Kalau kita lihat bihun warna putih, itu adalah salah satu ciri-ciri bihun goreng Singapura. Bihun ini digoreng tanpa menggunakan cili kering yang dikisar menjadi pes. Inilah yang membezakan antara bihun biasa dengan bihun Singapura.
BIHUN GORENG SINGAPURA
Ads
Bahan-Bahan
1 bungkus bihun (400g)
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam (potong dadu)
3 batang fish cake (potong dadu)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur ayam
Kobis (cencang kasar)
Sawi
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk halus
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
Ads
Bahan hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar
Telur rebus (potong bulat)
Ads
Cara memasak
1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk halus.
3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti kobis dan sawi.
7. Taburkan lada sulah, garam dan gula.
8. Kacau sehingga rata dan semuanya masak.
9. Angkat dan hias dengan bahan hiasan. Hidang bersama kopi panas melengkap cita rasa.
Mi Bandung ini boleh jadi hidangan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah bulan Syawal. Menariknya, cara membuat mi bandung yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha memang ringkas. Kalau tetamu dapat mengejut pun tiada masalah.
Resipi ini kata beliau diturunkan orang arwah ibunya, ia memang mudah namun rasanya tak kalah sedap. Cuma terang Suisan, sukatannya kena pandai agak-agak mengikut kuantiti mi.
Bahan-bahan:
Cili kering, bawang besar & bawang putih -dikisar
Kacang tanah -goreng & kisar
Udang kering -kisar
Daging – direbus (air rebusan asingkan)
Udang segar
Telur
Cara membuat:
1. Tumis cili dan bawang yang dikisar sehingga naik minyak. Masukkan udang kering dikisar bersama kacang lalu dikacau.
2. Masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan biarkan mendidih.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan udang dan biar seketika.
5. Kemudian masukkan daging, pecah telur dan masukkan sayur. Siap!
Salah satu makanan terkenal di Johor adalah Laksa Johor. Dihidangkan dengan ulam-ulaman dan wajib ada sambal belacan. Cara makan laksa ini pun guna jari sahaja, tanpa sudu dan garpu.
Cara penyediaan dan hirisan ulamannya juga ada seni tersendiri. Sebagai contoh, timunnya tidak dihiris biasa sebaliknya dihiris dan digulung.
Untuk resipi kali ini, Har Ryea sudi berkongsi cara-cara menghasilkan Laksa Johor yang sedap. Makan guna tangan, barulah ori! Jom kita cuba.
Rebus ikan dan asingkan isi dan tulangnya. Kisar dengan sedikit air rebusan. Tulang pun turut dikisar dengan air rebusan dan kemudiannya ditapis. Baki air rebusan ketepikan dahulu.
Kisarkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan lengkuas.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak dan garing sedikit.
Kemudian, masukkan santan dan tambahkan sedikit air rebusan tadi. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan isi ikan, tulang ikan yang telah dikisar dan ditapis. Kacau rata.
Masukkan pula kerisik dan didihkan seketika.
Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau lagi.
Tambahkan pula daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.
Ketika ini, bolehlah sesuaikan kepekatan kuah Laksa Johor yang diingini. Jika rasa terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi baki air rebusan tadi.
Jika dah berpuas hati, biarkan kuahnya mendidih dalam api perlahan sehingga naik minyak dan berbau wangi.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan. Caranya, letakkan spageti. Letakkan kuah. Letakkan pula ulam-ulaman tadi dan akhiri dengan sambal belacan. Perah limau sedikit, gaul-gaulkan dengan jari dan bolehlah dinikmati.
Tercari-cari resipi MiGoreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudari Ieda Roslida ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Menurut empunya resipi, para peminat mi goreng basah pasti menyukai rasa hidangan ini kerana ia seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba.
1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.