Anda ingin kelainan dalam menyediakan manisan sebagai pelengkap dulang hantaran pertunangan atau perkahwinan. Apa kata anda cuba salah satu dari lima jenis manisan tradisional yang unik ini sebagai tanda ingatan buat yang tersayang.

5 Manisan Tradisional  Unik Pelengkap Dulang Hantaran

CAKAR AYAM SARANG BURUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm keledek | diparut
  • 100ml air gula

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat cakar ayam; goreng ubi keledek tadi sehingga keemasan.
  2. Tuang air gula ke atas keledek yang sedang digoreng. Biar selama dua minit.
  3. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan tekan kemas. Tujuannya untuk membentuk seperti sarang burung.
  4. Letakkan di atas dulang, hiaskan dengan gula-gula berbentuk telur burung.

5 Manisan Tradisional  Unik Pelengkap Dulang Hantaran

JAMBANGAN BUNGA HALWA KUNDUR

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm buah kundur | potong 1 x 3 inci

BAHAN AIR GULA:

  • 100ml air
  • 400gm gula pasir

HIASAN:

  • Bunga hidup dan daun secukupnya
  • Batang lidi dan pelilit hijau secukupnya
  • Bekas bunga putih

CARA MEMASAK:

  1. Buah kundur yang telah dipotong tadi direndam ke dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Jangan guna air panas mendidih.
  2. Kemudian toskan hingga betul-betul kering. Ketepikan.
  3. Untuk membuat air gula; Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak sehingga air gula tadi mendidih. Tutup api kemudian masukkan buah kundur tadi.
  4. Gaul rata sehingga air gula tadi menjadi berkeping-keping.
  5. Bentukkan halwa menjadi seperti bunga, gunakan lidi sebagai batang dan lilit dengan pita hijau. Tambah bunga hidup dan daun untuk lebih cantik. Pacak di dalam bekas untuk membentuk gubahan jambangan bunga yang indah.

5 Manisan Tradisional  Unik Pelengkap Dulang Hantaran

HALWA BUAH WARNA WARNI

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm buah betik separuh masak
  • 100gm buah kiwi muda
  • 100gm buah mangga separuh masak

BAHAN AIR GULA:

  • 50ml air
  • 300gm gula pasir

HIASAN:

  • Lidi secukupnya
  • Pelilit hijau
  • Daun secukupnya
  • Sedikit buah asam berwarna merah

CARA MEMASAK:

  1. Buah-buahan tadi dipotong 1 x 3 inci dan kemudian direndam ke dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Jangan guna air panas mendidih.
  2. Kemudian toskan hingga betul-betul kering. Ketepikan.
  3. Untuk membuat air gula; Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak sehingga air gula tadi mendidih. Tutup api kemudian masukkan buah-buahan yang telah dihiris tadi.
  4. Gaul rata sehingga air gula tadi menjadi berkeping-keping.
  5. Bentukkan halwa menjadi seperti bunga, gunakan lidi sebagai batang dan lilit dengan pita hijau. Tambah asam berwarna merah di bahagian dalam sebagai putik bunga dan daun untuk lebih cantik. Pacak di dalam bekas untuk membentuk gubahan jambangan bunga yang indah.

5 Manisan Tradisional  Unik Pelengkap Dulang Hantaran

AGAR-AGAR IKAN 

BAHAN A

AGAR-AGAR BENTUK IKAN:

  • 10gm agar-agar
  • 500ml air
  • 100gm gula
  • 50ml susu cair
  • Pewarna kuning secukupnya
  • Pewarna merah secukupnya

BAHAN B:

  • 10gm agar-agar
  • 200ml air
  • 50ml susu cair
  • 50ml gula pasir
  • Pewarna hijau secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat agar-agar bentuk ikan; masak semua bahan A kecuali susu cair dan pewarna.
  2. Apabila agar-agar benar-benar hancur, tutup api dan masukkan susu cair dan pewarna kuning. Gaul sekata. Kemudian tuang agar-agar ke dalam acuan berbentuk ikan.
  3. Biar ia betul-betul keras. Keluarkan daripada acuan dan titikkan pewarna merah untuk membentuk mata ikan. Ketepikan.
  4. Masak kesemua bahan B kecuali susu cair dan pewarna, hingga betul-betul hancur dan tutup api.
  5. Masukkan susu cair dan pewarna hijau, kacau sekata.
  6. Tuang ke dalam acuan bulat. Masukkan gar-agar ikan tadi. Biar mengeras.
  7. Keluarkan dengan hati-hati dan letak di atas papan pelapik kek.

5 Manisan Tradisional  Unik Pelengkap Dulang Hantaran

TAT MANGGIS

BAHAN A:

  • 100gm tepung gandum
  • 30gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm mentega
  • Sedikit esen vanila

BAHAN INTI:

  • 300gm nanas yang telah siap diparut
  • 300gm gula kasar
  • 20ml minyak masak

BAHAN LAIN:

  • Pewarna ungu, hijau dan kuning secukupnya
  • Cip coklat secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan dan campurkan kesemua bahan inti. Masak di atas dapur dan kacau hingga nanas betul-betul pekat. Angkat dan sejukkan.
  2. Bulat-bulatkan inti nanas mengikut saiz yang dikehendaki. Ketepikan.
  3. Gaul dan satukan semua bahan A hingga sebati dan membentuk doh. Gunakan spatula sahaja. Ketepikan.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan sedikit inti nanas di dalamnya. Bulatkan seperti buah manggis.
  5. Untuk membentuk isi buah manggis di bahagian atas, bulatkan kecil-kecil doh sebanyak empat ke lima biji dan lekatkan. Bentukkan juga daunnya. Bakar pada suhu 150C selama enam minit.
  6. Keluarkan dan warnakan dengan warna ungu menggunakan berus makanan. Isi manggis pula diwarnakan dengan pewarna kuning. Daun pula beruskan dengan warna hijau. Tangkai manggis gunakan cip coklat.
  7. Bakar sekejap lagi kira-kira 1 minit. Siap dan hiaskan di dalam bakul comel.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI