Anda ingin menyediakan menu juadah berbuka puasa keluarga dengan resipi Datuk Chef Wan?  Ini Rasa kongsikan 4 menu  yang  bukan hanya  enak dijadikan juadah berbuka tetapi juga sesuai sebagai hidangan di Aidil Fitri nanti.  Rugi kalau tak cuba, sebab ia memang sedap dan mudah disediakan.

Ini 4 Resipi Chef Wan Kongsikan, Sesuai Untuk Juadah Di Hari Raya.

 STEW AYAM SEPANYOL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 12
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • ½ cawan  minyak Zaiton
  • 2 biji bawang besar | potong kecil
  • 1 batang lobak merah | potong dadu
  • 10 biji cendawan buang  | hiris
  • 2 tin tomato hancur
  • 1 biji lada banggala  merah } potong dadu
  •  1 sudu makan tomato puri
  •  1 sudu kecil saffron (koma-koma)
  • 20 biji buah Zaiton hijau
  • Segenggam  besar daun pasli Itali
  • Segenggam daun Basil

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama tepung, serbuk lada hitam dan paprika. Kettepikan.
  2. Panaskan minyak zaiton, kemudian goreng ayam hingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan butang. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tomato hancur, kacau dan biarkan seketika.
  5. Akhir sekali masukkan lobak merah, buah zaiton, lada benggala , safrfron, daun basil, saun parsli dan garam secukup rasa.
  6. Apabila sos sudah pekat, angkat dan hidangkan.

Ini 4 Resipi Chef Wan Kongsikan, Sesuai Untuk Juadah Di Hari Raya.

NASI BUKHARI UDANG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg beras basmathi  | rendam 30 minit dan toskan
  • 1kg udang besar
  • 1/2  cawan minyak sapu
  • 150gm mentega
  • 2 biji bawang Holland | dadu kecil
  • 3cm halia
  • 4 ulas bawang putih| kisar halus
  • 15 ulas bawang merah | kisar halus
  • Sedikit rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • 1 biji lemon | parut kulit kuning sahaja
  • 2 batang serai | titik
  • 4 helai daun pandan | simpul
  • 2 paket kecil rempah Bukhari
  • 150gm yogurt asli
  •  Sedikit daun ketumbar | cincang halus
  • Sedikit daun flat parsely | cincang halus
  • Sedikit daun pudina | cincang halus
  • Air rebusan ayam |sama sukatan dengan nasi
  • 2 sudu kecil safron
  • 1 cawan bawang goreng
  • 1 cawan kacang pis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi bersama mentega.
  2. Masukkan bawang besar, rempah penumis, serai serta daun pandan. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan halia, bawang putih serta bawang merah yang dikisar halus hingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan udang, rempah Bukhari serta daun-daun herba yang dicincang halus.
  5. Masukkan beras, air rebusan, kulit limau serta safron dan garam secukup rasa.
  6. Masak sehingga nasi hampir kering. Kemudian  gaulkan bawang goreng serta kacang pis.
  7. Tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.

Ini 4 Resipi Chef Wan Kongsikan, Sesuai Untuk Juadah Di Hari Raya.

KAFTA BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:

BEBOLA:

IKLAN
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 4 sudu makan daun parsli |cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh  serbuk jintan halus
  • 1 sudu makan  serbuk paprika
  •  2 sudu teh garam
  • 2 sudu  makan minyak zaitun

 KUAH:

  • 60ml minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  •  3 ulas bawang putih |cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus
  • 1 sudu teh serbuk jintan kasar
  • 1 sudu makan paprika
  • 2 biji tomato | ramas halus
  •  2 sudu besar daun parsli | cincang halus
  •  2 biji telur
  • Garam, gula dan serbuk lada putih secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bebola daging. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk, gaul rata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga keperangan dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
  4. Masukkan jintan halus dan kasar, paprika dan buah tomato yang telah diramas.
  5. Masukkan bebola daging, daun ketumbar, parsli, garam, gula dan serbuk lada sulah. Masak lagi di atas api perlahan selama 15 minit. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya dan masak lima minit lagi.

 Ini 4 Resipi Chef Wan Kongsikan, Sesuai Untuk Juadah Di Hari Raya.

NEW YORK CHEESE CAKE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

ADUNAN DASAR KEK:

  • 3 cawan serbuk biskut (cracker crumbs)
  • 2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 226gm mentega  |cair dan sejukkan

INTI KEK:

  • 680gm krim keju
  • ¼ cawan gula kastor
  • 6 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
  • 2 cawan sour cream
  • 1/3 cawan tepung  Jagung
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 biji lemon  | parut kulit kuning sahaja & perah jusnya

SOS CERI :

  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 tin besar Pitted Dark Cherries dengan sirap
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan adunan dasar kek: Oleskan mentega ke dalam bekas bersaiz 22 cm.
  2. Campurkan semua bahan adunan  dasar kek menggunakan sudu kayu.
  3. Masukkan adunan dalam loyang dan tekan sehingga padat, kemudian panaskan dalam ketuhar lebih kurang 15 minit dengan suhu 180 C. Atau letakkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
  4. Untuk menyediakan inti kek, pukul krim keju hingga halus, tambahkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memukul sehingga ringan dan gebu.
  5. Tambahkan kuning telur satu persatu. Masukkan sour cream, tepung, esen vanila, jus lemon dan parutan kulit lemon.
  6. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang kemudian gaulkan dengan krim keju.
  7. Tuangkan adunan inti kek ke atas lapisan dasar dan bakar di dalam ketuhar selama 1 jam, 15 minit dengan suhu 165C.
  8. Akhir sekali cara menyediakan sos ceri: Campurkan tepung jagung dengan pitted Dark Cherries dan masak sehingga mendidih.
  9. Setelah pekat, tutup api. Masukkan mentega. Kacau dan biar sejuk. Tuang atas kek keju dan hidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI