Siapa peminat popia sira sambal? Ramai yang menyukai kuih ni. Inti yang sering digunakan sengkuang,lobak dan udang geragau.Inti kalau nak letak bahan lain seperti ayam,daging,udang basah pun boleh,ikut selera masing-masing.Nak ganti sayur dengan kubis atau taugeh pun boleh, yang penting inti toskan bagi kering sedikit.Nampak mudah cara dan bahannya tapi hakikatnya kalau salah cara buatnya tak akan lama jadi rangup dan lembik selepas disira. Boleh ikut langkah berikut untuk menghasilkan popia sira yang rangup.
Popia sira:
Bahan utama:(inti sayur)
1 pek kulit popia/50keping
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
3 biji lobak (saiz sederhana)
2 sudu besar udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Ads
Cara membuat:
1.Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
2.Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak bahan-bahan layu sahaja
3.Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering.Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantik dan tak rangup.
4.Bahan inti dah kering dan sejuk boleh mula menggulung.
5.Gulung jangan terlalu ketat atau padat. Inti pun jangan terlalu banyak. Sederhana saja supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.Lekatkan dengan air saja pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
6.Habis menggulung semua popia boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.
7.Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.
Bahan-bahan sambal sira:(untuk 50biji)
8 sudu besar cili kisar(10 tangkai cili kering+ 1/2labu bawang putih+air sikit paras-paras bahan sahaja/blend halus)ambil 8 sudu besar saja dari bahan yang di kisar.
15 sudu besar/ 1 ½ cawan kopi gula pasir
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil Cukup rasa
2 sudu besar bijan
Ads
1/2 cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Tumis cili yang dikisar hingga pecah minyak.
2.Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih,api sederhana sahaja. Jangan tambah air sebab cili kisar dah ada air.
3.Gula memang guna lebih dari cili. Itulah tip untuk bagi popia kekal rangup.Sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.
4.Dah pekat serta berbuih ganas,tutup api bagi suam-suam.
5.Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.
Ads
6.Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan atau bertindih-tindih kalau tak nanti popia tak kekal rangup. Dah sejuk baru boleh susun dalam bekas.
Selalu tengok resipi roti jala untuk makan seisi keluarga. Kita yang bujang ni terpinga-pinga tidak pasti sukatan kalau cuma nak makan seorang diri. Maklumlah, nama pun bujang lagi.
Nah, kali ini RASA kongsikan resipi roti jala khas untuk orang bujang. Boleh buat 10 keping je roti jala dan semangkuk kecil kaya pandan. Sesuailah sangat untuk geng belum kahwin. Tak membazir buat banyak-banyak kan?
CARA MEMBUAT ROTI JALA
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sebati. Kalau ada mesin pengisar, boleh kisar juga.
2. Tapiskan adunan menggunakan penapis supaya tidak berketul.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Adun sehingga boleh lepas acuan roti jala.
4. Panaskan kuali leper. Sapukan sedikit minyak masak ataupun marjerin.
5. Gunakan alatan mengirai roti jala, kirai adunan atas kuali yang tidak melekat. Masak hingga garing di bawahnya. Tidak perlu terbalikkan.
5. Apabila roti jala sudah masak, angkat dan letak di atas pinggan.
6. Kemudian lipat atau gulung roti jala tu.
7. Dah siap!
Tip: Air boleh diganti dengan susu segar atau santan. Telur ayam fungsinya untuk tambah kelembutan roti jala. Kalau tidak letak telur ayam pun roti jala tetap jadi.
KAYA PANDAN
BAHAN-BAHAN KAYA PANDAN
3 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 kotak santan kecil
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KAYA PANDAN
1. Potong kecil daun pandan. Kemudian kisar, tapis dan ambil patinya.
2. Campur semua bahan dalam periuk dan kacau sebati.
3. Letak atas dapur dan panaskan dengan api sederhana.
4. Kacau sentiasa sehingga likat.
5. Siap!
Tip: Selain makan dengan kaya pandan, roti jala juga sedap dimakan dengan kari ayam.
Kuih kasturi ini memang sedap, ia antara kuih yang selalu dijual di gerai tepi jalan waktu petang. Tapi bila beli ramai yang frust sebab kulitnya tak rangup, ada juga yang hanya rangup waktu panas tapi bila dah sejuk jadi liat.
Kalau kuih kasturi yang dibeli tak memenuhi citarasa apa kata belajar buat sendiri kuih tradisi ini. Lagi satu, jika buat sendiri lebih berbaloi. Dengan 1/2 kg kacang hijau boleh dapat 50-60 biji. Boleh simpan untuk frozen sekali.
Jika nak cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Iin Ismail yang turut menjual kuih ini.
Buat sendiri kuih kacang hijau/ kuih kasturi
Bahan untuk kacang hijau
1/2 kg kacang hijau
Daun pandan
2 cawan gula atau ikut manis
Garam sedikit
1/2 biji kelapa parut
2 sudu makan tepung gandum
Cara membuat:
Rebus kacang hijau rebus bersama daun pandan sampai empuk bersama daun pandan.
Bila dah kering air tambah dulu garam, kelapa parut dan tepung gandum.
Tepung gandum tak guna banyak sebab nanti rasa kacang hijau akan ‘lari’, keras dan kurang sedap.
Gaul rata dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk boleh uli, simpan dalam peti sejuk. Esok boleh bentukkan dan buat bancuhan tepung. Nak goreng terus pun boleh.
Bahan bancuhan tepung
3 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit air kapur sikit
Sedikit kunyit
Air
Cara membuat:
Bancuh semua bahan dalam mangkuk hingga sebati.
Kemudian celup kacang hijau ke dalam bancuhan dan goreng hingga kekuningan.
Guna tepung beras saja ya untuk dapatkan kulit yang ranggup dan tak liat bila sejuk.
Untuk frozen
Untuk buat kuih kasturi frozen, goreng kuih sekejap saja, agak-agak sehingga tepung salutan bertukar warna dan kita dapat bentuk kuih yang tetap, dan tidak fragile. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Teringin nak makan Kuih Lopes? Jika guna cara ni memang mudah. Anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang. Sesuai sangat buat berbuka atau moreg. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.
KUIH LOPES ‘RICE COOKER’
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – jika perlu
Kelapa parut secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.