
Ada masanya, bila kita memasak menggunakan daun limau purut akan terasa sedikit pahit. Sebenarnya, pemilihan daun juga penting supaya masakan tidak terasa pahit. Anda perlu perhatikan bentuk daun sebelum memasak. Petua ini dikongsi oleh Nasrah Zamzam. Jom kita baca perkongsiannya.
TIP MEMILIH DAUN LIMAU PURUT
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yang berbentuk 8. Barulah tak rasa pahit. Yang lebar macam sebelah dia tu, memang agak pahit kalau dibuat masak.
Sudah beberapa kali saya masak menggunakan daun jenis lebar dan masakan pasti akan jadi pahit walaupun dah buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana. Tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya lakukan sendiri, memang campak je tak perlu buang urat.
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh cari DISINI.
SUMBER: NASRAH ZAMZAM
Artikel berkaitan:
Hanya Guna Wallpaper, Dapur Wanita Ini Terus Berubah Jadi Cantik
Ini Resipi Kuih Lopes Yang Sedap & Mudah, Hanya Tekap Guna Cawan
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawang Goreng Rangup Ini Rahsianya

Isi Kandungan
ToggleBawang goreng pelengkap dalam hidangan. Makan bihun goreng atau mi goreng, tabur dengan bawang goreng yang rangup jadi tambah enak makanan.Ada saja yang dijual di pasaran tapi tidak sesedap kalau buat sendiri. Malah ada yang kita beli jadi lemau dan keras, bau pun tak enak. Jadi bagaimana nak dapatkan kerangupan bawang goreng yang diinginkan. Langkah ini boleh bantu anda untuk dapatkan bawang goreng yang rangup dan enak.
CARA BUAT BAWANG GORENG RANGUP
Kupas dan potong nipis
Bagi mendapatkan bawang goreng yang rangup, kupas dan potong bawang nipis-nipis. Selain meningkatkan waktu menggoreng, bawang yang dipotong nipis-nipis juga boleh memberikan aroma yang lebih harum jika dicampurkan ke dalam masakan anda.
Masukkan minyak sedalam tiga sentimeter di dalam kuali atau tempat menggoreng.Penggunaan minyak sayur yang mencukupi dapat menjadikan bawang goreng mudah masak serata.
Gunakan api yang sederhana
Api yang terlalu panas menjadikan bawang goreng anda cepat hangit. Bila hangit, makan pun tidak enak lagi.Penggunaan api sederhana sangat disarankan kerana jadi lebih mudah untuk mengawal tingkat keperangan bawang goreng yang dikehendaki.
Selalu gaul-gaul hingga masak
Ketika bawang goreng sudah dimasukkan, selalu gaulkan bawang goreng tersebut. Tujuannya adalah agar panas minyak goreng boleh lebih merata dan tingkat keperangan bawang goreng juga lebih baik. Ketika warnanya sudah menjadi perang keemasan, segera angkat. Bawang goreng yang terlalu coklat atau malah kehitaman hanya akan memberikan rasa pahit jika ditaburkan ke makanan anda yang lain.
Jangan gunakan minyak zaitun
Anda sebaiknya menggunakan minyak sayur dan bukan minyak zaitun untuk membuat bawang goreng. Minyak sayur bekas menggoreng bawang goreng pun boleh anda gunakan kembali untuk menggoreng makanan lain dengan aroma yang lebih enak.
Setelah menggorengnya banyak, boleh simpan di dalam bekas bertutup rapat yang sudah dialas dengan kertas minyak atau tisu. Bagi menjaga kerangupan bawang goreng, bolehlah menyimpan bekas yang berisi bawang goreng tersebut di dalam peti sejuk. Nah bolehlah buat stok nanti.
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ini 9 Daun Penambah Aroma & Penyedap Rasa Dalam Masakan Melayu.

Korang baru belajar masak? Ini ada sembilan dedaun yang sering digunakan dalam kebanyakan masakan bagi tujuan memberi dan menambahkan aroma. Di Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thai turut menggunakan dedaun ini sebagai sebahagian dari pelengkap rasa makanan yang dimasak. Nak tahu apa daun-daun tersebut, teruskan membaca info ini.
SERAI
Jangan keliru ye, serai sebenarnya termasuk dalam keluarga daun walaupun ia dikenali sebagai batang serai. Ia keras berwarna hijau terang dan mempunyai aroma segar. Untuk mendapatkan aromanya, serai perlu diketuk, dihiris atau dikisar bersama bahan tumisan lain. Serai digunakan dalam kebanyakan masakan Melayu yang bertumis, rebus dan masakan berkuah.
DAUN BAWANG:
Daun bawang mempunyai aroma yang khas, bentuk fizikalnya panjang,berwarna hijau tua dan lembut teksturnya. Daun bawang banyak digunakan sebagai hiasan di atas dan di dalam makanan yang telah siap dimasak.
DAUN LIMAU PURUT
Daun limau purut mempunyai aroma yang kuat, tekstur daunnya agak tebal dan berwarna hijau tua. Ia dicampurkan dalam masakan dengan cara dicarik atau dihiris atau dimasukkan terus ke dalam masakan seperti tomyam dan masakan tumisan yang lainnya.
DAUN SALAM
Daun salam mempunyai aroma tersendiri, secara luarannya daun ini mempunyai hujung yang rucing dan berwarna hijau tua. Semakin gelap warna daun, semakin kuat aromanya. Kini daun salam boleh anda perolehi secara segar atau kering . Daun ini dimasukkan dalam masakan dengan cara memasukkan terus, menghiris atau mengoyakkannya . Kebiasaanya ia dimasukkan ke dalam masakan yang berkuah dan bersantan.
DAUN PANDAN
Ramai mengenali daun ini, bentuk daunnya panjang dan bertulang tengah, nipis teksturnya dan memberikan aroma wangi yang khusus. Ia lebih banyak digunakan dalam pembuatan kuih muih berbanding masakan. Istimewanya daun pandan bukan hanya memberikan aroma, tetapi juga sebagai pewarna hijau semulajadi pada kuih muih. Daun pandan dimasukan dalam masakan dengan cara disimpul dikoyak atau dikisar jika ingin mendapatkan warnanya.
DAUN KEMANGI
Daun kemangi dikategorikan dalam sayur segar untuk tujuan ulam Kerap dimasukkan dalam pecal dan urap. Ia mempunyai tekstur yang halus, nipis dan lebar. Bau wangi yang kuat menjadikan daun kemangi kerap digunakan dalam makanan untuk tujuan menghilangkan bau hanyir dalam sup.
DAUN KARI
Mungkin ramai mengenali daun ini kerana ia kerap digunakan dalam masakan kari dan gulai. Warna daunnya hijau pekat dan bersaiz kecil. Jika ia dimasukkan dalam masakan seperti kari atau gulai aroma karinya menjadi lebih sedap.
DAUN KUNYIT
Aromanya tidak lari dari bau kunyit, bersaiz besar dan berwarna hijau muda, ia dimasukkan dalam masakan dengan cara dicarik dan disimpul atau dihiris halus, Tujuananya untuk membangkitkan aroma dan menghilangkan bau hanyir dalam masakan.
DAUN KETUMBAR
Daun ini mempunyai bentuk bergerigi bulat kecil dan berwarna hijau cerah, ia hampir sana dengan bentuk daun sup. Aromanya sedikit maung, tetapi apabila dimasukkan dalam masakan seperti sup, tomyam dan masakan berkuah, ia memberikan satu aroma yang cukup lazat. Cara dimasukkan dalam masakan ada dihiris atau dikoyak-koyakkan . Selain dicampur dalam masakan, daun ini juga kerap digunakan sebagai hiasan atas makanan.
Bahan Masak Cepat Busuk? Ini Petua Simpan Sayur Agar Segar & Tahan Lama

Nak tahu petua simpan sayur agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah, barang masak seperti sayur-sayuran segar agak sukar untuk disimpan dalam tempoh masa yang lama. Biasanya dalam dua atau tiga hari, sayur yang dibeli mula layu dan membusuk. Menerusi perkongsian saudari Maryam Salleh, beliau menunjukkan cara menguruskan sayur-sayuran agar kekal segar macam baru beli di pasar walaupun sebenarnya sudah seminggu dibeli. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN SAYUR-SAYURAN AGAR TAHAN LAMA
Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer. Lepas tu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk. Maklumlah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar macam baru beli di pasar.
CARA-CARANYA:
1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.
2. Jangan basuh sayur yang nak di simpan. Hanya potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.
3. Setiap bekas tu mestilah cukup-cukup untuk sekali atau dua kali masak. Elakkan simpan secara banyak sekaligus.
4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru dibeli di pasar.
Selamat mencuba!
Kredit petua dan foto: Maryam Salleh