Kuih Abok-Abok Sagu adalah antara kuih tradisionalyang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba resipi perkongsian saudari MariaKhalisya Khalis ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT KUIH ABOK ABOK SAGU GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN-BAHAN: 1 cawan sagu biji – beli online disini 3 cawan air biasa 1/2 cawan gula merah – beli online disini 5 sudu makan gula putih – beli online disini 1/2 biji kelapa parut Daun pisang secukupnya – layurkan atas api & lap bersih 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rendam sagu dengan air sampai meresap semuanya dalam 30 minit. Kemudian toskan supaya tiada air yang meleleh. 2. Kemudian campurkan sagu yang di tos tadi dengan kelapa parut dan juga garam. Gaul rata. Dalam mangkuk laik, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata. 3. Ambil daun pisang dan buat macam corong @ kelonsong. Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.
4. Kemudian masukkan gula ½ sudu atau boleh lebihkan ikut tahap manis yang disukai. 5. Seterusnya tambahkan 1 sudu lagi sagu. Bungkus kemas. Ulang langkah tadi hingga semua bahan habis.
Ads
6. Bila semua sudah siap dibungkus, kukus Kuih Abok Abok selama 30 minit menggunakan api sederhana atau sehingga sagu menjadi lembut dan jernih.
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
Seketul gula melaka
1 cawan air
Sebatang kecil kayu manis
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia. *air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Dihari cuti msim hujan ni nak berjalan ke mana-mana pun takut sangkut banjir, apa kata duduk kat rumah tu, korang cuba murtabak mini yang rasa kongsikan ini, ia sangat mudah dan gerentik anak-anak suka. Kalau makan panas-panas untuk sarapan atau minum petang memang terbaik ni. Korang kenalah cuba .
.
MURTABAK TELUR DAGING BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang Holland saiz sederhana | potong dadu
100gm daging kisar
3 pokok daun bawang | hiris kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
10 keping kulit popia basah
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daging hingga masak atau berubah warna. 2. Campurkan daging yang telah ditumis dengan bahan-bahan lain kecuali kulit popia. 3. Adun rata campuran bahan inti. 4. Bentangkan kulit popia, kemudian letakkan satu sudu inti kemudian lipat seperti lipatan sampul surat. 5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng terus hingga kuning keperangan. 6. Tutup api, angkat dan toskan. 7. Murtabak Mini telur daging sedia dihidangkan.
By: @yunitaanwar
Bengkang roti Gardenia hampir tamat tempoh. Baik buat kuih bengkang. Roti antara makanan yang sering kali dibeli untuk bekalan di rumah. Kalau tak tahu nak makan apa, sapu planta/kaya dah boleh makan.
Roti juga boleh menjadi pelbagai masakan. Tapi, kadangkala roti tak habis juga dimakan sedangkan dah hampir tamat tempoh. Mulakan terfikir-fikir apa nak buat.
Ha..boleh cuba buat bengkang roti ni. Tak susah mana pun. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini ye (resipi asal daripada ahli MAHN). Sedap. Rasa lemak manis.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.