DAP_20111001_8_120TO121_1976703_mega

Pisang tidak hanya enak dimakan setelah digoreng ranggup, malah juga sedap dimakan begitu sahaja setelah ianya masak ranum. Selain rasanya yang digemari ramai, pisang juga dimakan kerana kandungan khasiatnya yang banyak. Ianya baik untuk kesihatan dan berupaya meningkatkan tenaga.

Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium. Ia juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain. Sesetengah orang menggelar pisang sebagai “anti-stress” kerana kandungan vitamin B6nya yang tinggi. Potassium pula membantu fungsi otak dan saraf.

Jadi tidak hairanlah jika buah ini menjadi salah satu makanan kegemaran ramai antara kita jika ingin dibandingkan dengan buah yang lainnya. Kandungan dalam pisang matang telah terbukti memiliki khasiatnya yang tersendiri :

Menambah tenaga
Fruktosa, glukosa dan sukrosa yang terkandung di dalam pisang akan dapat meningkatkan tenaga dengan lebih pantas. Oleh kerana ini juga ramai antara atlet akan mengambil buah pisang untuk mengembalikan tenaga mereka secara lebih cepat dan berkesan setelah penat bersukan.
Atasi sembelit
Pisang merupakan makanan terbaik bagi penderita sembelit. Ini karana pisang dapat menormalkan fungsi kolon di bahagian usus besar untuk menyerap sejumlah besar air agar usus dapat berfungsi dengan lebih baik.
Meningkatkan mood

Pisang mengandungi tryptophan, asam amino yang bertanggungjawab untuk menghasilkan serotonin. Serotonin adalah hormon yang dikenal untuk mengatasi kemurungan dan dapat membantu meningkatkan mood menjadi lebih baik.

Meningkatkan fungsi otak
Kalium yang ditemui di dalam buah pisang merupakan sumber yang baik untuk meningkatkan fungsi otak. Jadi digalakkkan kepada anda untuk mengambil sebiji pisang pada waktu sarapan sebelum anda memulakan aktiviti harian.
Atasi kegemukan
Diet terdiri dari pisang dan susu skim dianggap sebagai ubat yang efektif dan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Perlindungan kardiovaskuler

Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Kebiasaannya 467mg potasium dan 1mg sodium, boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi. Sebuah penyelidikan yang ditulis di Arhives of Internal Medicine telah mendedahkan bahawa makanan yang kaya dengan serat tinggi seperti buah pisang akan dapat membantu pesakit hati.

Merawat kudis dan luka

Pisang juga bermanfaat untuk merawat kudis dan luka. Dengan menyapu getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan luka akan cepat sembuh. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.

Penderita anemia/ kekurangan darah
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati dua biji pisang setiap hari kerana pisang mengandungi zat besi yang tinggi.

Tip membeli pisang :
Pilihlah buah pisang yang bulat dan hindari memilih buah pisang yang batangnya kering. Pisang yang bagus seharusnya berwarna kuning atau hijau. Jangan memilih pisang yang warnanya kecoklatan.

Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Sumber gambar: 123 royalty free

Inginkan PEMANGGANG ELEKTRIK dengan harga mampu milik, Klik  DISINI.

Resipi Kuih Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda. Kuih Orang Banjar Paling Sedap!

Resipi Lepat Pisang Klasik. Kuih Warisan Tok Nenek Dulu-Dulu.

Lauk Ringkas Tapi Sedap, Ayam Masak Kicap Paling Lejen

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI