4. Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak. 5. Tuang adunan brownies dan bancuh adunan cheese.
BAHAN CHEESE (DOUBLEKAN UNTUK BUAT CUPCAKE)
250g cream cheese 50g gula castor- beli online di sini 2@3 sudu besar air perahan lemon 1 biji telur A
1. Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut dan tidak berketul. 2. Masukkan telur putar sebati. Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu. 3. Akhir sekali, adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick. 4. Bakar di rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali ketuhar sendiri)
*Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sudu besar adunan brownies, ½ sudu besar adunan cheese. Bakar 20-30 minit.
Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang nampak sedap dan membuka selera. Masak pula menggunaan udang bersaiz besar, memang lagi puas hati. Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk, boleh cuba resipi ni. Memang terbaik.
Anda ingin kelainan dalam menyediakan manisan sebagai pelengkap dulang hantaran pertunangan atau perkahwinan. Apa kata anda cuba salah satu dari lima jenis manisan tradisional yang unik ini sebagai tanda ingatan buat yang tersayang.
CAKAR AYAM SARANG BURUNG
BAHAN-BAHAN:
350gm keledek | diparut
100ml air gula
CARA MEMASAK:
Untuk membuat cakar ayam; goreng ubi keledek tadi sehingga keemasan.
Tuang air gula ke atas keledek yang sedang digoreng. Biar selama dua minit.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan tekan kemas. Tujuannya untuk membentuk seperti sarang burung.
Letakkan di atas dulang, hiaskan dengan gula-gula berbentuk telur burung.
JAMBANGAN BUNGA HALWA KUNDUR
BAHAN-BAHAN:
500gm buah kundur | potong 1 x 3 inci
BAHAN AIR GULA:
100ml air
400gm gula pasir
HIASAN:
Bunga hidup dan daun secukupnya
Batang lidi dan pelilit hijau secukupnya
Bekas bunga putih
CARA MEMASAK:
Buah kundur yang telah dipotong tadi direndam ke dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Jangan guna air panas mendidih.
Kemudian toskan hingga betul-betul kering. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak sehingga air gula tadi mendidih. Tutup api kemudian masukkan buah kundur tadi.
Gaul rata sehingga air gula tadi menjadi berkeping-keping.
Bentukkan halwa menjadi seperti bunga, gunakan lidi sebagai batang dan lilit dengan pita hijau. Tambah bunga hidup dan daun untuk lebih cantik. Pacak di dalam bekas untuk membentuk gubahan jambangan bunga yang indah.
HALWA BUAH WARNA WARNI
BAHAN-BAHAN:
100gm buah betik separuh masak
100gm buah kiwi muda
100gm buah mangga separuh masak
BAHAN AIR GULA:
50ml air
300gm gula pasir
HIASAN:
Lidi secukupnya
Pelilit hijau
Daun secukupnya
Sedikit buah asam berwarna merah
CARA MEMASAK:
Buah-buahan tadi dipotong 1 x 3 inci dan kemudian direndam ke dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Jangan guna air panas mendidih.
Kemudian toskan hingga betul-betul kering. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak sehingga air gula tadi mendidih. Tutup api kemudian masukkan buah-buahan yang telah dihiris tadi.
Gaul rata sehingga air gula tadi menjadi berkeping-keping.
Bentukkan halwa menjadi seperti bunga, gunakan lidi sebagai batang dan lilit dengan pita hijau. Tambah asam berwarna merah di bahagian dalam sebagai putik bunga dan daun untuk lebih cantik. Pacak di dalam bekas untuk membentuk gubahan jambangan bunga yang indah.
AGAR-AGAR IKAN
BAHAN A
AGAR-AGAR BENTUK IKAN:
10gm agar-agar
500ml air
100gm gula
50ml susu cair
Pewarna kuning secukupnya
Pewarna merah secukupnya
BAHAN B:
10gm agar-agar
200ml air
50ml susu cair
50ml gula pasir
Pewarna hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat agar-agar bentuk ikan; masak semua bahan A kecuali susu cair dan pewarna.
Apabila agar-agar benar-benar hancur, tutup api dan masukkan susu cair dan pewarna kuning. Gaul sekata. Kemudian tuang agar-agar ke dalam acuan berbentuk ikan.
Biar ia betul-betul keras. Keluarkan daripada acuan dan titikkan pewarna merah untuk membentuk mata ikan. Ketepikan.
Masak kesemua bahan B kecuali susu cair dan pewarna, hingga betul-betul hancur dan tutup api.
Masukkan susu cair dan pewarna hijau, kacau sekata.
Tuang ke dalam acuan bulat. Masukkan gar-agar ikan tadi. Biar mengeras.
Keluarkan dengan hati-hati dan letak di atas papan pelapik kek.
TAT MANGGIS
BAHAN A:
100gm tepung gandum
30gm gula halus
1 biji kuning telur
150gm mentega
Sedikit esen vanila
BAHAN INTI:
300gm nanas yang telah siap diparut
300gm gula kasar
20ml minyak masak
BAHAN LAIN:
Pewarna ungu, hijau dan kuning secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan dan campurkan kesemua bahan inti. Masak di atas dapur dan kacau hingga nanas betul-betul pekat. Angkat dan sejukkan.
Bulat-bulatkan inti nanas mengikut saiz yang dikehendaki. Ketepikan.
Gaul dan satukan semua bahan A hingga sebati dan membentuk doh. Gunakan spatula sahaja. Ketepikan.
Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan sedikit inti nanas di dalamnya. Bulatkan seperti buah manggis.
Untuk membentuk isi buah manggis di bahagian atas, bulatkan kecil-kecil doh sebanyak empat ke lima biji dan lekatkan. Bentukkan juga daunnya. Bakar pada suhu 150C selama enam minit.
Keluarkan dan warnakan dengan warna ungu menggunakan berus makanan. Isi manggis pula diwarnakan dengan pewarna kuning. Daun pula beruskan dengan warna hijau. Tangkai manggis gunakan cip coklat.
Bakar sekejap lagi kira-kira 1 minit. Siap dan hiaskan di dalam bakul comel.
Bebola keledek nampak seakan donat ball, tapi rasanya memang memang berbeza. Ada rasa lemak dari keledek dan tekstur yang rangup.
Bila digaul dengan gula halus lagi sedap rasanya. Kalau dihidang waktu moreh atau selepas tarawih boleh ralit makan sambil bersembang. Boleh cuba malam ini jika keledek memang dah ada di dapur, membuatnya mudah saja.
Cara buat bebola keledek rangup
Bahan-bahan bebola keledek rangup
500 gram keledek oren -dibersihkan
125 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Sedikit majerin
Sedikit garam
Gula kastor secukupnya
Cara membuat
1. Rebus keledek yang sudah dibersihkan hingga empuk. Kemudian tos seketika.
2. Sewaktu keledek masih panas lenyek keledek hingga hancur. Gaul sekali dengan garam. Selepas hancur dan biar kan seju.
3. Selepas keledek sudah sejuk baru baru campur tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
4. Ambil sedikit majerin dan uli sebati. Marjerin ini berfungsi untuk garing dan licinkan kulit bebola keledek nanti.
5. Seterusnya bolehlah bentukkan. Ambil sedikit doh dan buat bulan sebesar guli hingga selesai semua doh.
6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng hingga kuning keemasan.
Taburkan dengan gula kastor sewaktu bebola keledek masih panas. Terus hidangkan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...