Telur bungkus berinti isi ayamtumis antara lauk mudah dan menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahannya sangat ringkas namun sangat enak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan tengahari dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Hasni Ceniyang boleh anda cuba. Best!
CARA MASAK TELUR BUNGKUS ISI AYAM TUMIS
BAHAN-BAHAN: 2 biji telur Daun salad & tomato – hiasan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang holland sampai naik bau. Kemudian masukkan cili boh. Masak seketika.
2. Seterusnya masukkan isi ayam. Masak lagi hingga ayam bergaul rata dengan rencah.
3. Masukkan sayur campur, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan sedikit air. Gaul dan biar semua bahan bergaul rata, sedikit kering dan cukup rasa.
4. Inti telur bungkus siap dimasak.
5. Seterusnya pecahkan telur dan pukul. Ambil kuali besar, letak sedikit minyak dan tuang bancuhan telur tadi. Leperkan.
6. Letakkan inti telur bungkus di tengah-tengah.
7. Lipat telur kemudian telangkupkan dalam pinggan. Hiaskan dengan salad dan juga hirisan tomato. Sedia untuk dinikmati.
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun supPAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Bijak mengolah menu, pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan. Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa semasa dan ia lebih mudah disediakan. Apa yang penting rasanya pasti tidak mengecewakan.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Ikan Bakar Ala Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Sedikit belacan
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia
Serai
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...