Penggemar Steamboat bolehlah cuba buat sendiri tiga jenis Sos Steamboat homemade perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ini. Sangat berbaloi jika masak sendiri. Puas makan dan tentunya lebih jimat. Resipi-resipi sos ini sangat mudah disediakan dan tentunya menepati cita rasa semua. BONUS! Empunya resipi juga berkongsi resipi perapan Daging Harimau Menangis. Jadi jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TIGA RESIPI SOS STEAMBOAT HOMEMADE SEDAP & MUDAH
1. SOS HIJAU THAI
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – tumbuk
2 batang akar daun pakci @ ketumbar -hiris halus
1 sudu kecil garam kasar – tumbuk
25 biji cili padi hijau – tumbuk
4 sudu gula (empunya resipi guna gula kabung)
5 biji limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan tumbuk dan tumbuk hingga hancur.
2. Masukkan gula dan jus limau nipis Sebatikan.
3. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar / pakci yang telah dihiris halus. Sebatikan.
4. Sos Hijau Thai sedia untuk dihidang bersama steamboat.
2. SOS DAGING HARIMAU MENANGIS
BAHAN-BAHAN:
Sos ikan (nampla) – beli online disini
Air asam jawa – beli online disini
Jus limau nipis
Gula kabung thai / Thai palm sugar (namtan peep) – beli online disini
Serbuk cili thai – beli online disini
Bawang merah kecil – hiris
Beras sangai (goreng beras tanpa minyak kemudian tumbuk halus)
Daun ketumbar
(sukatan bahan ikut jumlah yang dibuat dan selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Satukan sos ikan, air asam jawa, jus limau, gula kabung thai, serbuk cili thai dan bawang merah ke dalam mangkuk. Sebatikan hingga larut. Sukatan ikut selera dan pastikan seimbang rasa pedas, masam, masin dan manisnya.
2. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar dan beras sangat. Sebatikan.
3. Sedia untuk dihidang.
3. SOS ALA JOHNNY’s
BAHAN-BAHAN:
5 biji cili merah (cili besar)
3 ulas bawang putih
2 1/2 sudu makan minyak bijan – beli online disini
2 1/2 sudu makan sos ikan – beli online disini
2 1/2 sudu makan cuka epal @ cuka biasa – beli online disini
2 sudu makan sos cili thai – beli online disini
1/2 sudu makan pati sunquick – beli online disini
1 sudu teh tepung jagung (larut dalam 1/2 cawan air) – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan bijan – digoreng tapa minyak – beli online disini
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos thai dan sunquick ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan larutan tepung jagung dan masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api, tabur bijan dan ketumbar.
4. DAGING HARIMAU MENANGIS
BAHAN PERAPAN DAGING:
Daging – hiris nipis
Bawang putih – cincang
Manisan padi / Gula kabung – beli online disini
Nampla (sos ikan) – beli online disini
Sos tiram – beli online disini
Serbuk lada hitam – beli online disini
Minyak
Kicap pekat – beli online disini
Ajinomoto (jika perlu)
Garam (jika perlu)
(Sukatan bahan bebas ikut selera. Bergantung pada jumlah daging yang digunakan)
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul semuanya hingga sebati dan bersalut rata.
2. Perap daging semalaman. Tidak perlu letak air supaya daging menjadi lembut dan berjus.
INFO: Untuk kuah steamboat tu, boleh campur sepeket perencah oden dan sepeket perencah tom yam. Memang padu!
Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI