Minum petang kalau ada kuih muih atau kudapan pasti sedap. Kuih yang simple dan mudah buat ialah cakoi. Nak lembut dan gebu rasanya boleh cuba resipi yang dikongsi ini.
Kita panggil kuih bakar pandan. Ada yang panggil bingka tepung. Suka yang jenis kosong macam nu tak letak bijan. Tak kisah , janji sedap. Kuih kesukaan seisi keluarga ni.
KUIH BAKAR PANDAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 2 biji telur 1 cawan gula(kurangkan kalau tak nak manis) 1 cawan air pandan 2 1/2 cawan santan sedikit garam
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dan kisar sekejap. 2.Kemudian boleh lah dimasukkan dalam loyang dan dibakar. 3.Bakar dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih bakar lama sikit.
Kredit : Zaizul MK
ADA YANG NAK MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Melalui facebook RASA Share Resipi, Suraya Cheeszif berkongsi resipi bingka ubi yang telah dicubanya. Resipi ini dikatakan diambil daripada Rosmini Rozi, Resipi Dapur Bidadari. Jom kita cuba juga.
Selera orang lama tapi kuih bingka ubi ini memang sungguh lejen. Rasanya lemak manis dan sangat sedap. Kuih bingka ubi ini tidak keras. Lembut dan mudah dimakan bagi setiap peringkat usia. Memang sesuailah untuk dijadikan hidangan minum petang.
KUIH BINGKA UBI
Jom minum petang.
BAHAN-BAHAN
2 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam (BELI DI SINI)
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak (untuk sapu pada loyang)
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
2 sudu besar minyak masak (untuk campur dalam adunan)
Sedikit mentega (untuk tabur atas kuih sebelum dibakar) (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan. Air tapisan boleh digunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan dibuang. Ambil ubi parut yang sudah dibuang airnya sebanyak 4 cawan.
2. Campurkan 4 cawan ubi parut yang dibuang air ini dengan ubi parut yang lain dalam mangkuk.
3. Masukkan telur ayam, gula, garam, pewarna kuning dan minyak masak. Kacau sebati.
4. Tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Taburkan mentega di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau bergantung pada oven masing-masing.
9. Potong apabila sudah sejuk.
Wow!
. Tu diaaaa. Dah sejuk, boleh potong.
. Sedap sungguh!
.
Selamat mencuba!
Sumber facebook: Suraya Cheeszif
Kredit Rosmini rozi, Resipi Dapur Bidadari
Bila tiba waktu minum petang, pastinya kuih muih tradisi yang menjadi pilihan. Salah satu yang mudah adalah Kuih Lopes Sagu / Kuih Sagu ni. Bahan tak banyak dan cara nak masaknya pun sangat mudah. Sesuai dijadikan sajian pada bila-bila masa. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula, pandan dan sirap ros. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan sagu dan kacau rata.
3. Apabila rebusan sagu sudah agak pekat, keluarkan pandan. Kemudian tuang sagu ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. (beli PERIUK KUKUSAN disini)
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu menjadi jernih. Angkat sejukkan.
5. Potong sagu dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!