Menu Ayam Masak Bawang Pulau Pinang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudari Che Atie katanya menu ini adalah resipi top kalau di restoran-restoran Nasi Kandar di serata Penang. Wow…Boleh cuba ni. Cara buatnya pun mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam – gaul garam kunyit 1 biji bawang besar – mayang halus – beli online disini 1 helai daun pandan – potong 4 1 tangkai daun kari Rempah 4 sekawan 2-3 ulas bawang putih – kisar jadi pes – beli online disini 1 inci halia – kisar jadi pes 1 biji bawang besar – kisar jadi pes. Asingkan kisaran bawang dan airnya 2 sudu makan serbuk cili – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini 1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih – beli online disini 1 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini 1/2 sudu makan garam masala 1 sudu makan sos cili – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak dan goreng bawang yang dimayang halus hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
3. Ambil 1 senduk minyak gorengan tadi dan tumis daun pandan, daun kari serta rempah 4 sekawan.
Ads
4. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih. Kacau sebati.
5. Masukkan pes bawang terlebih dahulu. Kacau seketika kemudian barulah dimasukkan air bawang untuk kuah.
6. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau lagi.
7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Kacau.
8. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Garam jangan terlalu banyak kerana ayam sudah mempunyai rasa. Gaul sebati dan biar kuah menjadi pekat.
Ads
8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati.
9. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng. Kacau rata.
10. Ayam Masak Bawang Pulau Pinang siap untuk dinikmati.
Rasanya masih ada yang teringin untuk makan makanan raya kerana tidak puas menikmatinya ketika hari raya tempoh hari. Antara menu yang menjadi pilihan tentunya rendang. Antara rendang yang sering dimasak adalah rendang kerang. Kali ini, kami akan kongsikan resipi rendang kerang dari Mariana Zainal.
Rendang Kerang
BAHAN-BAHAN:
2 kg kerang(rebus jap kemudian kopek..amik isinya)
Sambal yang sedap diratah adalah sambal tempe ikan bilis. Caranya kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Terasa nak mengunyah cendawan celup tepung.Goreng garing-garing sangat rangup. Sedar tak sedar dah licin. Jom tengak resipi cara membuatnya:
Bahan kering: 1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original) 2 sudu besar penuh membukit tepung jagung 2 sudu besar penuh membukit tepung beras sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini
Bahan berikutnya: 1 paket cendawan 1 sudu besar air kapur makan minyak masak saji @sajimalaysiaofficial secukupnya garam secukup rasa air secukupnya
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit-sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
2.Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata
3.Panaskan minyak saji dan masukkan satu persatu cendawan goreng hingga garing.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!