Bika Ambon adalah salah satu makanan istimewa terkenal dari Medan, Indonesia. Terksturnya lembut dan bersarang. Sekali imbas, ada mirip Kek Gula Hangus cuma berbeza dari segi warna dan rasanya. Anda peminat Kuih Bika Ambon? Jom cuba resipi perkongsian saudari Farisha Sofea ini. Tak perlu terbang jauh ke negara seberang lagi. Siapa tahu, boleh dijadikan jualan bagi menambah pendapatan.
1.Satukan ke semua adunan santan di dalam periuk .
2.Masak menggunakan api kecil sehingga santan mendidih dan pekat, tapis dan ambil 200gm adunan santan. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satukan adunan yis, aduk rata. Biarkan sehingga yis berbuih dan mengembang. Ketepikan.
4. Pukul telur dan gula di dalam periuk yang sederhana besar sehingga kembang dan gula larut.
Ads
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balik.
6.Masukkan pula adunan yis dan santan. Kaup balik perlahan lahan sehingga semua adunan sebati.
8.Perap adunan 2 – 3 jam sehingga adunan mengembang .
9.Kacau adunan, masukkan marjerin.
10.Lengser loyang dengan minyak dan panaskan loyang di atas dapur hingga minyak panas.
11.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar menggunakan rak bawah (api bawah sahaja ) dengan suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga permukaan kuih sedikit kering dengan pintu oven sedikit terbuka.
12.Apabila hampir masak, bakar menggunakan api atas seketika agar permukaannya sedikit perang. Waktu ni pintu oven dah boleh tutup ya .
13. Sejukkan Bika Ambon terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Sedap juga buat karipap untuk berbuka puasa kan? Boleh bekukan. Esok-esok nak makan lagi, tinggal goreng je. Tapi tak pernah buat. Macam mana ya?
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Teringin nak makan Kuih Lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ye…Ini resipi yang paling senang yang anda boleh cuba. Jika guna cara ni anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani. Anda pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOPES MASAK GUNA RICE COOKER
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – jika perlu
Kelapa parut secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telur oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.Jika tidak sukakan bau dan rasa bunga cengkih, anda tidak perlu menggunakannya di dalam resipi ini dan gantikan dengan esen vanila.
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Secubit garam halus
Sedikit minyak masak
Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
3. Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas.
5. Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6. Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
8. Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
9. Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas.
10. Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
11. Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!