Buat penggemar Nasi Berlauk Kelantan pasti pernah merasai keenakan Gulai Ayam Specialyang banyak dijual di gerai, restoran dan kedai makan di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuahnya yang pekat dan berperisa, ditambah dengan gabungan bahan-bahan lain menjadikan sajian ini begitu enak sekali. Makan pula bersama nasi yan dibungkus bersama daun pisang. Memang nikmat tak terkata. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan.Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar. Sebatikan.
Ads
3. Kemudian masukkan rempah kari, rempah kerutuk dan serbuk cili.
4. Kacau bahan rempah tadi menggunakan api kecil. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
5. Masukkan 1 cawan air.
6. Perasakan kuah untuk peringkat pertama. Masukkan nise Kelantan, garam dan sedikit perasa.
7. Tutup periuk seketika menggunakan penutupnya. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit menggunakan api perlahan.
8. Masukkan kepingan ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam.
9. Jika menggunakan kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
10. Masak hingga isi kaki ayam sedikit lekang sebegini.
11. Seterusnya tambahkan santan.
12. Masukkan juga sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
13. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.
14. Perasakan buat kali kedua dengan garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
15. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.
16. Hidangkan gulai bersama sambal jantan @ sambal belacan untuk rasa yang enak.
17. Gabungan yang menarik. Kuah ayam gulai pekat, tauge goreng cara Kelantan juga, daging goreng kunyit dan sambal jantan.
18. Bungkus begini menggunakan alas daun pisang untuk aroma nasi bungkus yang terbaik.
Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, atau lebih dikenali sebagai Chef Naem sudi berkongsi 3 resipi sihat yang selalu di hidangkan untuk para atlet dengan menggunakan Kentang AS sebagai bahan utama. Bulan puasa elok banyakkan karbo supaya badan kekal aktif dan bertenaga. Cubalah!
SMOOTHIE NANGKA KENTANG
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang U.S Russets
1 Serbuk serbuk protein
6 biji buah nangka
1 cawan susu soya
2 sudu makan madu
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh chia
1 cup ice cube
1 daun pandan (hiasan)
1 gula melaka (hias)
CARA MASAK:
1. Kupas kentang dan potong menjadi kiub.
2. Renehkan kentang sehingga lembut selama 10 minit.
3. Kisar semua bahan – kentang, nangka, serbuk protein, susu, madu, kayu manis, biji chia dan ais bersama-sama sehingga hancur.
4. Hiaskan dengan pandan daun, biji chia, dan beberapa hirisan gula melaka.
TIP: Jika tidak suka nangka boleh tukarkan kepada buah dragon fruit atau ikut apa yang anda suka. Minuman smoothie ini sangat mengenyangkan dan sesuai disediakan ketika sahur, karbo yang ada pada kentang membekalkan tenaga yang banyak untuk tubuh badan.
TOMYAM AYAM HASH BROWN
BAHAN-BAHAN:
6 biji U.S Hash Brown
1 pekat tom yam paste
2 dada ayam (rebus)
2 biji tomato (dicincang)
2 helai daun limau purut (dihiris)
2 helai daun ketumbar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
Garam / lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Ayam potong dadu dan masukkanke dalam air mendidih. Taburkan sedikit garam dan halia sehingga dimasak.
2. Air fry U.S hash brown pada 100C selama 15 minit hingga coklat keemasan.
3. Sapukan rata pes tom yam atas hash brown tadi..
4. Dalam mangkuk, masukkan ayam, tomato, daun limau purut, ketumbar, serai, garam & lada sulah.
5. Gaulkan rata.
6. Letakkan bahan yang dah di gaul tadi di atas hash brown.
7. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap.
TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.
ON-THE- GO KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji kentang U.S Russets | dikupas dan potong dadu
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang putih | dicincang
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk kari
1 biji lemon (diparut)
1 biji limau nipis | hiasan
kacang almond | cincang halus
garam / lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kentang yang dah di potong dadu dalam mangkuk dan tuangkan minyak zaitun
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, gabungkan paprika, serbuk kari, kulit lemon yang di parut dan kacang almond dan bawang putih.
3. Campurkan semua bahan dan salutkan ramuan tadi pada kentang.
4. Goreng dengan air fryer pada 120c selama 20-30 minit (dalam kelompok kecil)
5. Perah limau nipis untuk rasa yang lagi bangkit.
TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.
Seperti juga hidangan kaum lain, keturunan Baba Nyonya dan Peranakan juga mempunyai hidangan pembuka selera yang tersendiri. Penuh aroma dan perisa. Walau pun ada persamaan dengan masakan kaum lain, namun hidangan mereka ada kelainan tersendiri. Sila cuba ya!
1. FRESH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN
1 biji sengkuang | potong julliene
1 biji lobak merah | potong julliene
4 biji bawang merah | tumbuk halus
3 ulas bawang putih | tumbuk halus
Sedikit udang kering | tumbuk halus
2 biji telur
Kulit popia secukupnya
Sedikit bijan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Gorengkan bahan-bahan tumis ini sehingga naik bau. Kemudian pecahkan telur ke dalam tumisan tadi dan kacau.
Setelah itu, masukkan bahan sayur seperti sengkuang dan lobak merah dan goreng sehingga layu. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika
Kemudian masukkan inti sayur tadi ke dalam kulit popia dan taburkan sedikit bijan ke dalam inti tadi.
Lipat dan gulung sehingga ketat dan lenserkan dengan telur untuk melekatkan kulit popia tadi.
Kemudian, gorengkan popia dengan api yang perlahan dan menggunakan minyak yang banyak.
Setelah kuning dan garing, angkat dan toskan. Sedia dimakan bersama sos cili.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah ada udang kering yang masin. Namun terpulang kepada cita rasa masing-masing.
2. PIE TIE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN KULIT PIE TIE:
50ml tepung jagung
50ml tepung gandum
100ml tepung beras
500ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN INTI:
5 biji bawang merah | tumbuk halus
3 ulas bawang putih | tumbuk halus
Lobak merah secukupnya | parut halus
Sengkuang secukupnya | parut halus
Sedikit udang kering | tumbuk halus
Daun ketumbar secukupnya
Kacang tumbuk secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh bahan-bahan untuk membuat kulit pie tie ke dalam satu mangkuk, untuk membentuk adunan. Kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
Kacau sehingga sebati dan adunan itu hendaklah nipis dan jangan terlalu pekat. Jika terlalu pekat masukkan lagi air.
Kemudian panaskan minyak yang banyak. Celup acuan pie tee ke dalam minyak panas sebelum mencelupkan ia ke dalam adunan tepung tadi.
Celup acuan ke dalam tepung dan goreng sehingga adunan pie tie tertanggal daripada acuan dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan.
Kemudian angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
Untuk inti, tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Kemudian masukkan sayur seperti sengkuang dan lobak merah. Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Sejukkannya.
Kemudian setelah inti sejuk, masukkan inti ke dalam kulit pie tie yang telah digoreng tadi. Masukkan daun ketumbar dan taburkan sedikit kacang tumbuk.
Boleh dimakan bersama sos cili.
Info chef: Pastikan minyak betul-betul panas ketika acuan dicelup.
3. LOH BAK SAYUR
BAHAN-BAHAN INTI LOH BAK:
1 biji sengkuang | potong Julliene
1 biji beet root | potong julliene
1 biji lobak merah | potong julliene
1 paket tauhu telur
1 paket tauhu lembut
1 sudu makan serbuk 5 rempah
2 sudu makan tepung jagung
Garam secukupnya
1 biji telur | untuk lekatkan kulit
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBALUT LOH BAK:
Kulit tauhu kering secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.
Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.
Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.
Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia.
Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan. Angkat dan toskan.
Info chef: Boleh menggunakan sayur lain yang anda suka.
4. LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN- BAHAN KUAH LAKSA LEMAK:
1500ml air rebusan kulit udang
250ml pati santan
10 keping kek ikan
½ kilo udang saiz XL | bersihkan
1 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan | belah 2
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan serbuk kari ikan
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
4 biji buah keras
50gm genggam udang kering | rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan | bakar
3 biji cili merah
BAHAN SAMBAL BELACAN:
1 cawan cili kisar
1 inci belacan | bakar
Garam dan gula secukupnya
ULAM:
Sedikit timun | hiris nipis dan mayang halus
Sedikit bawang besar | hiris nipis dan leraikan
Sedikit tauge | cuci dan toskan
Sedikit kek ikan yang telah digoreng
Bunga kantan | hiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
Limau kasturi secukupnya | belah 2
Sambal belacan tumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk sambal belacan tumis: Tumis cili kisar dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa kemudian boleh matikan api. Ketepikan.
Untuk kuah laksa lemak: Panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang ½ cawan. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus hingga terbit harum.
Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan air asam jawa.
Kemudian tuang air rebusan kulit udang. Kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan pula udang, bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar udang masak. Tambah kek ikan, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Tutup api.
Untuk menghidangkan laksa nyonya: Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah laksa bersama isinya sekali (termasuk udang). Hias dengan ulam-ulaman, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum makan.
Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama ulam-ulaman daun selasih, dan telur rebus.
5. SAMBAL IKAN BILIS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
300gm ikan bilis
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kisar
1/2 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
Info chef: Sedap juga jika dimakan dengan ubi kayu rebus atau roti.
6. OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan tenggiri atau ikan merah | cincang halus
3 batang cili merah | dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering | rebus hingga lembut dan kisar halus
4 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3 biji buah keras | kisar
1 cm halia | kisar
1 batang serai | kisar
1 cm kunyit hidup | kisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
175ml pati santan
Garam secukup rasa
20 helai daun kelapa
Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi di dalam periuk. Gaul sekata.
Panaskan di atas dapur sekejap hingga mendidih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk. Bila sudah sejuk, gaulkan dengan isi ikan tadi. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan setelah siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar. Bakar kedua-dua belah sehingga masak.
Angkat dan enak dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh juga digantikan daun kelapa dengan daun pisang.
7. DUMPLING AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah | cincang halus
450gm ayam cincang
1 sudu makan minyak bijan
1/2 biji Benggala hijau | cincang halus
1 sudu teh rempah 5 rasa
Sedikit daun bawang
Kulit wantan secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan seperti ayam cincang, bawang merah, cili Benggala, daun bawang, minyak bijan dan garam, gaul sehingga rata.
Masukkan rempah 5 rasa ke dalam adunan tadi. Kemudian masukkan lebih kurang 1 sudu teh adunan tadi ke dalam kulit wantan.
Basahkan tepi kulit wantan dengan air dan kelim tepi kulit wantan dengan kemas. Ulangi langkah hingga selesai.
Kemudian kukus wantan ini selama lebih kurang 20 minit. Apabila masak boleh dihidangkan bersama sos cili.
Info chef: Jika mahu pedas boleh gaulkan bersama cili yang dicincang.
Kredit Resipi: Terima kasih Suhaili Mohd Noor, Seri Kembangan, Selangor.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.
Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad ini berbeza, tak menggunakan setitikpun kicap sebaliknya ada teknik tersendiri untuk mendapatkan warna gelap ini. Katanya lagi lama masak lagi hitam dan lebih sedap.
Resipi rendang daging hitam
Bahan-bahan
2 kg daging
20 biji bawang merah kecil -dihiris
1 inci halia dihiris
5 senduk cili kering kisar
1 kg santan pekat
5 biji buah keras-ditumbuk
7 biji gajus-ditumbuk
7 biji badam-ditumbuk
2 ketul gula Melaka mini
1 sudu besar pes asam jawa
1 senduk kerisik
Garam secukup rasa.
Bahan kisar
2 inci halia
2 biji bawang besar India
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
3 batang serai
Cara memasak
1. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali goreng bawang kecil dan halia dihiris sehingga keperangan.
2. Masukkan pula cili kering kisar, masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan kisar pula. Masak sampai pecah minyak sekali lagi.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang sudah dibersihkan.
5. Jangan masukkan setitik air pun. Biar air dagingnya keluar.
6. Bila air daging dah keluar dan rendang mula bertukar warna hitam, masukkan santan.
7. Tambahkan buah keras, gajus dan badam yang sudah ditumbuk.
8. Masak sehingga pecah minyak sekali lagi, masukkan pula gula melaka.
9. Setelah itu, masukkan pula kerisik, asam jawa dan garam secukupnya.
10. Siap, sedia dihidang bersama nasi putih, lemang, pulut atau ketupat.
Resipi ikan siakap stim ini kena buat kalau tekak tengah rasa nak makan lauk berkuah masam-masam pedas yang segar.Kombinasi serai, halia, bawang putih dan...