Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni? Petang-petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendolsejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade. Pasti lagi mengancam rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah.
CARA BUAT CENDOL HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Secubit garam
800ml air
1 mangkuk air berais
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.
Ads
2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.
3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.
Ads
4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!
Resipi Kek Planta antara kek orang lama yang memang popular suatu masa dahulu, tetapi kek ini tak pernah ketinggalan zaman malah makin lama ianya makin diminati. Resipi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi elok sangat rupanya tetap gebu. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
*Nota: Bila bakar…memang dalam periuk tu takde letak air…kalau letak air itu namanya kukus
Kongsi resipi: cik pooja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Geng penggemar kuih talam tentu menyukai resipi kali ini. Rasanya ternyata sedap, kenyal pula tu. Resipi kuih talam pandan ini memang mudah, cepat siap dan gerenti menjadi!
Resipi kuih talam pandan confirm menjadi kali ini dikongsi oleh Lia Yob Ibrahim. Menariknya, resipi ini diturunkan daripada mak bondanya, Ku Zainab Abd Talib. Seloroh Lia, orang yang sakit gusi pun boleh menikmatinya. Jom kita buat.
Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja. Secawan air pandan bikin aroma menawan.
Isi tepung penuh secawan. Cawan inilah guna sukatan untuk semua bahan.
Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau.
Godak semua bahan sehingga semuanya sebati. Sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.
Selepas kesemua bahan tersebut larut, tapiskan ke dalam bekas lain untuk buang saki baki tepung yang berketul atau jika ada bendasing dalam adunan.
Sediakan loyang 10×10 inci. Lapikkan dengan plastik. Sekiranya tak mahu lapik dengan plastik, bolehlah sapu permukaan loyang dengan minyak dahulu.
Panaskan pengukus yang telah berisi air.
Tuang adunan pandan ke dalam loyang. Kukus di dalam pengukus yang telah pun sedia mendidih airnya selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sederhana sudah memadai.
Dah lama mengidam makan Peach Strudel macam dekat Kenny Hills Bakers. Jadi bila dah teringin sangat, kita cubalah buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Hidayati Hana . Ikut step by step pasti menjadi elok. Kalau nak buat banyak boleh gandakan adunan.
PEACH STRUDEL Bahan-bahan: 4 keping kulit pastry puff 1 biji kuning telur Pastry Puff dipotong 4 Sapukan kuning telur Lapikkan tray dengan baking paper Bakar dalam oven suhu 160 selama 30 minit Dah siap sejukkan dahulu 125gm cream cheese 2 sudu besar gula ising- BELI ONLINE DI SINI 70gm whipping cream Buah peach dalam tin
Cara membuat: 1.Putar cream cheese hingga lembut. 2.Masukkan gula ising. 3.Masukkan whipping cream. 4.Putar hingga sebati 5.Masukkan ke dalam piping bag. 6.Pipekan atas pastry puff tadi. ( kalau cream cheese tu cair boleh masukkan dalam peti sejuk sekejap sebelum digunakan) 7.Susun buah peach yang dah dipotong. 8.Taburkan gula ising jika suka
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.