Enaknya jika dapat menikmati hidangan Ayam Rebus ala Thaidan juga Somtam. Pedas, masin, manis semuanya cukup rasa. Maklumlah masakan Thailand sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sesekali berubah selera menikmati sajian dari negeri jiran, memang lagiah berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurha Muhammadni. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK MENU AYAM REBUS ALA THAI, SOS THAI HOMEMADE & SOMTAM SEDAP
AYAM REBUS ALA THAI
BAHAN-BAHAN: 1 kg ayam bahagian paha (whole leg) 3 inci lengkuas 3 batang akar ketumbar 3 batang serai – ketuk 3-5 helai daun limau purut 5 ulas bawang putih 1 sudu makan lada putih biji – beli online disini 1 cawan sos ikan – beli online disini 1/2 cawan gula kabung – beli online disini 6 cawan air
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dalam periuk kemudian rebus hingga ayam empuk. 2. Bila ayam sudah masak, keluarkan dari periuk dan tos airnya. Simpan air rebusan ayam. 3. Sejukkan ayam terlebih dahulu dan buang tulang. Potong kecil. 4. Ayam Rebus sedia dihidang bersama air rebusan ayam dan sos thai.
SOS THAI
Ads
BAHAN-BAHAN: 1/2 cawan cili padi 1/4 cawan bawang putih – beli online disini 1/2 sudu teh garam 1 pokok daun ketumbar 1 sudu makan taucu (jika suka) – beli online disini 1 sudu makan gula kabung – beli online disini 1/4 cawan jus limau nipis 2 senduk air rebusan ayam
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam, daun ketumbar dan taucu hingga halus. 2.Kemudian masukkan gula kabung, jus limau nipis dan air rebusan ayam. 3. Kacau sebati siap dan siap untuk dihidangkan bersama ayam rebus tadi.
SOMTAM
Ads
BAHAN-BAHAN: 3 ulas bawang putih – beli online disini 5 biji cili padi merah – beli online disini 3 tangkai kacang panjang – potong 1 inci 1 biji tomato – potong 6 bahagian Udang kering secukupnya – basuh & sangai sekejap – beli online disini Sos ikan secukupnya – beli online disini Jus limau nipis secukupnya Gula kabung secukup rasa – beli online disini Betik muda – disagat Mangga muda– disagat Lobak merah – disagat Kacang tanah secukupnya – sangai & tumbuk kasar – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga lumat. 2. Masukkan udang kering, kacang panjang dan tomato. Tumbuk manja-manja sahaja. 3. Masukkan sos ikan, jus limau nipis dan gula kabung dengan secukupnya. Sebatikan rasa biar ada rasa masam, masin dan manis. 4. Masukkan parutan betik, mangga dan lobak merah. Gaul sebati. 5. Somtam sedap sedia untuk dihidang. Taburkan kacang tanah sebelum dinikmati.
Bihun Sup Utara perkongsian saudari Nasariah Aziz ni memang padu. Nak buat pun senang. Jadi jika ada kawan-kawan dan saudara mara datang bertandang ke rumah hujung minggu ni, bolehlah cuba menu ni. Sangat sedap dan mudah nak masak. Tidak perlu masak lauk pauk yang susah dan berat-berat. Bihun Sup Utara begini lebih ramai yang gemar malah kanak-kanak juga sukakannya. Jom cuba!
Ikan Cencaru memang sedap buat sumbat kelapa. Lauk macam ni makan dengan nasi confirm bertambah. Tak perlu dah lauk lain.
Ikan cencaru atau juga dipanggil ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah.
Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai , bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan | saiz sederhana besar
8 sudu besar kelapa parut putih
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
10-15 biji cili padi
1 labu bawang besar | hiris
Garam
Gula sikit
Serbuk perasa
Serbuk kunyit
1 helai Daun kunyit | dihiris nipis
1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi.
4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.
7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.