cawan minyak masak
• 1 setengah cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
• Coklat masakan (diparut)
• Coklat chips (untuk hiasan)
BAHAN DIKISAR
• 4 biji telur.
• 1 cawan gula
• 4 sudu besar susu pekat manis
• 4 sudu besar serbuk koko
• 4 sudu besar sunquick
• 1 sudu besar ovelet
• 1 sudu kecil baking powder (BELI DI SINI)
• 1 sudu kecil coklat emulco
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua BAHAN DIKISAR. Kemudian putar guna mixer sampai gebu. Masukkan air suam dan minyak masak. Putar lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung gandum. Putar sebati. Kemudian tuang parutan coklat masakan tadi di dalam bancuhan tepung. Hanya perlu kaup-kaup sahaja dengan sudip.
3. Tuang dalam acuan. Acuan perlu sapu minyak masak.
4. Tabur coklat chips.
5. Kek ini boleh dibakar atau dikukus.
6. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. Tepulang pada oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo
Peanut Choco Thambprint Cookies, Tak Perlu Acuan Pun.

Masih mencari resipi biskut yang mudah dan sedap ray ani, ini RASA kongsikan resipi Peanut Choco Thambprint Cookies ringkas, tak perlu acuan pun. Mudahkan cara membuat, filling coklatnya di tengahnya dan salutan kacang gajus cincang sudah cukup memberikan rasa sangat sedap dan rangup.
PEANUT CHOCO THUMBPRINT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang gajus | cincang kasar dan sangai
100gm mentega
50gm marjerin
120gm gula halus
1 biji kuning telur
225gm tepung gandum
20gm susu tepung
20gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
FILLING:
Chocolate filling secukupnya | boleh diberi di kedai bakeri
CARA MEMBUAT:
- Kacau mentega, marajerin, gula halus hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan kacau rata seketika.
- Masukkan tepung gandum, jagung, susu tepung, baking powder, adun rata menggunakan spatula.
- Bulatkan adunan, celup dalam putih telur dan gulingkan dalam kacang gajus sangai/panggang tadi.
- Letakkan di atas loyang pembakar.
- Tekan tengahnya dengan ibu jari dan isi tengahnya itu dengan filling chocolate menggunakan piping bag.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30-40 minit dengan suhu 160C.
- Setelah masak, sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.
Source: @tintinrayner Rebake: @yulichia88

