Nasi adalah makanan ruji yang tidak mungkin kita tinggalkan. Bermula dari sarapan hingga ke makan malam. Pendek kata, kalau tak makan nasi umpama tak makanlah satu hari. Sebut apa sahaja menu berasaskan nasi semua akan menjadi kegemaran ramai. Namun majoriti masyarakat Malaysia sudah biasa menggunakan beras putih sahaja sedangkan terdapat beberapa jenis beras yang bila dimasak bukan sahaja enak malah lebih berkhasiat.

Antaranya beras merah Primera. Sudah beberada di pasaran tempatan sejak tahun 2017, namun masih ramai masyarakat Malaysia masih belum tahu kewujudan beras istimewa berwarna merah ini. Masih ramai yang belum mengetahui bahawa beras merah ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tinggi tanpa perlu mengenepikan sajian kegemaran anda. Dengan beras merah ini, anda boleh memasak apa sahaja menu yang biasa dimasak menggunakan beras putih.

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Mungkin ada yang menganggap masakan menggunakan beras merah adalah begitu janggal, tetapi sebenarnya, beras merah boleh menjadi hidangan yang sangat sedap dengan cara memasak yang betul. Malah sajian harian seperti Nasi Lemak boleh menjadi lebih istimewa, lebih sihat untuk seisi keluarga.

Selain daripada mempunyai kandungan antosianin yang berfungsi mengurangkan keradangan dan alergi, beras merah mampu untuk mengurangkan risiko kanser dan menurunkan berat badan. Jika anda ingin berdiet dan mengamalkan gaya pemakanan sihat tanpa meninggalkan nasi, beras merah rendah GI ini adalah solusi yang paling tepat.

MEMILIH BERAS MERAH YANG TERBAIK

Beras Merah Primera, adalah pilihan terbaik kerana mempunyai nilai GI rendah, tinggi dengan serat dan kaya dengan kandungan antioksidan. Kenapa perlunya untuk pilih beras yang nilai GI rendah?

Buat anda yang masih baru dengan penggunaan beras merah, kandungan GI yang rendah sangat membantu dalam menunjukkan keupayaan relatif kandungan karbohidrat dalam makanan yang meningkatkan kadar glukosa dalam darah.

Jadi maksudnya di sini, GI adalah sistem pengukuran yang diberikan kepada makanan untuk menggambarkan seberapa cepat karbohidrat dicerna dan diserap ke dalam saluran darah. Dan apa yang menarik, nilai GI dalam beras merah Primera adalah yang terendah iaitu 46, berbanding nilai piawai yang ada dalam beras lain.

Apa yang boleh dikatakan, makanan dengan nilai GI yang rendah akan dicerna secara perlahan menyebabkan kadar kenaikan kadar gula dalam darah menjadi perlahan dan stabil, seterusnya akan mengurangkan risiko menghidapi diabetes.

TIP MEMASAK BERAS MERAH MENJADI LEBIH SEDAP

Bagi yang pertama kali makan beras merah, akan merasa janggal dengan rasa beras merah kerana lidah kita sudah biasa dengan nasi putih. Dengan teknologi yang ada sekarang ini, kualiti beras merah telah dipertingkatkan dengan rasa yang sangat premium dan sedap.

Malah sangat sesuai untuk dimasak bagi juadah masakan Malaysia seperti nasi lemak, nasi impit dan juga bubur! Memang cara terbaik untuk menjaga pemakanan di rumah, selain daripada bersenam mengeluarkan peluh.

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Cara untuk memasak beras merah ini sangatlah mudah. Hanya perlukan masukkan 2.5 cawan air bagi 1 cawan beras merah dan dimasak selama 25 minit dengan periuk nasi elektronik. Jika inginkan tekstur yang lebih lembut, anda boleh tambahkan air kepada 3 cawan.

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Sukatan untuk masak nasi lemak menggunakan beras merah ialah:

1 cawan beras merah + 2 cawan santan. Dengan sukatan yang mudah ini, anda dapat menikmati hidangan nasi lemak yang bukan sahaja sedap, malah lebih sihat dan segar.

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

IKLAN

 

Nasi Impit menggunakan beras merah juga tidak kurang enaknya apa lagi jika dinikmati bersama kuah kacang atau lodeh. Sukatan untuk membuat nasi impit menggunakan beras merah ialah: 1 cawan beras merah + 4 cawan air.

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Ramai daripada kita juga suka makan bubur nasi. Sama ada dibuat kosong dan dimakan dengan aneka lauk dan sambal atau dijadikan bubur lambuk. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna sukatan bagi membuat bubur menggunakan beras merah ialah:1 cawan beras merah + 1 liter air.

RESIPI ISTIMEWA MENGGUNAKAN BERAS MERAH

MANGO RED RICE DESSERT

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Beras merah sememangnya gandingan serasi dengan santan kerana ia mempunyai rasa kekacang. Namun jika anda tidak sukakan mangga, boleh ditukarkan kepada pisang, betik, durian ataupun nanas. Malah boleh disejukkan dahulu sebelum dihidang.

 

BAHAN-BAHAN:

1 cawan beras merah Primera
Mangga
1 cawan santan
1 sudu besar gula perang
¼ sudu kecil garam Himalayan
2 ½ cawan air

CARA MEMASAK:

1.Basuh dan rendamkan beras merah Primera selama satu jam. Kemudian, toskan.
2.Di dalam bekas yang lain, masukkan beras, air, santan, garam dan gula perang. Kacau sebati.
3. Kemudian, masak di atas dapur selama 30 hingga 45 minit. Ketepikan.

BAHAN SOS:

IKLAN

1 cawan santan
3 sudu besar gula perang

CARA MEMASAK:

1.Menggunakan mangkuk, masukkan santan dan gula perang. Kacau hingga sebati. Kemudian masak di atas dapur selama lima minit atau sehingga menjadi pekat.
2.Hidangkan bersama nasi merah dan mangga.

NASI ULAM

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

BAHAN A (untuk nasi)

2 cawan beras merah
5 cawan santan
2 batang serai ( dititik)
3 keping daun limau purut
1 helai daun salam
Garam secukupnya.

CARA MEMASAK:

1. Masak beras merah bersama santan, garam, daun salam, serai serta daun limau purut.
2. Masak nasi seperti masak nasi lemak. Sejukkan nasi yang dimasak untuk beberapa jam.

BAHAN-BAHAN B

6 jenis ulam-ulaman (diracik halus )
2 biji kuning telur asin (dicincang halus)
2 cawan isi ikan tenggiri goreng (dicarik halus)
1 cawan udang kering digoreng dan dikisar halus
1 cawan bawang goreng
1 cawan kerisik
4 batang serai (dihiris halus)
2 bunga kantan (dihiris nipis)
6 helai daun limau purut (dihiris nipis)
4 sudu besar sambal belacan
1/4 cawan budu
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
8 biji limau nipis
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Di dalam mangkuk besar, gaul nasi beras merah yang dimasak tadi bersama semua bahan B.
2. Gaul sampai rata dan secukup rasa. Perahkan air limau nipis dan sajikan.

KEK BERAS MERAH

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

BAHAN-BAHAN:

1 cawan beras merah Primera
¼ cawan tepung beras pulut
50ml air
¼ cawan gula organik
Buah kering (dried fruit)

CARA-CARA:

1.Masukkan beras merah dan tepung beras pulut di dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan air. Gaul sehingga ia betul-betul sebati.
3. Selepas ia sebati, ayakkan adunan tadi. Kemudian, masukkan gula dan kacau rata.
4. Menggunakan bekas atau mangkuk kecil, masukkan campuran buah kering di dasarnya.
5. Kemudian, masukkan pula adunan sehingga penuh. Tekan untuk bagi adunan padat sepenuhnya.
6. Panaskan kukusan. Kukus selama 20 minit.

NASI BUKHARI

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

BAHAN-BAHAN:

1 cawan beras merah
3 sudu besar minyak zaitun
1 cawan bawang besar Holland | dipotong dadu
1 cawan lobak merah | dipotong panjang-panjang
1 cawan kacang kuda (separa masak)
¼ sudu teh garam Himalaya
½ sudu teh serbuk kayu manis
2 helai daun salam (bay leaf)
1 sudu teh serbuk jintan
1 sudu teh buah pelaga
½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh cengkih
2 ½ cawan air rebusan sayur
Kacang panggang
Kismis
Ketumbar

CARA-CARA:

1. Basuhkan beras merah Primera. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan lobak merah. Kacau rata sehingga lobak menjadi lembut.
3. Masukkan serbuk kayu manis, bay leaf, serbuk jintan, buah pelaga, lada hitam, serbuk buah pala dan cengkih. Kacau sebati.
4. Kemudian, masukkan kacang kuda dan beras merah. Kacau sehingga semuanya sebati antara satu sama lain.
5. Masukkan air rebusan sayur. Kacau lagi. Masak sehingga ia mendidih. Kemudian, perlahakan api dan masak lagi selama 40 minit.
6. Hidangkan dengan kacang panggang, kismis dan daun ketumbar.

DI MANA BOLEH DIDAPATI?

Pernah Cuba Masak Nasi Beras Merah? Lain Macam Dia Punya Sedap! Ini Cara Nak Masak

Beras merah Primera ini sangat senang untuk ditemui kerana boleh didapati di pasaraya terpilih seperti Tesco, AEON Big, Village Grocer, Giant, MyDin, The Store, C-Mart dan juga pembelian secara dalam talian di Shopee dan Lazada di link ini http://mylink.la/primera

Jika inginkan maklumat lanjut ataupun info kebaikan tentang beras merah Primera, anda boleh melayari laman Facebook di https://www.facebook.com/PrimeraRice/ dan juga Instagram https://www.instagram.com/primerarice/ .

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI