Kek Cheese /Kek Kejuhomemade sedap ni memang sangat mudah untuk dicuba. Bahan-bahan sangat ringkas malah cara penyediaannya pun mudah. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek keju, resipi perkongsian saudari Nor Atikani antara yang terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putihnya. Letak dalam bekas berlainan.
2. Masukkan krim keju ke dalam bekas. Lembutkan. Kemudian masukkan kuning telur.
Ads
3. Sebatikan kedua-dua bahan ni hingga sebati menggunakan pemukul tangan (whisk).
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
5. Seterusnya, panaskan whipping cream bersama mentega hingga cair menggunakan Teknik double boiler.
6. Setelah cair, masukkan campuran whipping cream tadi ke dalam adunan tepung.
7. Pukul sehingga semua bahan sebati dan tidak berketul. Ketepikan.
8. Untuk membuat meringue, pukul putih telur menggunakan mixer hingga berbuih.
9. Kemudian masukkan gula ising dan cream tartar.
10. Pukul lagi adunan hingga bertanduk.
11. Ambil senduk adunan putih telur dan masukkan ke dalam bekas adunan tepung tadi. Ratakan.
12. Kemudian masukkan lebihan adunan putih telur. Kaup balikkan hingga rata dan sebati.
13. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan kek tadi.
14. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Bakar kek guna teknik Water Bath selama 1 jam lebih. Ketuhar mungkin berbeza jadi kena tengok suhu dan masa ikut ketuhar masing-masing. Water bath adalah teknik bakar kek dimana perlu letak air panas di dalam tray sebelum dimasukkan loyang kek.
15. Bila kek dah keperangan, bolehlah dikeluarkan. Sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Lada Bilis extra pedas perkongsian saudari Sis Siska ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi siam, cili hijau dan tomato ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak serta bilis goreng. Memang nikmat tak terkata. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin ni kalau ‘pekena’ dengan sambal belacan memang padu! Lauk kuah yang satu ini boleh membuatkan kita makan bertambah-tambah nasi. Ada pula ulam-ulaman, lagilah rancak bila menjamu selera. Biasa kita makan di luar je kan, apa kata kali ini cuba buat sendiri. Mari kita cuba Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI GULAI LEMAK NANAS IKAN KURAU MASIN
BAHAN-BAHAN:
50gm ikan kurau masin ½ biji nanas 2 biji bawang merah ros 5 biji cili api/padi – beli online 1 biji cili merah – beli online 2 inci kunyit hidup – beli online 1 batang serai 150 ml santan pekat 1 keping asam keping – beli online
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Kupas nanas dan ketepikan. Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.
2. Masukkan ke dalam kuali bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu letak minyak.
Makan nasi kalau tak ada sambal bagai tidak lengkap. Selain sambal belacan boleh cuba kerabu bilis ni. Makan dengan nasi panas-panas buat bertambah makan. Buatnya pun sangat senang. Bahan-bahan yang memang ada di dapur.
Kerabu Bilis
Bahan-bahan: Ikan bilis goreng (boleh campur halus & kasar) – segenggam, lebih pun boleh. 1 biji tomato sederhana besar – di belah 8 5-6 biji cili padi – dihiris halus. Kalau nak lebih pedas boleh ditambah lagi. 2 ulas bawang merah kecil – diracik halus 1/2 biji limau nipis atau lemon – diambil jusnya 2-3 tangkai daun ketumbar atau daun sup – dihiris nipis Sedikit gula dan garam
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan dan gaulkan perlahan.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI