Menyimpan makanan di dalam peti sejuk adalah antara cara yang paling biasa kita lakukan. Namun bukan semua makanan boleh dilambakkan di dalam peti sejuk untuk tujuan penyimpanan. Terdapat beberapa kaedah yang betul harus dituruti untuk menjamin makanan yang disimpan di dalam peti sejuk kekal di dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan.

Menyimpan makanan di dalam peti sejuk :-

BOLEH:

  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang berpenutup.
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian tersebut berbeza dengan bahan yang mentah seperti daging dan ikan. Ini kerana bahan mentah tersebut biasanya mengandungi bakteria dan boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
  • Simpan bahan mentah di dalam bekas berpenutup dan letakkan ia di bahagian bawah peti sejuk
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk  Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melambatkan pembiakan bakteria.
  • Masukkan sayur-sayuran di dalam beg plastik yang berlubang untuk mengurangkan kehilangan air sayuran tersebut.
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk untuk mengelakkan ianya rosak akibat pembekuan.

JANGAN:

  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka.

Sebaiknya pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk  Jika disimpan dalam tin yang asal, ditakuti kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah di udara.

  • Simpan makanan yang panas.

Makanan yang panas perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan . Ini bertujuan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.

  • Padatkan dengan makanan.

Sebaiknya perletakkan makanan haruslah tersusun dan mempunyai ruang untuk membolehkan peredaran udara yang sejuk beredar dengan baik dan sempurna.

  • Simpan daging dan ikan lebih dari tiga hari.

Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk.

IKLAN
  • Simpan lebihan makanan lebih dari lima hari.

Terlalu lama menyimpan makanan ditakuti makanan tersebut akan menjadi punca keracunan terjadi.

 

Menyimpan makanan di bahagian sejuk beku :-

BOLEH

  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas kedap udara.

Ini harus dilakukan untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain.

IKLAN
  • Potong daging lembu dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil.

Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat.

  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.

JANGAN :

  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.

  • Masukkan ayam yang telah digaul dengan ramuan sebelum disimpan.

Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging yang gaul dengan ramuan itu dalam masa yang singkat.

  • Memadatkan dengan bahan makanan.

Ruang juga diperlukan untuk membenarkan udara sejuk mengalir dengan sempurna.

IKLAN
  • Membekukan makanan dalam tin.

Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan  merosakkan tin tersebut. Tindak balas kimia juga mungkin terjadi dan boleh menyebabkan makanan tersebut tercemar.

Peti sejuk juga haruslah selalu dibersihkan untuk mengelakkan daripada menjadi habitat selesa untuk bakteria. Ini penting untuk memastikan makanan yang disimpan bukan sahaja berkeadaan baik malah selamat untuk dimakan. Oleh itu lakukan aktiviti membersihkan peti sejuk sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Jika anda nak beli IKAN BILIS, boleh cari DISINI.

https://www.rasa.my/ini-cara-buat-bawang-putih-rangup/

https://www.rasa.my/petua-simpan-petai-dalam-freezer-supaya-tak-kecut-rangup-tahan-lama/

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tidak Mudah Rosak

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI