Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau keluarga ramai, memang agak ‘sakit’ bila nak bayar bil. Tapi jangan risau kerana anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Ada dua jenis kuah dan pencicah. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Ini resipi kuah dan sos steamboat perkongsian saudari Parmiati Binti Suyudi yang anda kena cuba.

 

RESIPI STEAMBOAT HOMEMADE

Cara Masak Kuah & Sos Steamboat Homemade Yang Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • Aneka bahan-bahan steamboat yang anda suka ( makanan laut, bebola, kek ikan dan sayur-sayuran)

Cara Masak Kuah & Sos Steamboat Homemade Yang Sedap.

 

IKLAN

BAHAN KUAH MERAH / TOMYAM:

  • 4 biji bawang besar – dihiris
  • 1 labu bawang putih – diketuk
  • 8 helai daun limau purut
  • 4 batang serai – diketuk
  • 3 paket perencah tomyam
  • 2 paket perencah Asam Pedas
  • 2 paket perencah Sup Siam
  • Sedikit udang kering – dikisar halus
  • Air pati udang secukupnya – ( cara membuat: rebus kulit dan kepala udang hingga mendidih. Kemudian
  • kisar hingga halus. Tapis ambil patinya)
  • 4 liter air untuk sup
  • 2 sudu makan garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan serai dan perencah. Tumis seketika. Masukkan air pati udang, air masak, udang kering kisar, garam dan daun limau purut.
  3. Biarkan kuah mendidih. Jika ada kaki ketam, bolehlah direbus bersama.

 

BAHAN SUP PUTIH:

IKLAN
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • 10 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 sudu makan lada sulah
  • 1 ekor kerangka (tulang) ayam
  • 1/2 biji sengkuang – potong 5
  • 1 sudu makan garam
  • 3 liter air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk, masakkan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan lada sulah, kerangka ayam, sengkuang, garam dan air. Masak guna api sederhana selama 1 jam.

Cara Masak Kuah & Sos Steamboat Homemade Yang Sedap.

 

BAHAN SAMBAL MERAH STEAMBOAT:

IKLAN
  • 10 biji cili merah
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit sup putih – untuk mengisar
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
  • 4 biji jus limau kasturi
  • 1 sudu makan sos cili

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili merah, bawang putih dan halia bersama air rebusan sup putih dengan secukupnya. Kisar hingga hancur dan tuangkan ke dalam mangkuk.
  2. Untuk perasa, masukkan garam, gula, jus limau kasturi dan sos cili. Jumlah boleh diubah ikut citarasa.
  3. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

 

BAHAN SAMBAL CILI KICAP:

  • 1 cawan cili padi – potong dadu halus
  • 1 biji limau purut – dipotong dadu halus
  • 5 biji limau kasturi
  • Kicap manis dan masin secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati dan hidangkan.

Cara Masak Kuah & Sos Steamboat Homemade Yang Sedap.

Kredit resipi & foto: Parmiati Binti Suyudi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI