Nasi Air merupakan sajian yang popular di Kelantan. Sedikit berbeza dengan sajian bubur kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan-bahan sampingan yang lain. Nasi Air Kelantan juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sangat mengenyangkan dan mudah dibuat. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nor Darwina Che Ismail ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI AIR KELANTAN
BAHAN SUP AYAM:
1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Halia – sebesar ibu kaki – hiris
1 uncang sup bunjut
Air secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut hingga wangi.
Masukkan ayam dan jug air. Biar hingga ayam masak.
Tambahkan agarm, gula, perasa dan kiub pati ayam. Kacau sebati dan matikan api.
Toskan ayam dari kuah sup, dan carikkan isinya. Ketepikan.
BAHAN NASI AIR:
Beras secukupnya
Air – jumlahnya 2 kali ganda dari masak nasi biasa
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras hingga bersih. Toskan kemudian masukkan ke dalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga kering airnya.
2. Masukkan beras ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
3. Masukkan beras kisar ke dalam periuk atau periuk nasi elektrik.
Ads
4. Tambahkan air. Jumlahnya haruslah 2 kali ganda dari sukatan air untuk nasi biasa. Sentiasa kacau nasi air hingga masak dan lembut.
5. Untuk menikmatinya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
6. Letak lauk sampingan dan juga kuah sup secukupnya.
7. Nikmati bersama sambal untuk menyedapkan lagi rasa.
8. Selain nasi, boleh juga digantikan dengan mi kuning, kuetiau atau bihun.
LAUK SAMPINGAN:
Isi ayam yang dicarik – ambil dari rebusan sup
Ikan bilis goreng garing
Daging @ perut lembu rebus – jika suka
Tauge, kubis & kangkong celur
Hirisan daun sup, daun ketumbar dan daun bawang
Hirisan limau nipis
Bawang goreng
Kacang goreng ditumbuk halus – jika suka
Minyak bawang putih – jika ada
BAHAN SAMBAL PENAMBAH RASA:
Sambal – kisar cili, cuka, garam, gula dan sedikit air.
Sambal kicap – potong cili padi dan masukkan ke dalam campuran kicap manis dan cuka.
Nasi Komok atau dikenali dengan nama Khao Mok Gai ialah Nasi Briyani Siam. nasi ini hanya boleh diperolehi di negeri-negeri yang bedekatan dengan Thailand seperti Kedah dan Kelantan. Jika jumpa anda memang wajib cuba.
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi
1 liter air
200ml susu cair
1 ekor ayam |dipotong kecil
2 sudu makan rempah komok |boleh didapati di pasaran
4 sudu minyak sapi
5 biji bawang merah | dikisar
3 biji bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
Sedikit daun ketumbar dan bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan rempah komok dan biarkan masak sehingga garing. Kacau sentiasa.
Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
Asingkan ayam bersama kuahnya dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Masukkan kuah yang ditumis ke dalam periuk nasi dan tuangkan susu cair. Biarkan masak seketika.
Masukkan beras dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
Apabila separuh masak, kacau rata nasi dan taburkan daun ketumbar bersama bawang goreng.
Masakkan paling mudah dan menyihatkan untuk semua lapisan umur. Bubur nasi yang sihat ni sesuai untuk apa saja keadaan, panaskan badan waktu hujan, menambah selera makan ketika deman, makanan sarapan pagi atau malam dan sesuai untuk hidangan berbuka dan bersahur. Apa kata kamu cuba resipi yang dikongsikan oleh Kak Wan ni nampak menarik tentu sedap.
BUBUR NASI MANADO
Bahan-bahan:
1 cawan beras
1 1/2 liter air
1 tongkol jagung, hiris ambil isinya
1 hiris labu kuning
1 ikat kangkung, potong
1 ikat daun kemangi
1 ikat daun bawang, potong
1 batang serai di ketuk
4 ulas bawang putih di ketuk
100 gm isi udang segar
Bahan Perasa:
2 sudu kecil serbuk pati ayam
2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
1 sudu kecil garam
Bahan Sampingan
Sambal ikan bilis
Bawang goreng
Ikan masin goreng
Udang Goreng
Cara-cara:
Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi letrik. Masak hingga mendidih.
Masukkan serai, bawang putih, jagung, labu, daun kangkung, daun kemangi dan isi udang.
Masak hingga beras hancur menjadi setengah bubur.
Perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
Biarkan di dalam periuk nasi sehingga beras hancur sepenuhnya.
Untuk menghidang, masukkan ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan bahan-bahan sampingan.
Bagi penggemar sajian Nasi Goreng, pastinya akan terliur melihat menu Nasi Goreng Kambing ni. Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Nurul Ateekah, beliau menunjukkan cara-cara memasak Nasi Goreng Kambing yang sedap yang boleh anda cuba. Sesuai untuk hidangan 3-4 orang makan.