Kek batik sentiasa digemari orang ramai kerana ia sangat mudah dan lazat! Penggemar kek batik wajib mencuba resipi-resipi kek batik lain dari yang lain ni..Selamat mencuba!

RESIPI KEK BATIK CHEESE

4 Resipi Kek Batik Lain Dari Yang Lain!

BAHAN-BAHAN (KEK BATIK)

  • Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
  • 250g mentega
  • 200g  Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan  jika mahu manis)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 biji telur

BAHAN-BAHAN (TOPPING CHEESE)

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sedikit perahan lemon

CARA PENYEDIAAN 

  1. Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
  2. Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati. Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul. 
  3. Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
  4. Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan  tadi kedalam loyang.
  5. Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula.
  6. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
  7. Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi.
  8. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
  9. Potong-potong dan sedia untuk dihidang

Kredit resipi & foto: Zila Mahadi

 

KEK BATIK KEKACANG

IKLAN

4 Resipi Kek Batik Lain Dari Yang Lain!
BAHAN-BAHAN

  • 1 Bungkus biskut marie (sebarang jenama) -dipatah 4
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1 cawan gula perang
  • 185 gm butter
  • 1 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan milo
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 120 gm almond nibs – panggang dahulu

CARA PENYEDIAAN

  1. Bancuh serbuk koko, milo dan air panas hingga sebati.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk/kuali kecuali kacang almond dan biskut.
  3. Masak hingga pekat dengan api sederhana -lebih kurang 10 minit.
  4. Setelah pekat masukkan kacang dan biskut.
  5. Kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang 8 inci yang telah di alas plastik. Tekan hingga mampat. Tabur kacang nibs secukupnya.
  6. Masukkan kek batik ke dalam peti sejuk beberapa jam.

Kredit resipi & foto: Semanis Gula

KEK BATIK CHEESE NESTUM

4 Resipi Kek Batik Lain Dari Yang Lain!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • Biskut marie 1 bungkus
  • Susu cair 1 tin
  • Telur 1 biji
  • Mentega 3 sudu besar
  • Esen vanila 1 sudu 
  • Susu pekat setengah cawan (jika suka manis lebihkan, jika tak suka manis kurangkan susu pekat. Ikut cita rasa sendiri)
  • Serbuk coklat 5 sudu besar & 3 sudu besar serbuk milo
  • Nestum untuk tabur atas kek

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan mentega dalam periuk. Masukkan susu cair, telur, esen vanila dan susu pekat, serbuk coklat & milo. Seeloknya bancuh dulu serbuk koko & milo dengan sedikit air. 
  2. Kacau-kacau dalam 2 minit atau tunggu panas sedikit, masukkan biskut marrie. Gaul bagi rata. Kalau suka biskut tu lembik-lembik, biarkan lama sedikit.
  3. Sediakan aluminium foil atau kertas putih yang buat kek dalam bekas atau loyang. Masukkan kek dalam bekas. Tekan-tekan kek batik supaya jadi rata pakai plastik atau sarung tangan. 
  4. Letakkan cream cheese atas kek dan taburkan nestum. Lagi banyak nestum lagi sedap.
  5. Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam kemudian baru potong. Makan sejuk-sejuk sedap!

BAHAN-BAHAN (CREAM CHEESE)

  • Cream cheese tartura 250 gram
  • Susu cair 3 sudu besar
  • Susu pekat 4 sudu besar

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisarkan semua bahan-bahan.

Kredit resipi & foto: Kasih Salina

IKLAN

KEK BATIK NUTELLA

4 Resipi Kek Batik Lain Dari Yang Lain!

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket biskut marie
  • 1 cawan butter
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan nutella
  • 1/2 cawan nestum
  • 2 biji telur
  • Esen vanilla

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan butter, milo & nutella dalam kuali masak atas api yang kecil. Kacau sebati.
  2. Masukkan telur yang dah dikocak sedikit dengan esen vanilla.
  3. Bila adunan dah betul-betul sebati tutup api dan cepat-cepat masukkan nestum dan kacau.
  4. Campurkan biskut marie yang dah dipatahkan 4 dan gaul sebati.
  5. Letak dalam acuan yang dah dilapik aluminium foil, padatkan adunan dan tutup dengan foil.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk..Potong & siap!

INFO: Jika suka manis boleh tambah susu pekat.

Kredit resipi & foto: Min Hani

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI