Bila tiba hujung minggu atau hari cuti, pastinya ada yang nak masak menu istimewa buat anak-anak dan suami. Antara yang mudah disediakan adalah aneka nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato dan lain-lain. Bagi yang tidak biasa, pasti rasa susah nak dapatkan nasi yang cantik dan masak sempurna.
Usah risau. Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai ni. Pasti anda rasa lebih yakin.
CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Ha..mudah kan? Ni RASA belanja satu resipi nasi mudah. Selamat mencuba!
IKLAN
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
IKLAN
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit Lgi.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Tengah ‘usha’ RICE COOKER baru? Meh RASA kongsikan seleksi terbaik yang anda boleh pilih DISINI.
IKLAN
Nak lebih banyak resipi NASI best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Asyik makan nasi putih je, tak teringin ke nak masak nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato, Basi Hujan Panas, Nasi Briani dan banyak lagi yang biasa kita jumpa di majlis kenduri kahwin atau majlis keraian di Malaysia. Kalau teringin anda boleh cuba sendiri kerana masak nasi bertumis mudah saja dan sesuai sangat masak musim cuti sekolah ni untuk pancing selera anak-anak. Lepas ni kalau teringin, tak perlu tunggu undangan kenduri, masak sendiri je…
Untuk permulaan cuba enam jenis nasi ini.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit, tos
1 liter air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 cawan puro tomato
3 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
3cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunya cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
Penggemar pulut tapi tak tau masak taua masih belum punya pengukus janga risau. Kalau betul nak buat hanya perlu guna periuk nasi pengganti periuk kukus. Hanya ambil masa 15 minit jer memang lembut dan elok hasilnya. Ikut resipi ni gerenti tak kecewa.
RESIPI PULUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sdb minyak masak *
1 sdk garam *
CARA MEMASAK:
1) basuhkan beras pulut
2) kemudian masukkan kesemua bahan yg bertanda * ke dalam periuk rice cooker dn tekan tombol utk memasak
3) bila nampak wap panas keluar,buka penutup rice cooker dn kacau pulut..ini utk mengelakkan pulut jadi berketul..
4) kemudian biarkan sehingga pulut betul2 masak dn siap dihidangkan..
siap,mudah dn ringkas 😘
Nota: pulut boleh dimakan bersama durian,mengenangkan sekarang durian murah, makan dengan mangga atau
dimakan dengan ikan masin pon boleh..lagi sedap..
Set nasi lengkap yang selalu menjadi pilihan keluarga bila di hujung minggu.
NASI AYAM
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
1 ekor ayam – bersihkan
3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
4cm halia –hiris nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
4 biji cili merah
3 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2sm halia muda
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
4 cawan beras
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
3sm halia -hiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan
(daun pandan beri aroma wangi)
Bahan D – Sup Ayam
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
Salad
Timun
Tomato
Tauge
CARA MEMASAK:
Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
Masak hingga agak pekat.
Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
INFO CHEF: Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan
NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
1 batang serai -titik
1 helai daun pandan – simpul
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam periuk elektrik atas dapur biasa.
Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
Pindahkan periuk dalam periuk sarang periuk elektrik.
Biarkan nasi masak seperti biasa.
SAMBAL SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.
INFO CHEF: Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang
3. NASI MANDY AYAM
AYAM MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
NASI MANDY:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½ cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2.5cm halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
SOS MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
JuslePerahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.