Bila disebut mengenai ikan buntal, terbayang dimata ikan berduri yang mempunyai racun. Oleh sebab itu tidak ramai yang berani untuk mencubanya. Malah ada kejadian yang menyebabkan kematian dek kerana memakan ikan ini.
Sebenarnya, ikan buntal ni boleh dimakan jika anda tahu dan pakar dalam bab membuang racunnya. Malah isinya memang enak. Maka tidak hairanlah hidangan ikan buntal ini popular terutamanya di sesetengah tempat di Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan yang lain.
Nak tahu cara-cara siang dan masak ikan ini? Jom lihat perkongsian dari Abel Lione Karia yang berasal dari Semporna, Sabah.
Assalamualaikum semua…Hari ni saya nak share cara-cara nak bersihkan ikan buntal dan cara nak masak ikan ni. Walaupun agak leceh nak sediakan tapi hasilnya memang memuaskan. Betul la kata orang makanan yang paling susah disediakan itulah paling sedap dimakan. Jom tengok cara saya sediakan ni.
BAHAN:
Ikan buntal
Bawang merah yang kecil ( dalam 10 ulas )
10 batang serai
Halia ( sebesar ibu jari)
Bawang putih ( 10-15 ulas)
1 sudu teh kunyit atau kunyit serbuk
Lada ( ikut citarasa nak pedas mana)
Perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
1 cawan air
CARA-CARA:
1. Rebus dulu ikan buntal dengan serai dalam 4 batang.
IKLAN
2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perut tu.
3. Selepas duri dah dibuang, panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan. Tumis bahan tumbuk sampai garing dan naik bau baru jatuhkan ( masukkan) hati ikan buntal. Masak hingga sebati.
Hati buntal
4. Akhir sekali, masukkan isi ikan buntal. Gaul sampai sebati dan masak sempurna.
IKLAN
Isi ikan buntal selepas durinya dicabut.
5. Kemudian masukkan 1 cawan air supaya hidangan menjadi sedikit berkuah.
6. Setelah mendidih, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
PERINGATAN:
IKLAN
Perkongsian ini adalah bertujuan memberitahu kepada pembaca tentang keunikan makanan eksotik ini. Ianya dihasilkan oleh individu yang telah biasa dan pakar dalam bab menyiang spesis ikan ini.
Jika anda tidak pernah atau tidak biasa melakukannya, dinasihatkan supaya TIDAK MENCUBA dan belajar terlebih dahulu cara-cara menyiang ikan ini dari individu yang pakar. Ini kerana kesilapan yang kecil dalam menyediakan sajian ikan ini boleh menyebabkan keracunan.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk posting asal Abel Lione Karia DISINI.
Jom sesekali kita cuba buat sarapan berbeza sikit. Asyik makan nasi goreng je kan. Jom try roti bawang putih dengan sup cendawan.
ROTI BAWANG PUTIH & SUP CENDAWAN
Bahan Roti Bawang Putih
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
Cara membuat
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
Bahan Sup Cendawan
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuat
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.
Taufu Fa memang sedap. Sejuk-sejuk manis. Lembut je lalu di tekak. Tapi, nak buat taufu fa yang macam dijual di pasar malam tu, agak leceh. Ada resipi taufu fa segera yang mudah dan terlajak senang nak cuba. Jom lihat resipi perkongsian saudari Azrina Razali.
BAHAN-BAHAN:
2 kotak besar soya ( 1 kota bersamaan 1 liter)
20gm agar-agar bertali
2 cawan air
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Larutkan agar-agar dengan air. Tambah daun pandan.
2. Setelah agar-agar larut, masukkan air soya, Panaskan seketika.
3. Tapis larutan soya tadi sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
4. Biarkan taufu fa sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
5. Untuk menikmatinya, ceduk taufu fa dan tuang air gula merah secukupnya.
Tercari-cari resipi bergedil kentang yang sesuai disajikan dengan hidangan soto dan bihun sup? Resipi perkongsian Puan Nor Ima ni boleh dicuba. Sangat praktikal, mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Selamat mencuba!
1. Ubi kentang dipotong dadu dan digoreng hingga empuk. Tumbuk hingga lumat dan biarkan sejuk.
2. Isi dada ayam goreng disiat-siat halus. Jika guna daging goreng, tumbuk terlebih dahulu sebelum disiat.
3. Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan minyak. Gaul hingga sebati.
4. Bila cukup rasa ( lada sulah dan garam), bentukkan begedil ikut saiz yang disukai.
5. Celupkan bergedil ke dalam bancuhan tekur yang telah dicampur sedikit garam.
6. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bergedil tadi hingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Elakkan campur adunan bergedil guna isi ayam/daging kisar yang mentah kerana bergedil boleh jadi hancur semasa digoreng kerana ia basah dan lembik. Malah daging/isi ayam kisar mentah juga mungkin tidak masak kerana bergedil cuma digoreng sekejap.