Kelapa parut memang ada pelbagai kegunaan. Selain diperah untuk dijadikan santan, kelapa parut juga boleh digunakan untuk membuat kerisik, membuat kuih dan banyak lagi. Disebabkan itu, ada yang membeli kelapa parut dengan jumlah yang banyak supaya senang bila nak digunakan.
Yang menjadi masalah adalah cara penyimpanan kepala parut itu. Jika tersalah cara simpannya, kelapa parut akan mudah rosak. Jika anda mahu kelapa parut itu kekal lama, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ani Zam. Cara ini dikatakan boleh buat kelapa parut kekal sehingga tiga bulan.
CARA SIMPAN KELAPA PARUT SUPAYA KEKAL LAMA
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagar agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
Ads
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.
5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Ads
6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Ads
Kelapa parut boleh bertahan sehingga dua atau tiga bulan.
Untuk mendapatkan santan yang pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Kelapa tersebut boleh dikisar sehingga 3 kali untuk mendapatkan santan yang pekat.
Jika anda sedang mencari BLENDER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Ramai yang menanam pokok kunyit di laman rumah memandangkan bahan ini banyak digunakan dalam masakan. Jika pokok kunyit sudah membiak banyak apa kata tuai dan buat sendiri serbuk kunyit.
Serbuk kunyit yang dihasilkan sendiri sememangnya ada kelebihan, dah tentu asli, tak menggunakan pengawet dan bahan kimia lain. Caranya boleh ikut seperti dikongsi oleh Sue Tiez yang turut menghasilkan sendiri serbuk kunyitnya.
Buat sendiri serbuk kunyit
Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Inilah hasilnya. Dapatlah satu botol serbuk kunyit dari isi kunyit yang tak seberapa jumlahnya itu.
Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan asli.
Cara buat:
1. Cuci bersih kunyit, guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.
2. Potong nipis-nipis dan jemur hingga kering di bawah panas matahari. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh.
3. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisar kunyit tadi sampai halus.
4. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang beberapa kali proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.
Sotong antara seafood yang sedap dan disukai ramai, tambahan pula ia boleh dimasak dengan bermacam-macam menu sedap. Yang menjadi sepoi bila sotong yang dimasak hasilnya liat dan kacau selera makan. Jangan susah hati, anda boleh ikut tip ini supaya sotong yang anda masak lembut teksturnya dan sedap dimakan.
Pastikan anda hanya menggunakan sotong yang segar, kenyal teksturya, kulitnya berkilat dan tidak berbau busuk.
Setelah siap dibersihkan, celur sotong dalam air mendidih lebih kurang 1-2 minit.
Masukkan sotong yang telah dicelur dalam air ais supaya rasa kenyalnya kekal.
Untuk memasak, sebaliknya anda masak dahulu tumisan bahan sambal atau kuahnya.
Masukkan sotong bila sambal cukup rasa dan pekat. Atau kuah sudah mendidih.
Masak sotong jangan lebih dari lima minit.
Harap tip ini dapat membantu anda menyediakan sambal sotong yang lembut dan segar.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...