Gabungan pisang yang manis, keju yang mencair serta kulit popiah yang rangup, inilah yang buat ramai orang suka makan Popiah Pisang Berkeju. Sangat mudah disediakan dan sesuai dinikmati panas-panas. Memang hidangan yang sesuai untuk moreh. Gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Selamat mencuba.
POPIAH PISANG BERKEJU
Bahan-bahan:
½ cawan gula
6 biji pisang emas | dibelah dua
150gm Perfect Italiano Mozzarella
12 keping kulit popiah | untuk 12 hidangan
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Chocolate drizzle | untuk hiasan
Cara Memasak:
Golekkan pisang di atas gula.
Kemudian, letakkan pisang di atas kulit popiah, ambil keju Perfect Italiano Mozzarella dan letakkan di atas pisang. Gulung dengan kemas, gam dengan sedikit air supaya kulit tidak terbuka.
Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
Hiaskan dengan chocolate drizzle di atas Popiah Pisang Berkeju.
Mini Bites Pizza, resipi mudah dan cepat yang sesuai dijadikan snek atau hidangan santai yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Dengan gabungan rasa keju, sos tomato dan topping kegemaran, setiap gigitan memang memikat selera. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk hasil yang lebih mantap. Jom cuba buat sendiri!
MINI BITES PIZZA
Bahan-Bahan:
1 loaf baguette
1 tin puri tomato
1 sudu besar pes tomyam
30gm parsli
1 tin sos tomato
200gm pepperoni
6 ulas bawang putih
1 paket Perfect Italiano Perfect Pizza
2 sudu besar dry herbs
Cara Memasak:
Potong baguette menjadi bentuk bulat.
Campurkan puri tomato, pes tomyam, sos tomato, parsli dan bawang putih cincang.
Letakkan campuran tomato di atas baguette. Kemudian, taburkan keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Pepperoni dan dry herbs.
Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dalam 180°C atau sehingga keju menjadi perang. Sedia untuk dihidangkan.
Ada Butter Chicken tak habis masa berbuka semalam? Jom buat Butter Chicken Wrap with Cheese ni. Mudah sangat nak buatnya. Berapa minit je dah siap, memang sesuai sangat dibuat ketika sahur. Nak lagi best, gunakan Chesdale Burger Extra Melty untuk hasil keju yang mencair dengan sempurna. Jangan lupa nikmati minuman ini bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry. Jom cuba.
BUTTER CHICKEN WRAP WITH CHEESE
Bahan-bahan:
1 keping tortilla
1 sudu besar butter chicken | leftover
4 keping keju Chesdale Burger Extra Melty
Cara Memasak:
Ambil sekeping tortilla, letakkan keju Chesdale Burger dan Butter Chicken di atasnya.
Panggang seketika di atas kuali hingga keju mencair.
Siap untuk dimakan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Kuih Gunting Bercili sangat sesuai disajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Keenakan dan kerangupannya buat kita tak sedar dah habis sebalang. Ada rasa pedas-pedas manja yang buat kita ralit memakannya. Nak buat Kuih Gunting Bercili yang sedap, tentunya anda perlu gunakan Anchor Unsalted Butter yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Menambah rasa dan keharuman pada Kuih Gunting kita. Jom cuba.
KUIH GUNTING BERCILI
Bahan-bahan:
700gram tepung gandum
200ml Anchor Cooking Cream
100ml Fernleaf Susu UHT
180gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
4 tangkai daun kari – cincang halus
5 tangkai cili kering – buang biji & gunting halus
1 sudu teh serbuk pati bilis
2 sudu teh garam
Bahan-bahan B (Kisar):
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
3 biji buah keras
Cara Memasak:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung, Anchor Cooking Cream, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur, cincangan daun kari, hirisan cili kering, serbuk pati bilis dan garam. Gaul semua bahan hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat.Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tabur lebihan tepung ke atas papan pencanai. Ambil separuh doh lalu canaikan (tidak terlalu tebal dan terlalu nipis). Potong doh memanjang (1 inci lebar), kemudian gunting doh mengikut ketebalan yang disukai. Ulangi proses hingga semua doh habis.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng doh yang digunting tadi hingga keperang-perangan. Toskan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.