Dapat pencuci mulut seperti puding atau agar-agar memang sedap. Tambah pula berwarna-warni macam ni, tambah selera nak makan. Jom kita buat puding sagu ni. Bahan-bahan nak buatnya pun mudah dapat.
1.Rendam biji sagu selama 2 jam,kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih,tuang dalam tapisan dan cuci di bawah air lalu untuk membuang kanji dan mengelakkan ia melekat.
2.Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian dengan pewarna yang di sukai,3 bahagian lagi biarkan warna asal (jernih).
3.Masak 1 liter air bersama serbuk agar-agar,gula,gula batu dan daun pandan hingga betul-betul mendidih,tuang susu cair,kacau sebati,tutup api.
4.Ambil 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam setiap bekas berisi sagu tanpa pewarna,kacau rata dan tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan sedikit air.Biarkan keras sekejap dan bila dah keras,kelar permukaan agar-agar dengan pisau atau cakar dengan garpu pun boleh.
5.Ambil 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan dalam bekas berisi sagu berwarna kacau sebati.
6.Tuang ke atas lapisan pertama tadi,biarkan keras sekejap,ulangi langkah yang sama sehingga adunan agar-agar habis.Simpan dalam peti sejuk.
Ads
*untuk setiap lapisan,masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 2-3 minit supaya puding mengeras~
Kanak-kanak dan coklat tidak boleh dipisahkan. Memang suka sangat! Untuk lebih sihat dan berkhasiat, anda boleh hasilkan sendiri coklat minda ni secara homemade. Bahan-bahan sunah yang digunakan boleh memberi manfaat kepada anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian MamaAlia dari blog penbirumama.blogspot.my ni. Memang bagus!
RESIPI COKLAT HOMEMADE (COKLAT MINDA)
BAHAN-BAHAN:
Kurma
Kismis
Kacang badam
Kacang pistachio
Kacang walnut
Madu
Minyak habbatusauda
Kapsul minyak ikan
Coklat bar
CARA MEMASAK:
1. Kisar kurma, kismis dan semua kekacang sampai jadi halus. Boleh pakai ‘food processor’. Jika tiada, boleh pakai pengisar kering dengan mengisar sedikit demi sedikit. Kurma kalau nak senang kisar, beli yang jenis lembut.
2. Kemudian campurkan dengan 5-7 titis minyak habbatusauda, madu dan kapsul minyak ikan. Untuk minyak ikan tu, pemilik resipi menggunakan1 kapsul saja sebab kalau lebih ia akan menyebabkan ‘unpleasant smell’ (bau ikan).
3. Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi doh. Kalau nak doh lebih rasa manis dari rasa kacang, lebihkan campuran kurma dan kismis.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak anda. Bila sudah sampai peringkat ini, ia sudah boleh di makan. Tapi untuk lebih menarik perhatian anak, bolehlah dicelup coklat.
5. Cairkan coklat bar secara ‘double boiler’. Langkahnya sama seperti proses mencelup biskut Almond London. Celupkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi ke dalam coklat cair. Salut hingga rata.
6. Letak coklat di dalam dulang dan taburkan gula-gula manik. Biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.
Memikirkan apa bau manis-manis? Rupa-rupanya, bau tapai. Buat tapai ni kena pandai caranya. Silap cara tak menjadi. Simpan dalam peti dulu, esok makan. Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.
Tapai Pulut Manis
Bahan-bahan: 1kg beras pulut 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh) -bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)
Cara memasak: 1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2jam. 2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus) 4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap. 5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk) 6.Biarkan pulut betul-betul sejuk. 7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut) 8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah. 9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam besen) 10.Balut besen tersebut dengan kain. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair. Selamat mencuba.
Musim durian tengah banyak ni, bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni. Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni. Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni, Nampak mudah. Jom cuba!
KEK KEJU DURIAN GUNA BLENDER (SAIZ 6 INCI)
BAHAN DASAR KEK:
140gm biskut lemak. Campur dengan sedikit cornflakes – kisar hancur
60gm mentega @ marjerin
BAHAN ADUNAN KEK:
250gm krim keju
50gm gula kastor
2 biji telur
50ml susu segar / sejat
140gm isi durian
2 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan adunan dasar kek, cairkan mentega kemudian campurkan dengan biskut yang dikisar tadi. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium form. Leperkn biskut hingga sekata. Simpan dalam peti sejuk seketika.
3. Untuk menyediakan kek, pertama sekali panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian masukkan krim keju, telur dan gula ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu.
4. Masukkan isi durian. Kisar lagi hingga hancur.
5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Kisar lagi sekali.
6. Keluarkan loyang yang disejukkan dalam peti sejuk tadi dan tunag adunan keju di dalamnya.
7. Bakar menggunakan kaedah bain-marie/water bath. Bakar lebih kurang 1 jam. Masa mungkin berubah mengikut jenis ketuhar.
8. Kek sudah masak bila permukaan kek kelihatan kering dan tak melekit. Keluarkan loyang berisi air tadi dan letak kembali loyang kek dalam ketuhar dengan pintu ketuhar direngangkan sedikit. Biarkan selama 10-15 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan letak atas redai. Biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.