Sedapnya Roti Jala Coklat ni. Dicicah pula bersama sos coklat homemade super padu, memang enak tak terkata. Biasanya Roti Jala dinikmati bersama hidangan Kari Ayam, Daging atau pun Kuzi, kali ini boleh cuba resipi yang berlainan pula. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Resipinya pun sangat mudah dan bahan boleh didapati dengan senang. Saudari Asmida Nor ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
1.Untuk membuat Roti Jala, satukan semua bahan dan kisar hingga sebati dan tidak berketul. 2. Panaskan kuali yang bersesuaian dan kirai tepung menggunakan acuan mengikut kreativiti masing-masing. 3. Lakukan hingga habis adunan. Ketepikan. 4. Untuk membuat sos coklat yang sangat sedap, caranya mudah sahaja. 5. Campur kesemua bahan dan masak menggunakan teknik double-boil. 6. Bila semua bahan sudah sebati dan pekat, boleh angkat dan tapis supaya teksturnya lebih padu. 7. Sos coklat paling sedap siap disediakan dan boleh dicicah bersama Roti Jala Coklat yang telah dimasak awal tadi. Selamat mencuba!
Daging dendeng ni sebenarnya ada banyak versi. RASA bawakan resipi yang paling mudah. Tak perlu banyak rempah-ratus.
DENDENG DAGING
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (rebus lembut)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil biji ketumbar
BAHAN-BAHAN
800 gram daging
Kicap manis
Minyak masak untuk menggoreng
6 biji bawang merah kecil
Sedikit asam jawa
Cara Penyediaan Daging
1. Daging direbus lembut. Potong nipis dan tumbuk satu-satu dalam lesung batu. Kemudian perapkan dengan kicap manis dalam tempoh 10 minit. Goreng agak-agak garing sikit. Angkat dan ketepikan.
Cara membuat
1. Hiris bawang merah kecil dan goreng untuk dijadikan bawang goreng. Ketepikan.
2. Tumis semua Bahan Kisar dengan minyak goreng daging tadi. Minyak agak-agak macam masak sambal biasa.
3. Tumis sampai naik minyak. Masukkan kicap manis dan asam jawa sikit. Seimbangkan manis, masin, masam ikut selera masing-masing.
4. Nak berkuah sikit boleh tambah air.
5. Selepas tumisan naik minyak, boleh masukkan daging dan kacau sebati.
6. Tutup api dan tabur bawang goreng tadi.
Senang je nak buat mi kugfu ni. Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kungfu. Memang sedap dan senang. Boleh dibuat untuk makan pada bila-bila masa. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam.
MI KUNG FU
**media[42703]**
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.