Jom baking! Bagi penggemar kek, resipi Chocolate Rice Butter Cake ini harus anda cuba. Lembut, gebu memang tak jemu bila menikmatinya.
Resipi ini disediakan dengan sukatan yang sesuai untuk loyang bersaiz 8x8x2. Jadi bila dibakar, ketebalannya elok dan sempurna.
Bagi anda yang meniaga, kek ini juga boleh ditambah dalam senarai produk yang diniagakan. Pasti mendapat sambutan dek kerana rasanya yang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Khairunnisa Mohammad ini. Selamat mencuba!

CARA BUAT CHOCOLATE RICE BUTTER CAKE SUKATAN LOYANG 8X8X2

Resipi Chocolate Rice Butter Cake Sukatan Loyang 8x8x2, Sesuai Untuk Niaga

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega (marjerin pun boleh)beli online disini
2 1/2 cawan tepung kek (tepung gandum pun boleh) beli online disini
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor beli online disini
1/2 cawan susu pekat manis beli online disini
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder beli online disini
1 sudu teh esen vanilla beli online disini
1/2 cawan chocolate rice (lagi banyak lagi ok) –  beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula kastor, esen vanila dan susu pekat manis. Pukul sampai gebu.
2. Masukkan telur satu-persatu sambil diadun.
3. Seterusnya masukkan tepung dan baking powder sambil diadun. Selang-selikan dengan susu segar.
4. Masukkan chocolate rice. Kaup balik sahaja sampai adunan sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau dialas dengan baking paper.
6. Bakar kek pada suhu 180C, guna api atas bawah, anggaran 1 jam atau 1 jam 15 minit.
7. Bila kek sudah masak, sejukkan dan bolehlah dipotong dan dinikmati.

Resipi Chocolate Rice Butter Cake Sukatan Loyang 8x8x2, Sesuai Untuk Niaga Resipi Chocolate Rice Butter Cake Sukatan Loyang 8x8x2, Sesuai Untuk Niaga

Kredit resipi & foto: Khairunnisa Mohammad

 

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI