Minum petang hari kita tekak terasa nak menjamah popia. Tapi bukan popia basah tetapi popia sira. Krup krap makannya disalut pula dengan sambal memang layan.Bahannya senang untuk disediakan, intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh guna inti sayur yang segar. Nak pakai isi udang, ayam atau daging pun boleh.Tak payah masukkan air dalam sambal sira untuk elakkan popia lembik.
POPIA SIRA CRUNCHY
Bahan-bahan: Kulit Popia secukupnya Sengkuang Lobak merah Isi ayam/udang/udang geragau 2 ulas bawang putih (cincang) Garam
Cara membuat: 1.Panaskan minyak tumis bawang putih 2.Masukkan ayam atau udang. 3.Masukkan sengkuang dan lobak merah (sekejap saja jangan lembik sangat) 4.Dah siap angkat dan masukkan dalam tapis supaya airnya tak ada masa kita gulungkan popia. 5.Biarkan sejuk sedikit baru gulung 6.Goreng hingga garing
Ads
Untuk sambal sira 1 mangkuk kecil cili kisar (cili kering ,3 ulas bawang putih,sedikit air) 2 sudu besar cili sos 1/2 cawan gula Sedikit garam Bijan Minyak untuk menumis
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, tumis cili hingga naik minyak. 2.Masukkan sos cili. 3.Masukkan gula dan garam. 4.Masak hingga pekat sedikit 5.Taburkan bijan. 6.Dah siap tutup api. 7.Tunggu hingga sambal sira sejuk baru gaulkan dengan popia.
Pisang atau keledek goreng antara hidangan petang yang boleh hari-hari kita layan. Tapi biasanya kita beli saja di gerai tepi jalan sebab rasanya lebih sedap. Paling penting pisang goreng ini ranggup, dan inilah yang buat kita ketagih nak beli hari-hari.
Namun begitu kita juga sebenar boleh hasilkan pisang goreng macam jual di gerai asalkan tahu bancuhan atau sukatan tepung yang digunakan.
Nak cuba? Boleh ikut cara bancuhan yang dikongsi oleh Normala Kori. Beliau sebelum ini pernah menjual hampir 200kg pisang goreng sehari menggunakan bancuhan tepung yang sama.
Cara bancuh tepung goreng pisang supaya hasilnya crunchy, krup krap
Resipi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera.
Sediakan bahan berikut dan gaul bahan ini sebelum letak air :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung gandum setengah cawan
-1 biji telur gred C (jika guna telur gred A, ambil separuh saja. Jika banyak telur keranggupan tidak tahan lama)
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-4 sudu makan air kapur (agak-agak saja, tapi jangan terlebih nanti berbuih)
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar mentega (boleh juga tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu untuk tambah berlemak).
2. Selepas bahan di atas digaul baru masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat nanti kerak tak cantik.
3. Bila nampak bancuhan sudah elok, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.
4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.
5. Jika nak kerak melekat pada pisang atau keledek renjis minyak panas pada bancuhan tadi. Selepas itu baru letak pisang di atasnya. Cara ini goreng pisang akan ranggup hingga 4-5 jam.
6. Jika tak mahu pisang goreng serap minyak, elakkan guna api terlalu perlahan.
Resipi bancuhan ini juga boleh digunakan untuk berniaga, dihalalnya oleh empunya resipi. Cuma kita doakan kesihatan beliau yang kini sedang dalam rawatan kanser.
Personaliti VIP yang Min temui kali ini adalah wanita dan usahawan butik pakaian Cindai dari Jitra, Kedah. Menariknya Muslimah bertubuh genit ini walaupun anak watan Kedah, namun seleranya cukup serasi dengan lauk pauk negeri Sembilan.
Bagi melazatkan lagi masak lemak cili padi, Datin AidaSuraini Ibrahim akan memasukkan daging atau ikan pekasam ke dalam lauk masakannya.
Bermula bulan lalu pakaian jenama Cindai ini telah pun berjaya menembusi jualan pakaiannya di pusat membeli belah terkenal Metrojaya. Bukan mudah produk Bumiputra nak ‘masuk’ dalam gedung ternama ini.
Namun dalam kesibukan perniagaannya, Datin Aidasuraini Ibrahim masih punya waktu memasak untuk suaminya Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail dan dua anak bujangnya.
“Bila dah masukkan daging pekasam, Datuk suka juga makan masak lemak cili padi sebab ada rasa masam-masam sedikit dari daging ni. Biasanya saya beli dalam kuantiti yang lebih kerana ia boleh disimpan dan tahan lama dalam peti sejuk. Lebih istimewa daging pekasam buatan asli Kedah berjenama ‘Tanties’ ini adalah lebih lama tempoh menyimpannya rasanya menjadi lebih sedap,” ceritanya kepada RASA.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi teknik menggunakan pekasam dalam lauk, jangan lupa membeli majalah RASA keluaran Disember, dah ada dalam pasaran pun. Banyak lagi cerita menarik dari Datin ni…
Nah…ni min kongsikan 2 resipi darinya :
KUAH LEMAK CILI PADI DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm@ sebungkus daging pekasam
4 biji bawang kecil
5 biji cili padi
1 biji kelapa | ambil santannya
1 sm kunyit hidup
15 ekor ikan bilis | ditumbuk *jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk bawang kecil, cili padi dan kunyit hidup.
2. Kemudian didihkan adunan bawang ,cili padi dan kunyit tadi dengan sedikit air.
3. Selepas mendidih, masukkan santan.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa..Angkat selepas kuah mendidih.
5. Kemudian goreng daging pekasam.Selepas itu potong daging pekasam mengikut saiz dikehendaki.
6. Masukkan daging pekasam dalam mangkuk kemudian baru dituangkan kuah ke atasnya.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Mempunyai rasa pedas berlemak dan masam dari daging pekasam
Info :Daging pekasam dipotong selepas digoreng agar daging tidak pecah kala digoreng.Tumbuk 15- 20 ekor ikan bilis dan masukkan ke dalam kuah untuk rasa yang lebih lemak dan manis.
KACANG BOTOL GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
15 biji kacang botol
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah | jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK.
1. Potong kacang botol kecil atau menyerong
2. Tumbuk bawang besar, merah dan putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Tumis bahan bahan itu tadi dengan sedikit minyak.
4. Kemudian masukkan kacang botol dan masukkan garam dan kacau.Usah goreng lama.
5. Tutup api dan sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5-10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Sayuran ulam
Keistimewaan :Sayur ulaman yang rangup.
Info : Kacang botol bukan sahaja sayur ulaman yang berkhasiat ia juga baik untuk kesihatan dan tinggi serat membantu penghadaman.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa kata buat lasagna ni susah. Kali ini kita olah cara hanya dengan menggunakan roti pun boleh mendapatkan lasagna yang sedap. Ikut resipi yang dikongsi oleh Mimie Ali pasti memenuhi cita rasa anda. Boleh hidangkan untuk minum petang juga makan malam. Kenyang dengan pelbagai ramuan di dalamnya. Pendek kata memang puas makan.
Lasagna Roti Bahan-bahan: 12 keping roti 3 biji telur 200 ml susu segar-BELI ONLINE DI SINI 8 keping keju 1 cawan Mozzarella cheese (diparut) 1 cekak daun sup 1 biji cili merah (dihiris) 4 sudu besar sos lada hitam-BELI ONLINE DI SINI 4 sudu besar sos tomato 300 gram daging cincang 3 ulas bawang putih (dicincang) 1 biji bawang besar (dicincang) 1 cubit garam dan gula
Cara memasak: Inti Daging 1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. 3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Masukkan daun sup dan cili merah. 6. Masak sehingga daging masak dan kering. 7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti 1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega. 2. Pukul telur dan susu sehingga sebati. 3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh. 4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. 5. Susun kepingan keju ke atas daging. 6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging. 7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali. 8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti. 9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit. Sumber : Mimie Ali