Penyediaan bahan-bahan yang telah kisar ini sangat membantu ibu-ibu dan wanita berkerja. Ia memudahkan ibu-ibu memasak tanpa duduk berjam didapur, cuba 4 resipi pes ini untuk memudahkan kerja memasak kamu!

 

4 Resipi Pes Super Senang dan Jimat Masa. Lebih 10 Jenis Masakan Boleh Buat!

PES PUTIH

Sesuai untuk Sup, Goreng capcai, Mi goreng, semur, Ikan stim.

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 50 gm buah keras
  • 3 sudu makan lada
  • 2 sudu makan garam
  • 100 ml minyak goreng | untuk kisar bahan
  • 100 ml minyak goreng untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam. Biar seketika, angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.

 

IKLAN

PES MERAH

Sesuai untuk nasi goreng, sambal goreng,balado,ayam dan ikan goreng sambal, Shellout, Ayam sambal. Masak Asam Tumis, Asam Pedas, Kari, ikan dan ayam bakar.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm cili merah
  • 150 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 100 gm tomato
  • 50 gm gula merah
  • 2 sudu makan garam
  • 100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
  • 100 ml minyak goreng |untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus. Kecuali gula merah
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan gul merah. Tumis sebentar kemudian sejukkan
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.

 

IKLAN

PES KUNING

Sesuai untuk buat soto, acar, pepes, gulai lemak

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm buah keras
  • 150 gm bawang putih
  • 300 gm bawang merah
  • 50 gm kunyit hidup
  • 20 gm halia
  • 20 gmr lengkuas
  • 2 sudu makan lada
  • 2 sudu makan garam
  • 100 ml minyak goreng |untuk kisar bahan
  • 100 ml minyak goreng untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.

IKLAN

 

PES OREN

Sesuai untuk ayam goreng, gulai, lodeh, rendang

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm Cili merah
  • 2.5 sudu makan ketumbar
  • 300 gm bawang merah
  • 150 gm bawang putih
  • 100 gm buah keras
  • 25 gm kunyit hidup
  • 20 gm halia
  • 20 gm lengkuas
  • 2 sudu makan garam
  • 100 ml minyak goreng | untuk kisar
  • 100 ml minyak goreng | untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bersama minyak hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, tumis bahan kisar sampai harum dan masak.
3. Masukkan garam dan masak lagi seketika. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan pes yang sudah sejuk ke dalam botol dan boleh digunakan bila-bila diperlukan.

 

Kongsi resipi: Ummi Najihah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI